Utusan Online - Luar Negara |
Ketua tentera Thailand arah pemimpin politik selesai kemelut Posted: 21 May 2014 10:56 AM PDT BANGKOK 22 Mei - Ketua tentera Thailand mengarahkan pemimpin-pemimpin kumpulan politik dan parti bersaing, ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dan senator ke satu pertemuan hari ini, sehari selepas beliau mengisytiharkan undang-undang tentera, bagi membincangkan satu cara untuk keluar dari kegawatan politik negara tersebut. Walaupun tentera menafikan campur tangan mengejut yang mereka lakukan merupakan satu rampasan kuasa, Jeneral Prayuth Chan-ocha muncul untuk menetapkan agenda dengan mendesak beberapa kumpulan dan organisasi terbabit yang memainkan peranan utama dalam krisis itu bagi melakukan pertemuan. "Jeneral Prayuth telah memanggil satu pertemuan dilakukan di Kelab Tentera dengan semua pihak untuk berbincang mengenai cara bagi mengeluarkan negara dari krisis yang melanda," kata jurucakap tentera Winthai Suvaree. Beliau kemudiannya menambah pertemuan itu akan diadakan pada pukul 1.30 petang (waktu tempatan) hari ini. - REUTERS |
Taiwan: Empat terbunuh dalam kejadian amuk Posted: 21 May 2014 10:50 AM PDT TAIPEI 22 Mei - Seramai empat orang mangsa terbunuh manakala sekurang-kurangnya 21 yang lain cedera apabila seorang pelajar lelaki sebuah kolej mengamuk dan melakukan serangan rambang terhadap orang ramai di dalam sebuah kereta api bawah tanah di Taipei semalam. Lelaki itu yang berusia 21 tahun, segera ditangkap selepas kejadian tersebut. Menurut polis, ia merupakan serangan amuk pertama berlaku di sistem kereta api bawah tanah bandar tersebut sejak beroperasi pada 1996. Setakat ini punca mengapa lelaki itu melakukan serangan berkenaan masih belum diketahui, kata polis. - AGENSI |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan