Rabu, 20 November 2013

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Hasil kajian semula tarif elektrik diumum 2014

Posted: 19 Nov 2013 08:28 PM PST

Oleh ROSALINDA MD.SAID

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Kerajaan akan mengumumkan hasil kajian semula mengenai tarif elektrik negara pada tahun depan.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ketika ini proses kajian semula itu sudah 50 peratus dijalankan meliputi secara holistik faktor-faktor seperti kos bahan mentah, pengguna dan syarikat penyedia utiliti.

"Sebarang kenaikan kadar tarif elektrik bergantung kepada keputusan kajian semula yang akan selesai pada tahun depan itu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Elektrik 2013 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Insiden bunuh, culik tidak jejas pelancongan Sabah - KPN

Posted: 19 Nov 2013 08:26 PM PST

Oleh NORHIDAYU MOHD HASSAN

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Kejadian pembunuhan dan penculikan di Pulau Pom-Pom, Semporna, Sabah pada 15 November lalu tidak menjejaskan sektor pelancongan di negeri itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, keadaan keselamatan di negeri tersebut adalah selamat dan terkawal.

"Masyarakat mahu pun pelawat yakin terhadap kemampuan dan keupayaan pihak berkuasa dalam menangani perkara tersebut dan keselamatan setempat.

"Saya akan pastikan yang pasukan keselamatan kita tidak tidur dengan apa yang berlaku," katanya dalam sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama bertajuk Peningkatan Keselamatan Malaysia ke arah Transformasi Ekonomi pada Persidangan Keselamatan Perniagaan 2013 di sebuah hotel di ibu negara hari ini. - UTUSAN ONLINE

Gempa bumi landa Kepulauan Mariana

Posted: 19 Nov 2013 07:29 PM PST

KUALA LUMPUR 20 Nov. - Gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter melanda Kepulauan Mariana pada 1 pagi ini.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu berpusat di 1,956km tenggara Yokosuka di Jepun dan 3,257km timur laut Kinabatangan di Sabah.

Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami. - BERNAMA KMK RV ROS

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved