Utusan Online - Feminin |
Posted: 27 May 2014 12:47 AM PDT TUDUNG hoody Mylea direka menggunakan fabrik dan bahan yang sangat berkualiti dan eksklusif. BERTUDUNG tidak bermakna pemakainya tidak boleh berfesyen. Sesuai dengan tuntutan dan keperluan semasa, tudung kini didatangkan dalam pelbagai bentu dan fesyen supaya pemakainya nampak anggun dan elegan. Sesuai dengan tuntutan itu juga Mylea De Bayu Sdn. Bhd. (Mylea) menampilkan fesyen terkini Mylea Hoody bagi menyerlah lagi gaya fesyen wanita Islam supaya lebih nampak anggun dan menarik. Fesyen tudung yang mudah dipakai ini, iaitu dengan hanya menyarungnya sahaja sudah membuatkan seseorang itu nampak anggun dengan daya ketrampilan, moden, elegan, bergaya dan anggun. Hoody ini akan lebih menonjol dan menyerlahkan keanggunan seseorang wanita lebih-lebih lagi sempena menyambut bulan Ramadan dan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi. Pengarah Eksekutif Mylea, Norazizah Jusoh berkata, hoody senang untuk digayakan dan mudah dipadankan dengan semua jenis baju disebabkan reka bentuk yang dicetuskan bersesuaian untuk digayakan di majlis-majlis keramaian, kasual, ke tempat kerja dan di mana sahaja. Kami cuba untuk menampilkan kelainan untuk sesiapa yang memakainya kerana ia dihasilkan untuk mencetuskan kelainan kepada pemakainya. Fesyen hoody yang diperkenalkan adalah rekaan eksklusif dan terhad dari Mylea dengan setiap reka bentuk dihasilkan hanya boleh didapati dalam empat helai sahaja sama ada tudung atau blouse,'' katanya. Beliau berkata, keunikannya yang lain ialah dapat mengembalikan dan menampakkan keanggunan sesiapa yang memakainya lebih muda, serba boleh serta moden. Di samping itu, hoody direka dengan menggunakan fabrik dan material yang sangat berkualiti dan eksklusif yang tidak ada dalam pasaran," katanya. Norazizah berkata, pihaknya menggunakan fabrik khas yang diimport sendiri oleh syarikat Mylea bagi memastikan kualiti yang dihasilkan mampu memenuhi citarasa pelanggan dan menyerlahkan lagi keanggunan si pemakainya. Konsep ditampilkan dalam setiap rekaan seperti Inspirational Couture (adi busana) turut menjanjikan rekaan pakaian yang eksklusif untuk pelanggan tertentu dengan menggunakan teknik kerja berkualiti dan serta pilihan fabrik yang bermutu tinggi," katanya kepada Utusan Malaysia. Menurut Norazizah, bagi memastikan produk dihasilkan menepati citarasa pelanggan yang pelbagai, Mylea dimantapkan lagi dengan tenaga kerja mahir dan berprofil tinggi sebenarnya juga merupakan `pusat sehenti' terbaik daripada segi pilihan produk yang pelbagai, khidmat rundingan fesyen, tempahan pakaian dan penghantaran percuma. Katanya, di samping itu, pihak syarikat turut menerapkan konsep perniagaan yang sistematik dan profesional khas untuk para pelanggan. Berdasarkan kajian dibuat oleh Mylea sendiri, ia telah berjaya menemui satu konsep bermula daripada pemilihan fabrik, konsep pakaian, reka bentuk, khidmat tempahan sehingga penghantaran ke pintu rumah. Semua perkhidmatan ini terletak di bawah satu bumbung bagi memastikan setiap pelanggan kami mendapat pakaian gaya eksklusif di mana setiap pakaian adalah 100 peratus dihasilkan oleh Mylea," katanya yang komited fesyen dan jenis fabrik yang digunakan mampu menawan hati pelanggan. Norazizah menjelaskan, Hoody dibuat mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh MY Lea De Bayu dan tenaga kerja yang berpengalaman dan mahir serta berpengalaman. Jaminan kami adalah reka bentuk eksklusif dan dibuat sepenuhnya oleh Mylea terus dari studio kami," katanya sambil menambah, pihak syarikat turut menawarkan reka bentuk fesyen, khidmat perundingan selain pakaian adat, sulaman manik dan rundingan imej. Sementara itu, Norazizah menjelaskan, pihaknya sedang mencari wakil pengedar berkonsepkan '1 Daerah 1 Pengedar' sebagai kaedah pemasaran di Malaysia, Brunei dan Singapura. Katanya, kelebihan menyertai skim tersebut adalah menikmati diskaun antara satu hingga 40 peratus (Platinum) dan 30 peratus diskaun (Emas) sehingga 30 Jun ini. Beliau menambah, selain itu, pihaknya akan memilih mereka yang mencatat jualan tertinggi dan memberikan ganjaran berbentuk wang tunai dan tiket percutian bagi tempoh setiap empat bulan. Untuk keterangan lanjut dan menjadi pengedar boleh hubungi 09-5134444, 03-89202954, 019-9880010, 019-9281345 atau layari www.mylea.com.my. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan