Selasa, 20 Mei 2014

Utusan Online - Selatan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Selatan


Orang Melayu jangan perkecilkan seni silat

Posted: 19 May 2014 11:54 AM PDT

Upacara junjung keris sebagai ikrar mempertahankan silat Melayu dilakukan oleh para pesilat dalam suasana penuh emosi.

MELAKA 19 Mei - Masyarakat terutamanya orang Melayu diingatkan supaya tidak memperkecilkan seni silat kerana sejarah membuktikan bahawa pengamal seni bela diri itu berjaya menggentarkan penjajah dan musuh yang menakluki negara ini suatu masa dahulu.

Yang Dipertua Persatuan Guru-Guru Silat Negeri Melaka (Sigma), Sham Mohd. Ghani berkata, kemasyhuran pahlawan Melayu seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman dan Dol Said adalah kerana keberanian mereka menentang penjajah.

Menurutnya, biarpun tanpa senjata api, pahlawan tersebut berani berhadapan dengan musuh kerana dalam persilatan, pengamalnya telah dilatih dan dididik untuk berani memperjuang agama, bangsa dan tanah air.

Ilmu persilatan ini bukan sahaja mengenai pertempuran semata-mata, ilmu silat lebih luas daripada itu kerana silat mampu meneguhkan jati diri pengamalnya, mendidik dan melatih diri untuk berani berhadapan cabaran.

Semangat juang yang tinggi yang ditanam dalam diri pengamal silat itu lebih penting kerana dengan semangat juang itu akan lahir pesilat yang berani dan kemahirannya juga akan lebih bertenaga," katanya.

Beliau berkata, silat sepatutnya menjadi kebanggaan orang Melayu sebagaimana masyarakat Korea yang mengagungkan seni beladiri Taekwondo, Kung Fu dan Wushu di China, karate di Jepun dan capoeira di Brazil.

Katanya, khazanah Melayu yang berharga dan tidak ternilai itu pastinya akan lenyap di telan zaman sekiranya tidak dipelihara dan sekurang-kurangnya dihargai oleh orang Melayu itu sendiri.

Masyarakat Korea boleh bersatu kerana taekwondo, jadi tidak mustahil silat juga boleh menjadi pengikat perpaduan di kalangan orang Melayu," katanya.

Menurutnya, keunikan silat di negara ini adalah kepelbagaian perguruannya yang memberikan peluang kepada masyarakat untuk memilih perguruan yang diminati kerana setiap perguruan mempunyai matlamat yang sama iaitu memelihara warisan bangsa.

Bagaimanapun katanya, setiap perguruan dinasihatkan supaya tidak memperkecilkan perguruan yang lain demi meramaikan keahlian dan sentiasa berlapang dada menganggap setiap perguruan itu mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

Orang Melayu jangan perkecilkan seni silat

Posted: 19 May 2014 11:54 AM PDT

Guru utama daripada lebih 50 perguruan silat melakukan upacara tutup gelanggang secara serentak pada Festival Pendekar dan Busana Tradisi Nusantara 2014 di Perkampungan Hang Tuah, Duyong, baru-baru ini.

MELAKA 19 Mei - Masyarakat terutamanya orang Melayu diingatkan supaya tidak memperkecilkan seni silat kerana sejarah membuktikan bahawa pengamal seni bela diri itu berjaya menggentarkan penjajah dan musuh yang menakluki negara ini suatu masa dahulu.

Yang Dipertua Persatuan Guru-Guru Silat Negeri Melaka (Sigma), Sham Mohd. Ghani berkata, kemasyhuran pahlawan Melayu seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman dan Dol Said adalah kerana keberanian mereka menentang penjajah.

Menurutnya, biarpun tanpa senjata api, pahlawan tersebut berani berhadapan dengan musuh kerana dalam persilatan, pengamalnya telah dilatih dan dididik untuk berani memperjuang agama, bangsa dan tanah air.

Ilmu persilatan ini bukan sahaja mengenai pertempuran semata-mata, ilmu silat lebih luas daripada itu kerana silat mampu meneguhkan jati diri pengamalnya, mendidik dan melatih diri untuk berani berhadapan cabaran.

Semangat juang yang tinggi yang ditanam dalam diri pengamal silat itu lebih penting kerana dengan semangat juang itu akan lahir pesilat yang berani dan kemahirannya juga akan lebih bertenaga," katanya.

Beliau berkata, silat sepatutnya menjadi kebanggaan orang Melayu sebagaimana masyarakat Korea yang mengagungkan seni beladiri Taekwondo, Kung Fu dan Wushu di China, karate di Jepun dan capoeira di Brazil.

Katanya, khazanah Melayu yang berharga dan tidak ternilai itu pastinya akan lenyap di telan zaman sekiranya tidak dipelihara dan sekurang-kurangnya dihargai oleh orang Melayu itu sendiri.

Masyarakat Korea boleh bersatu kerana taekwondo, jadi tidak mustahil silat juga boleh menjadi pengikat perpaduan di kalangan orang Melayu," katanya.

Menurutnya, keunikan silat di negara ini adalah kepelbagaian perguruannya yang memberikan peluang kepada masyarakat untuk memilih perguruan yang diminati kerana setiap perguruan mempunyai matlamat yang sama iaitu memelihara warisan bangsa.

Bagaimanapun katanya, setiap perguruan dinasihatkan supaya tidak memperkecilkan perguruan yang lain demi meramaikan keahlian dan sentiasa berlapang dada menganggap setiap perguruan itu mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

Melayu perlu berani saingi kaum lain

Posted: 19 May 2014 11:54 AM PDT

Oleh FADZLY IZAB
utusanmelaka@utusan.com.my

Naim Abu Bakar memukul gong sambil diperhatikan oleh Hasan Rahman (kiri) sebagai simbolik majlis perasmian Konvensyen Memperkasakan Ekonomi Melayu 2014 di MITC, Ayer Keroh, Melaka, semalam.

MELAKA 19 Mei - Kaum bumiputera terutamanya orang Melayu diseru lebih berani melibatkan diri dalam perniagaan berskala besar bagi memperkasakan ekonomi sekali gus mampu menyaingi kaum lain menjadi kuasa ekonomi negara.

Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron berkata, kaum Melayu lebih banyak melibatkan diri dalam perniagaan berskala kecil yang memberikan pulangan tidak seberapa kepada mereka.

Menurutnya, peratus penglibatan orang Melayu dalam sektor perniagaan skala kecil seperti kantin, kafeteria dan perniagaan penjaja merupakan yang paling tinggi lebih 60 peratus.

Bagaimanapun katanya, dalam sektor perindustrian, jurang penglibatan kaum Melayu adalah rendah terutamanya dalam bidang melibatkan modal serta kemahiran tinggi dengan hanya 20.9 peratus berbanding 73.4 peratus dikuasai kaum Cina.

Ini jelas menunjukkan penguasaan orang Melayu dalam perniagaan banyak tertumpu dalam perniagaan berskala kecil berbanding kaum Cina yang memberi tumpuan kepada perniagaan berskala besar serta pulangan lebih berganda.

Justeru, perkara utama perlu diperbetulkan bagi meningkatkan penyertaan orang Melayu dalam bidang perniagaan ialah pemikiran masyarakat itu sendiri dan ia hanya boleh dilakukan dengan adanya ilmu pengetahuan serta keazaman tinggi untuk berjaya," katanya.

Beliau berucap merasmikan Konvensyen Memperkasakan Ekonomi Melayu 2014 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Naim Abu Bakar.

Yang hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan Usahawan negeri, Datuk Hasan Rahman; Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Dr. Abdul Rahim Tamby Chik dan Pengarah Majlis Tindakan Ekonomi dan Sosial Bumiputera negeri, Datuk Hasnoor Sidang Husin.

Jelas Idris, budaya berfikir sebagai usahawan perlu diterapkan sejak daripada awal penglibatan seseorang itu dalam perniagaan dan segala tanggapan negatif mengenai perniagaan perlu diubah.

Di pihak kerajaan pula ujarnya, pelbagai strategi dan program pembangunan insan telah dirancang dan sedang dilaksanakan untuk memupuk minat keusahawanan.

Oleh yang demikian, kita perlu meningkatkan minat masyarakat agar melibatkan diri dalam sektor ekonomi utama seperti pembuatan, perkhidmatan dan pertanian kerana sektor ini berpotensi dipergiatkan malah dipandang serius oleh kerajaan," tegasnya.

Konvensyen selama dua hari bermula hari ini itu melibatkan penyertaan hampir 600 peserta serta pembentangan tiga kertas kerja berkaitan usaha memperkasakan ekonomi Melayu.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved