Utusan Online - Jenayah |
Sindiket antarabangsa kaut untung jutaan ringgit Posted: 27 May 2014 10:54 PM PDT JOHOR BAHRU 28 Mei - Kegiatan penyelewengan minyak diesel bersubsidi yang didalangi sindiket antarabangsa dipercayai mengaut keuntungan jutaan ringgit hasil penjualan bahan bakar itu kepada kapal dagang dengan harga AS$1 (RM3.20) berbanding harga asal sebanyak RM2 seliter. Malah, pelbagai cara digunakan sindiket untuk mengaburi mata pihak berkuasa daripada dikenakan tindakan termasuk memalsukan dokumen pembekalan syarikat minyak. Perkara tersebut didedahkan oleh Timbalan Ketua Pengarah Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Iskandar Halim Sulaiman selepas pasukannya menggagalkan cubaan menyeludup sebanyak 3.7 juta liter diesel bersubsidi bernilai RM7.4 juta di perairan Pulau Lima berhampiran Sungai Rengit di sini Isnin lalu. Beliau berkata, operasi bersepadu yang dijalankan pukul 5.20 petang itu disertai beberapa agensi termasuk Pasukan Polis Marin serta Jabatan Laut dan diselaraskan oleh Pasukan Petugas Khas Jabatan Peguam Negara. "Dalam operasi berkenaan, empat buah kapal tangki masing-masing sebuah didaftarkan di Kuching, Sarawak dan tiga lagi di Panama ditahan bersama-sama dengan 52 anak kapal warga Vietnam, Thailand dan Indonesia. - UTUSAN ONLINE Hasil pemeriksaan mendapati kapten kesemua kapal berkenaan gagal menunjukkan sebarang dokumen yang berkaitan dengan bahan bakar tersebut," katanya semasa mengumumkan kejayaan tersebut di Terminal Feri Tanjung Belungkor, di sini hari ini |
Rogol beramai-ramai: 10 individu ditahan Posted: 27 May 2014 08:26 PM PDT KOTA BHARU 28 Mei - Sebanyak 10 individu termasuk seorang remaja perempuan ditahan bagi membantu siasatan berhubung dua pelajar dirogol 38 individu di Ketereh, 20 Mei lalu. Suspek yang ditahan itu termasuk salah seorang remaja yang turut menjadi mangsa rogol berusia 15 tahun. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, empat suspek ditahan semalam sebelum enam lelaki ditahan awal pagi ini di sekitar Ketereh. "Polis masih mengesan semua suspek lain bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan