Selasa, 20 Mei 2014

Utusan Online - Pemotoran


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Pemotoran


Naza Bikes mahu jual 3,600 Naza N5

Posted: 19 May 2014 11:54 AM PDT

SM Faisal SM Nasimuddin (empat dari kiri) bergambar bersama Oh Sei Young (empat dari kanan), Nik Danial Nik Mahmood (tiga dari kanan) dan para tetamu pada majlis pelancaran motosikal Naza N5 di Kuala Lumpur, semalam. - UTUSAN/Izham Jaafar

KUALA LUMPUR 19 Mei - Naza Bikes Sdn. Bhd. (Naza Bikes) menyasarkan untuk menjual sebanyak 3,600 buah motosikal Naza N5 setahun.

Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan Naza, Datuk SM Faisal SM Nasimuddin berkata, sasaran itu disusuli dengan strategi syarikat dalam usaha menjual sehingga 300 buah motosikal Naza N5 pada setiap bulan.

Katanya, Naza N5 merupakan hasil kolaborasi di antara Naza Bikes bersama KR Motors, syarikat pembekal motosikal dari Korea Selatan.

Ujarnya lagi, kerjasama dengan KR Motors selama 15 tahun itu telah membantu syarikat memperkenalkan sebanyak enam model motosikal berkuasa 250cc dan 650cc.

Naza N5 yang mempunyai elemen sportiness amat bersesuaian buat penunggang motosikal berumur antara 18 hingga 45 tahun," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran motosikal Naza N5 di sini hari ini.

Yang turut hadir, Naib Presiden Bahagian Dua dan Empat Roda Kumpulan Naza Motor, Nik Danial Nik Mahmood; Pengerusi Kolao Group, Oh Sei Young dan Ketua Pegawai Eksekutif KR Motors, Bae Dong Jun.

Motosikal yang baharu dilancarkan itu berharga RM13,988 sebuah bagi 500 pelanggan pertama.

ETCM mula terima tempahan Nissan Teana

Posted: 19 May 2014 11:54 AM PDT

Nissan Teana

KUALA LUMPUR 19 Mei - Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) kini sudah mula menerima tempahan untuk Nissan Teana yang bakal dilancarkan tidak lama lagi di Malaysia.

Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk David Chen berkata, Nissan Teana didatangkan dalam tiga varian iaitu 2.5XV, 2.0XL dan 2.0XE tetapi harganya hanya akan diumumkan pada majlis pelancaran rasminya (dijangka bulan depan).

Menurutnya, Teana menggunakan enjin baharu dibangunkan QR25DE yang memiliki kuasa kilas pada julat rendah dan sederhana yang telah ditambah baik dengan kebuk pembakaran serta pengeluaran asap lebih efisien.

Katanya, enjin penuh kuasa ini dilengkapi Twin C-VTC (Twin Continuously Variable-valve Timing Control) untuk dipadankan dengan pelbagai keadaan enjin.

"Pada masa sama, enjin itu berupaya mengoptimumkan penjimatan bahan api, menawarkan pengalaman pemanduan lancar dan lincah di bandar, serta pecutan yang berkuasa dan mudah untuk memotong kenderaan lain di jalan raya," katanya pada sesi pandu uji Nissan Teana baru-baru ini.

Orang ramai boleh melihat secara dekat Nissan Teana di beberapa pusat beli-belah terpilih di seluruh negara mulai sekarang hingga 1 Jun ini. Pusat beli-belah terpilih itu ialah Bangsar Shopping Centre, Kuala Lumpur; Mahkota Parade, Melaka (dari 15 - 18 Mei 2014); KSL Mall, Johor Bahru (dari 19 - 25 Mei 2014); Alamanda, Putrajaya dan Publika, Kuala Lumpur (dari 21 - 25 Mei 2014) dan Queensbay Mall, Pulau Pinang (dari 29 Mei - 1 Jun 2014).

Para pelanggan yang ingin membuat tempahan juga boleh berbuat demikian di mana-mana bilik pameran Nissan di seluruh negara.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved