Utusan Online - Dalam Negeri |
- Penerbangan ditangguhkan, pesawat MAS dilanggar kereta
- MH370: Peralihan operasi mencari ke dasar laut
- RM1.5j untuk jayakan penubuhan Sekretariat Komuniti ASEAN
Penerbangan ditangguhkan, pesawat MAS dilanggar kereta Posted: 15 May 2014 03:16 AM PDT SEPANG 15 Mei - Sebuah pesawat milik Malaysia Airlines (MAS) yang sepatutnya berlepas ke Yangon, Myanmar pada pukul 10.05 pagi ini terpaksa ditunda selepas sebuah kereta yang diletakkan berhampiran melanggar bahagian bawah kapal terbang itu. Berikutan kejadian tersebut, semua penumpang pesawat tersebut terpaksa dipindahkan ke penerbangan lain pada pukul 10.45 pagi tadi. - UTUSAN ONLINE |
MH370: Peralihan operasi mencari ke dasar laut Posted: 15 May 2014 02:57 AM PDT KUALA LUMPUR 15 Mei - Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Kabinet meluluskan peralihan fasa operasi mencari pesawat MH370 di dasar laut. Beliau berkata, kertas tindakan yang antara lain merangkumi hasil pertemuan tripartite antara Malaysia, Australia dan China di Canberra, Australia baru-baru ini dibentangkan di Kabinet semalam. - UTUSAN ONLINE |
RM1.5j untuk jayakan penubuhan Sekretariat Komuniti ASEAN Posted: 15 May 2014 01:51 AM PDT PUTRAJAYA 15 Mei - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan insentif sebanyak RM1.5 juta kepada Majlis Belia Malaysia bagi melaksanakan inisiatif penubuhan Sekretariat Komuniti ASEAN di kalangan belia Asia Tenggara. Najib berkata, Majlis Belia Malaysia akan memainkan peranan aktif dalam kalangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk merapatkan hubungan sesama generasi belia serantau. Menurutnya, usaha itu juga selari dengan penubuhan gagasan Komuniti ASEAN yang akan dilaksana pada 2015. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan