Rabu, 21 Mei 2014

Utusan Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Raikan Hari Ibu bersama Khadijah Ibrahim

Posted: 21 May 2014 01:10 AM PDT

KUALA LUMPUR 21 Mei - Para peminat berpeluang menikmati hidangan ala kampung sambil dihiburkan dengan persembahan penyanyi Datuk Khadijah Ibrahim di restoran milik beliau iaitu Khadijah's Kitchen di PV128, Jalan Genting Klang di sini sempena sambutan Hari Ibu pada 24 Mei ini.

Menurut Khadijah pada persembahan yang mengenakan bayaran RM120 setiap seorang itu, para peminat juga akan mendapat door gift dan cabutan bertuah berupa hadiah-hadiah misteri selain kemunculan istimewa penyanyi undangan yang dirahsiakan dan bakal diumumkan pada hari tersebut.

``Restoran saya mampu memuatkan kira-kira 300 pengunjung pada satu-satu masa tetapi untuk acara ini kami hadkan kepada 100 pengunjung sahaja. Malah, pembaca akhbar Mingguan Malaysia juga akan diberi potongan RM20 daripada harga itu dengan membawa keratan akhbar itu keluaran 18 Mei lalu,'' katanya. - UTUSAN ONLINE.

Berhati-hati tunjuk kekasih

Posted: 20 May 2014 11:30 PM PDT

Oleh ABD. AZIZ ITAR
aziz.itar@utusan.com.my
Gambar NOOR AZLINA JAAFAR

BAKAL bersatu dalam teater Projek Kahwin yang bakal dipentaskan di Istana Budaya pada 6 hingga 14 Jun ini.

SEWAKTU mula terbabit dalam bidang seni, Kaka dan Zizan Raja Lawak nyaris dikaitkan mempunyai hubungan cinta. Semuanya gara-gara pembabitan mereka yang berduet menerusi lagu berjudul Bawaku Pergi beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, gosip itu sekadar berlalu begitu sahaja. Mereka cuma berkawan baik dan kebetulan digandingkan bagi menyanyikan lagu tersebut yang kemudiannya menjadi popular.

Namun, sebagai penyanyi baharu yang semakin mempunyai ramai peminat, Kaka atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff sentiasa menjadi perhatian banyak pihak bukan sahaja para peminatnya tetapi juga wartawan.

Meskipun tidak pernah mengaku mempunyai buah hati, tetapi anak saudara penyanyi rock Ella ini pernah dilihat beberapa kali bersama-sama dengan seorang jejaka di khalayak.

Malah, menurut sumber pada suatu sesi fotografi yang diadakan di sebuah studio, pernah dilihat jejaka terbabit menghantar Kaka yang mana difahamkan ramai yang tidak mengetahui hubungan mereka itu.

Penyanyi berusia 25 tahun ini tidak menafikan akan perkara itu tetapi buat masa ini dia enggan mengulas lanjut tentang sejauh mana hubungannya dengan jejaka tersebut.

Saya tidak nafikan perkara itu tetapi kami cuma kawan rapat sahaja. Sebenarnya, saya dan dia sudah berkawan baik sejak tujuh tahun lepas. Saya mengenalinya semasa sama-sama belajar di Segi College di Subang Jaya.

Kami belajar dalam bidang yang sama iaitu Komunikasi Massa. Cuma dia adalah senior saya. Selepas habis belajar sampai peringat diploma, kami terus berhubung dan berkawan.

Bukan dia seorang sahaja tetapi saya juga ada kawan-kawan lain yang juga rapat yang mana kami selalu keluar bersama-sama. Jadi tidak ada isu dalam hubungan kami itu," katanya kepada Hits sewaktu ditemui baru-baru ini.

Jelas anak ketiga daripada empat beradik ini, dia tidak mahu berahsia soal cinta, namun pada masa sama tidak mahu ia mengganggu perjalanan kerjaya seninya yang kini semakin berkembang.

Selain menyanyi, Kaka juga kini sedang dalam persiapan untuk berlakon teater kedua lakonannya berjudul Projek Kahwin yang akan dipentaskan di Panggung Sari, Istana Budaya, Kuala Lumpur dari 6 hingga 14 Jun ini.

Justeru, dia berharap agar gosip atau cerita negatif yang membabitkan dirinya tidak akan mengganggu konsentrasinya dalam menempuhi teater arahan Ajie atau Azri Ali itu.

Kalau boleh buat masa ini saya mahu fokus kepada teater ini dulu. Ini kerana, ia adalah teater lakonan saya yang dipentaskan di atas pentas yang besar dan berprestij seperti di Istana Budaya yang menjadi tumpuan ramai peminat.

Sebelum ini saya pernah berlakon dalam teater yang berskala kecil bertajuk Bukan 404 arahan Raja Azrey Iskandar. Saya anggap ini adalah cabaran terbaharu saya sebagai pelakon.

Saya berdebar-debar berlakon dalam teater ini kerana terpaksa berdepan secara langsung dengan penonton tetapi kalau menyanyi saya sudah biasa walaupun bilangannya ramai. Bagi saya menyanyi lebih mudah.

Sedangkan berlakon teater saya bukan sahaja beraksi secara langsung tetapi ia lebih spontan bukan sahaja daripada segi penghayatan tetapi juga ucapan dialog-dialognya," ujarnya.

Menariknya, pada pementasan itu juga Kaka dan Shah Iskandar pertama kali digandingkan berlakon dalam teater yang menyelitkan banyak unsur sindiran dan komedi yang disesuaikan dengan isu-isu dalam masyarakat hari ini.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved