Utusan Online - Feminin |
Posted: 19 Nov 2013 10:13 PM PST Oleh MERAN ABU BAKAR Sharifah Razlin Syed Razlan bersama sebahagian produk Manjadiri. PELBAGAI tumbuh-tumbuhan yang terdapat di muka bumi ini mempunyai kegunaan dan kelebihannya untuk manusia. Ramai yang kini sudah semakin peka akan khasiat tumbuh-tumbuhan dan pentingnya menggunakan bahan-bahan yang tidak mengandungi kimia dalam kehidupan seharian. Menyedari hakikat ini, Sharifah Razlin Syed Razlan, 39 , kini berbangga kerana dapat menghasilkan produk kecantikan dan kesihatan yang menggunakan bahan-bahan semulajadi yang dinamakannya sebagai Manjadiri Treasures. Bercerita bagaimana wujudnya Manjadiri, Sharifah Razlin atau mesra dipanggil Razlin sahaja yang ditemui di rumahnya di Taman Sri Ukay. Ulu Kelang, Selangor, baru-baru ini berkata, produk tersebut menggunakan seratus peratus bahan organik dan tiada langsung bahan kimia. Setakat ini katanya, terdapat tiga produk di bawah jenama Manjadiri, iaitu Kuntum yang merupakan pembersih feminin, Belaian iaitu minyak urut dan Pakej Quick Slim yang terdiri daripada Ramping dan Langsing. Sharifah Razlin menambah, Manjadiri memudahkan pengguna yang peka dengan kesihatan dan kecantikan serta mementingkan produk tanpa bahan kimia mendapatkan produk tersebut tanpa ragu-ragu. "Saya ingin menjadikan Manjadiri sebagai pusat sehenti bagi mereka yang masih mencari-cari bahan yang selamat untuk digunakan setiap hari, bebas kimia dan tidak was-was daripada segi kebersihan atau untuk ibadat. "Sebenarnya saya sendiri tergerak hati untuk membuat produk ini dan cuba mengelakkan produk yang mengandungi bahan kimia. " Sejak bertahun dahulu, walau sakit macam mana pun saya cuba mengelakkan daripada mengambil ubat-ubatan sebaliknya mengamalkan bahan-bahan semulajadi. "Antara bahan-bahan yang terdapat dalam Manjadiri ialah minyak pati, bunga-bungaan seperti mawar dan herba seperti rosemary, thyme, sage dan banyak lagi." Bunga berkesan untuk merawat hormon sementara herba untuk merangsang peredaran darah dan liang roma. Kesemua bahan ini akan diproses di kilang di Taman Tun Dr. Ismail," katanya. Menurut Sharifah Razlin lagi, produknya adalah untuk luaran dan dalaman seperti rambut, muka, badan dan penjagaan wanita. Selain itu, Manjadiri juga boleh digunakan untuk lelaki dan kanak-kanak namun dos untuk kanak-kanak dicairkan. "Bahan-bahan semulajadi walaupun bertindak perlahan namun bila ia sudah bertapak di dalam badan, ia akan melawan penyakit sehingga sembuh," katanya yang merancang untuk membuka rangkaian Manjadiri dan memberi peluang kepada sesiapa yang ingin berniaga. Razlin menambah, pada masa ini, mereka yang ingin mendapatkan produk Manjadiri boleh membeli secara dalam talian dengan melayari laman sesawang www.manjadiri.com. |
Posted: 19 Nov 2013 10:13 PM PST Oleh MERAN ABU BAKAR Natasha hudson (kiri) menandatangani poster sebagai tanda menjadi duta mary chia shape up sambildiperhati simon ooi (kanan); pengurus latian dan pembangunan mary chia malaysia, adelyne tan (dua kanan) dan mary chia (dua kiri) ketika majlis shape up transformasi lengkap 360 darjah di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini. SEPERTI wanita lain yang baru melahirkan bayi pelakon, Natasha Hudson mengalami masalah yang sama, iaitu mendapatkan kembali tubuh yang langsing dan pinggang ramping seperti semasa sebelum hamil. Sembilan bulan hamil, mereka teringin memakai semula pakaian mereka yang dahulu. Lega jika pakaian tersebut masih boleh disarung ke badan. Natasha yang baharu melahirkan anak keduanya, Naeema Khaleela, lima bulan lalu berkata, amat sukar baginya melupuskan lemak berlebihan di sekitar abdomen dan pinggul. Natasha berkata, pelbagai usaha dilakukan bagi membuang lemak berlebihan pada bahagian tersebut, namun ia agak kurang berjaya dan dia pula bukan seorang yang rajin hendak mengamalkan senaman atau berulang-alik ke gimnasium. Sehinggalah suatu hari seorang kawannya bercerita mengenai Mary Chia dan dia tertarik untuk program berat badan yang disediakan kerana agak berbeza serta lebih mudah hendak diikuti "Pada satu peringkat berat badan naik sehingga 65 kilogram. Saya telah mencuba pelbagai cara untuk mengurangkan berat badan namun belum ada yang berjaya. "Sebab itu saya teruja hendak mencuba cabaran Shape Up bersama Mary Chia dan sekarang berat badan saya cuma 51 kilogram. Selama tiga minggu bersama Mary Chia, saya telah kehilangan enam kilogram,"kata Natasha yang berkongsi pengalaman pada program Shape Up bersama Mary Chia di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini. Program melalui revolusi Transformasi Lengkap 360 darjah itu, merupakan pendekatan revolusi ke arah pengurusan berat badan yang menjanjikan kehilangan dua kilogram dalam tempoh dua minggu sahaja. Bermula di Singapura, Mary Chia yang berpengalaman selama 30 tahun dalam industri ini merupakan pelopor dalam bidang kecantikan, pelangsingan dan perkhidmatan spa untuk lelaki dan wanita Sementara itu, Pengarah Urusan Mary Chia Malaysia, Simon Ooi berkata, pada ketika ini terdapat enam buah spa muka dan badan Mary Chia di seluruh negara. Selain itu, jenama tersebut juga memiliki sebuah klinik estatik, MCU Beautitudes yang menggabungkan teknologi terbaru dengan kepakaran perubatan bagi mendapatkan kesan yang menggembirakan. "Memahami kehendak wanita yang mahukan program pengurusan berat badan yang holistik yang relevan dengan gaya hidup wanita moden, kami bangga memperkenalkan Transformasi Lengkap 360 darjah. Setiap wanita adalah berbeza dan kaedah yang digunakan untuk setiap orang juga berbeza. "Program Transformasi Lengkap 360 darjah menyediakan lima cara berbeza yang dapat membantu seseorang itu kembali langsing tanpa perlu menelan pil atau seksa menahan lapar,"kata Ooi. Menurutnya, pakej langsing tersebut mengenakan bayaran sebanyak RM499 meliputi tujuh kali rawatan termasuk detoksifikasi, stimulasi kardio, bentuk yang diingini, menyingkir selulit dan pengurangan air dalam badan. Turut diberikan ialah enam program sokongan yang dibantu oleh konsultan profesional. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan