Rabu, 21 Mei 2014

Utusan Online - Mahkamah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Kad pengenalan pegawai tentera Filipina ditemui

Posted: 21 May 2014 12:55 PM PDT

KOTA KINABALU 21 Mei - Kad pengenalan milik seorang pegawai tentera pangkat tinggi Filipina ditemui di kawasan pertempuran di Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu pada 7 Mac tahun lalu, Mahkamah Tinggi di sini diberitahu hari ini.

Asisten Supritendan (ASP) Mursalim Mohd. Salleh berkata, dokumen itu antara 21 pelbagai jenis kad pengenalan kewarganegaraan Filipina.

"Saya masih ingat satu daripada kad itu tertera nama General Musa," katanya.

Semasa mengenal pasti kad berkenaan yang dikemukakan di mahkamah, beliau berkata, satu daripadanya tertera perkataan General Headquarters Bangsa Sulu Royal Security Force (Ibu Pejabat Jeneral Bangsa Sulu Pasukan Keselamatan Diraja) atas nama General Musa A. Abdullah.

Beliau memberitahu, jawatan pemilik kad itu dicatatkan sebagai Vice Chief of Staff (Naib Ketua Staf) dan ditandatangani oleh Raja Muda Datu Agbimuddin bin Kiram, Royal Defence Minister (Menteri Pertahanan Diraja).

Mursalim juga memberitahu, enam daripada kad pengenalan itu tertera perkataan Sultanate of Sulu and North Borneo (Sabah) (Kesultanan Sulu dan Borneo Utara (Sabah)), dengan kebanyakannya memaparkan tandatangan Datu Agbimuddin.

Pada kad lain tertera perkataan General Headquarters Royal Security Force; Headquarters 3rd Royal Security Force (Cobra) Brigade; Headquarters Mindanao Allied Force (MAF) Inc, General Headquarters Royal Armed Forces dan sekeping dengan perkataan Office of the President of the Philippines. Office of the Presidential Advisor of the Peace Process.

Mursalim berkata, antara dokumen itu adalah kad kesihatan, kad keahlian persatuan, kad kolej komuniti, kad sekolah tinggi dan kad pengenalan pengundi.

Terdahulu, beliau mengenal pasti 14 dokumen yang dirampasnya di kampung itu termasuk sekeping kertas kosong, dua slip pengeluaran wang Bank Islam dan lirik lagu nasyid dalam bahasa Suluk.

Seramai 30 tertuduh, terdiri daripada 27 rakyat Filipina dan tiga penduduk tempatan, dibicarakan dalam kes ini, dengan sesetengah mereka menghadapi pelbagai pertuduhan, termasuk menganggotai sebuah kumpulan pengganas atau melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, merekrut anggota untuk sebuah kumpulan pengganas atau secara sukarela melindungi individu yang mereka tahu menjadi anggota kumpulan pengganas.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu antara 12 Februari dan 10 April tahun lalu.

Pendengaran di hadapan Hakim Stephen Chung di Jabatan Penjara Sabah bersambung esok. - BERNAMA

Hukuman bekas inspektor polis kekal

Posted: 21 May 2014 12:55 PM PDT

SHAH ALAM 21 Mei - Mahkamah Tinggi di sini hari ini mengekalkan hukuman penjara 30 bulan dan denda RM15,000 atau penjara lima bulan terhadap seorang bekas pegawai polis berpangkat Inspektor yang didapati bersalah menerima rasuah RM3,000 hampir 11 tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan demikian selepas menolak rayuan Jamil Osman, 43, yang tidak berpuas hati terhadap sabitan dan hukuman yang tersebut dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada 7 Januari 2011.

"Setelah meneliti hujahan pihak pendakwaan, pembelaan serta keterangan saksi yang dipanggil, mahkamah menolak rayuan perayu," kata beliau.

Mengikut pertuduhan, Jamil yang ketika itu bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, Selangor didakwa telah memperoleh untuk dirinya suapan wang RM3,000 daripada Md. Kamaruzzaman Al Nur Mohammad Hawlader.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved