Utusan Online - Luar Negara |
Pilihan raya Presiden Mesir 'hambar' Posted: 28 May 2014 12:02 PM PDT KAHERAH 29 Mei - Pilihan Raya Presiden Mesir yang dilanjutkan buat hari ketiga semalam dilihat gagal menarik pemilih untuk membuang undi mereka, sekali gus bakal mengancam kredibiliti bekas ketua tentera negara ini, Abdel Fattah al-Sisi, yang merupakan calon popular untuk memenangi pemilihan itu. Seorang anggota jawatankuasa pilihan raya Mesir, Tareq al-Shibl dipetik oleh akhbar al-Ahram sebagai berkata, lebih 21 juta pengundi membuang undi mereka atau hampir 39 peratus daripada 54 juta pengundi berdaftar. Statistik itu sekali gus kurang daripada 40 juta undi atau 80 peratus undian sebagaimana yang diharap Abdel Fattah pada minggu lalu. Jumlah keluar mengundi yang rendah itu mengancam untuk melemahkan kredibiliti Abdel Fattah sebagai pemimpin negara dunia Arab yang mempunyai ramai penduduk itu serta mengandaikan kegagalan Abdel Fattah meraih sokongan rakyat. - AFP |
Tahanan Palestin dikejarkan ke hospital Posted: 28 May 2014 11:59 AM PDT BAITULMAQDIS 29 Mei - Perkhidmatan Penjara Israel mengejarkan seramai 40 tahanan Palestin ke hospital semalam selepas mereka enggan makan lebih sebulan lalu sebagai bantahan tahanan terhadap terma-terma pemenjaraan masing-masing. Jurucakap penjara, Sivan Weizman menyifatkan kesihatan semua tahanan itu dalam keadaan baik, namun dinafikan pegawai Palestin yang mendakwa, nyawa kesemua tahanan tersebut dalam bahaya dan menggesa campur tangan antarabangsa bagi mencari satu penyelesaian. Kesemua mereka yang melancarkan mogok lapar merupakan tahanan biasa yang enggan makan hampir lima minggu sebagai bantahan mereka kerana ditahan tanpa perbicaraan. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan