Utusan Online - Feminin |
Posted: 18 Nov 2013 09:59 PM PST Oleh mariatul qatiah zakaria Norsimah Abdul Rajak menunjukkan teknik-teknik urutan yang betul. TIDAK dinafikan, spa hari ini menjadi pilihan bagi wanita yang bekerjaya untuk merehatkan badan dan pada masa yang sama memanjakan diri setelah berpenat lelah menyempurnakan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Kunjungan ke spa bukan lagi ke arah kecantikan semata-mata sebaliknya lebih kepada untuk merehatkan fizikal dan mental dalam usaha memberikan yang terbaik kepada tubuh badan yang telah banyak berjasa selama ini. Antara rawatan serta perkhidmatan yang sering kita lihat ditawarkan di spa-spa ialah pelangsingan badan, urutan badan, urutan tangan, urutan kaki dan rawatan kecantikan muka. Menurut pemilik spa Beauty From The East, Norsimah Abdul Rajak, 35, spa yang diusahakan sejak 2009 ini sememangnya menawarkan pelbagai rawatan dan perkhidmatan yang berkaitan dengan kecantikan mahupun kesihatan seperti spa-spa lain. Keistimewaan spa yang terletak di GM 20A, Jalan Putra Perdana 5D/1, Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor itu ialah rawatan urutan payu dara. Katanya, dalam banyak-banyak rawatan yang disediakan, rawatan tersebut mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelanggan. "Kami di Beauty From The East menawarkan pelbagai rawatan seperti yang ditawarkan oleh spa-spa lain tetapi dalam usaha memberikan kelainan kepada para pelanggan, kami turut menawarkan satu rawatan khusus iaitu rawatan untuk payu dara kepada mereka yang memerlukan. "Rawatan ini mampu mmengembalikan semula keanjalan tisu-tisu di sekelilingnya akibat penggunaan baju dalam yang salah serta faktor umur. Selain menganjalkan payu dara urutan juga mampu membentuk semula payu dara," ujarnya ketika ditemui di spanya, baru-baru ini. Dengan hanya menggunakan kaedah mengurut yang betul di samping penggunaan losyen khas, Norsimah memberitahu rawatan tersebut mengambil masa antara 45 minit hingga dua jam bergantung kepada keperluan individu terbabit. Ini kerana, tidak semua tubuh individu memberi tindak balas yang sama setelah rawatan dilakukan. Katanya lagi, sekiranya inginkan keputusan yang memuaskan urutan tersebut perlulah diulangi dan maksimum urutan yang perlu dijalani pelanggan adalah sebanyak 10 kali. Mempunyai empat bilik untuk urutan badan, Beauty From The East dibuka setiap hari bermula 9.30 pagi hingga 9.30 malam kecuali hari Sabtu dan Ahad akan ditutup pada pukul 7.30 malam. Turut menawarkan perkhidmatan urut bersalin untuk para pelanggan sekitar Lembah Klang, Norsimah memberitahu, Beauty From The East turut mempunyai cawangan di Lahat Datu, Sabah yang telah beroperasi sejak tahun 2011. Sememangnya meminati bidang kecantikan sejak dahulu lagi, Norsimah kini dalam perancangan melancarkan produk kecantikannya sendiri dalam usaha mengembangkan lagi perniagaan. "Jadi dalam usaha mengembangkan lagi perniagaan ini, kini saya dalam perancangan ingin mengeluarkan produk kecantikan sendiri tahun depan. "Sebelum itu pada tahun 2011 saya telah mengeluarkan satu krim pelangsingan badan jenama sendiri dan baru tahun ini produk ini dipasarkan kerana sebelum itu hanya digunakan di spa sendiri sahaja," tuturnya lagi. Spa yang hanya dikhususkan untuk kaum Hawa ini boleh dikunjungi pada bila-bila masa tetapi dinasihatkan agar menghubungi Norsimah terlebih dahulu di talian 016-6262551 untuk temu janji. |
Mandian inspirasi Madame Butterfly Posted: 18 Nov 2013 09:59 PM PST Mandian Honour oleh Amouge untuk wanita. HOUSE Of Amouage telah memperluaskan rangkaian Bath & Body Collection dengan memperkenalkan ciptaan unggulnya, Honour untuk lelaki dan wanita. Wangian yang bersifat intimate, diinspirasikan oleh Madame Butterfly daripada Giacomo Puccini meninggalkan kesan yang lembut di permukaan kulit dengan menyerlahkan suatu campuran anggun bungaan putih yang merangkumi karakter tragis Puccini. Dipersembahkan dalam pembungkusan mewah warna gading dan putih untuk wanita yang mengandungi koleksi barangan penuh termasuk satu jel mandian harum, sabun, losyen badan, krim tangan dan krim badan yang mewah. Sementara untuk lelaki, dipersembahkan dalam pembungkusan hitam dan putih untuk jel mandian dan produk sabun yang diwangikan. Dicipta oleh pakar Peranchis yang terkenal, rangkaian ini mengandungi kadar konsentrasi haruman yang tinggi dan memberikan kelembutan dan kelembapan kepada kulit. Bagi menampilkan kepelbagaian penggunaan wangian unggul ini, rangkaian Bath & Shower Gel tersebut juga membersihkan badan secara lembut. Sabun mandi yang harum mengandungi minyak sayuran organik bagi mengekalkan keseimbangan pH semula jadi yang bersesuaian dengan kulit lembut dan sihat untuk lelaki dan wanita. Losyen badan dan krim tangan mengandungi gliserin, mentega shea, lidah buaya, minyak badan dan silikon dan satu lapisan perlindungan yang membuatkan kulit gebu dan licin, segar serta lembut seperti sutera. Barangan terunggul dalam koleksi ini adalah krim badan yang mewah yang dipersembahkan dalam bekas yang amat cantik dan eksklusif. Mengandungi ramuan-ramuan aktif seperti algae, gliserin, lidah buaya, mentega shea dan mentega cacao, ia memberikan rawatan intensif bertujuan mengembalikan keremajaan dan melembutkan kulit. Rangkaian Bath & Body Collection juga boleh didapati dalam rangkaian wangian Amouage yang terlaris termasuk Gold, Dia, Jubilation 25, Reflection, Lyric, Epic dan Memoir. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan