Utusan Online - Luar Negara |
PM Singapura tolak tawaran pampasan blogger Posted: 27 May 2014 11:33 AM PDT SINGAPURA 28 Mei - Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong menolak satu tawaran pampasan `tidak munasabah' oleh seorang penulis blog yang memfitnah beliau sekali gus memberi laluan kepada kemungkinan tuntutan saman. "Tawaran klien anda sebanyak Sg5,000 (RM12,784 ) adalah tidak masuk akal dan sama sekali mengabaikan keseriusan kelakuan anak guam anda serta fakta yang tidak boleh dipertikaikan bahawa fitnah itu adalah palsu dan berniat jahat,'' kata peguam Hsien Loong, Davinder Singh dalam sepucuk surat kepada penasihat undang-undang blogger Roy Ngerng, Yi Ling, semalam. Singh minggu lalu menuntut permohonan maaf dan ganti rugi daripada Ngerng di atas penerbitan artikel pada 15 Mei yang menuduh Perdana Menteri itu melakukan rasuah. - AFP |
Palestin perkenal kerajaan perpaduan Khamis Posted: 27 May 2014 11:32 AM PDT GAZA CITY 28 Mei - Presiden Palestin, Mahmoud Abbas akan memperkenalkan sebuah kerajaan perpaduan yang dibentuk menerusi penyatuan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan pergerakan Hamas, esok sekali gus menamatkan pentadbiran berasingan di Tebing Barat dan Gaza. "Kami telah selesai membincangkan tentang kerajaan konsensus nasional," kata seorang utusan Mahmoud dari pergerakan Fatah, Azzam al-Ahmed, semalam selepas proses perbincangan di Gaza bersama pemimpin-pemimpin Hamas. "Pengumuman itu akan dibuat dua hari lagi oleh Presiden,'' tambah beliau. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan