Utusan Online - Pemotoran |
Ford jual 1,173 buah kenderaan pada April di Malaysia Posted: 15 May 2014 12:08 PM PDT Oleh AZMAN IBRAHIM Ford Fiesta KUALA LUMPUR 15 Mei - Ford Motor Company (Ford) mengumumkan prestasi terbaik di Malaysia pada April lalu dengan jualan runcit melonjak hampir 35 peratus kepada 1,173 buah kenderaan berbanding tempoh sama tahun lalu, dipacu oleh permintaan berterusan terhadap Ranger, Fiesta, Focus dan Kuga. Pengarah Urusan Pasaran Membangun Asia Pasifik dan Malaysia Ford Motor Company, David Westerman berkata, tarikan terhadap jenama Ford terus mengukuh di bawah transformasi berasaskan kepada produk, selain penambahan rangkaian kenderaan Ford yang mendahului segmennya di Malaysia. Katanya, situasi ini kemudian diterjemahkan kepada aliran trafik yang lebih tinggi ke bilik-bilik pameran Ford di seluruh negara serta peningkatan jualan yang konsisten. "Trak pikap yang mendefinisikan kelasnya, Ranger serba baharu kekal menjadi model Ford paling popular di Malaysia dengan jualan runcit (pada April) meningkat sebanyak 38 peratus kepada 646 buah berbanding tempoh sama tahun lalu. "Jualan Ranger pada tahun ini sehingga sekarang mencecah 2,365 buah, naik 37 peratus berbanding setahun lalu,'' tambah Westerman dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata, versatiliti dan kemampuan Ranger yang tiada tandingan benar-benar memberikan apa sahaja yang dimahu dan diperlukan oleh pelanggan trak pikap pada hari ini. Jelasnya, peningkatan permintaan ke atas Fiesta baharu yang ditambah baik secara signifikan turut membantu melonjakkan jualan runcitnya kepada lebih 20 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu menjadi 301 buah. Menurutnya, Ford menjangkakan Fiesta 1.0L EcoBoost baharu yang dilancarkan akan membantu memacu momentum jualan sepanjang tahun ini. Fiesta adalah pemacu utama kejayaan transformasi berasaskan kepada produk kami. Enjin 1.0L EcoBoost memberikan model yang mendahului segmennya ini, lebih banyak cara untuk berhubung dengan pengguna dan gaya hidup mereka," katanya. Ditawarkan pada harga RM93,888 sebuah, Fiesta 1.0L EcoBoost baharu sudah boleh didapati di pasaran Malaysia melalui varian lima pintu Sport. Permintaan berterusan ke atas Focus serba baharu juga membantu jumlah penghantaran kepada pelanggan melonjak kepada 427 buah pada tahun ini, termasuklah jualan pada April sebanyak 113 buah. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pemotoran To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan