Utusan Online - Jenayah |
Lelaki ingkar arahan polis ditembak mati Posted: 19 May 2014 10:11 PM PDT KUALA SELANGOR 20 Mei - Ingkar dengan arahan polis supaya memberhentikan kenderaannya, seorang lelaki berusia 30-an ditembak pasukan keselamatan itu di Ijok di sini. Dalam kejadian pada kira-kira pukul 8.50 pagi itu, suspek keluar dari kenderaannya lalu cuba melarikan diri ke dalam semak selepas ditembak dua kali, tetapi rebah lalu mati. - UTUSAN |
Seorang maut, 5 cedera kemalangan Posted: 19 May 2014 08:56 PM PDT TAPAH 20 Mei - Seorang wanita warga emas maut manakala lima yang lain cedera dalam nahas membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 346.2, Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala ke utara, dekat sini hari ini. Dalam kejadian pukul 5.40 pagi itu, Ong Geen Peen, 66, yang merupakan penumpang kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Wester Maxus meninggal dunia di tempat kejadian. Ketua Polis daerah, Supritendan Som Sak Din Keliaw berkata, kemalangan berlaku ketika MPV yang dipandu Goh Ah Hock cuba memotong sebuah lori yang bergerak perlahan di hadapannya. Walau bagaimanapun katanya, cubaan itu gagal apabila datang sebuah kenderaan lain yang dipandu laju dari arah belakang hingga menyebabkan MPV itu gagal memotong lalu melanggar bucu sebelah kanan lori terbabit. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan