Utusan Online - Pemotoran |
Varian terbaharu Ford Ranger di pasaran Posted: 02 Aug 2013 11:42 AM PDT Ford Ranger Double Cab 4x4 3.2L XLT Hi-Rider KUALA LUMPUR 2 Ogos - Pengeluar kereta Amerika Syarikat, Ford, hari ini memperkenalkan varian baharu bagi rangkaian keretanya di Malaysia, Ford Ranger Double Cab 4x4 3.2L XLT Hi-Rider dengan transmisi manual enam kelajuan dan sistem 4x4 peralihan elektronik. Ford dalam satu kenyataan hari ini berkata, trak pikap itu yang berharga RM99,888, dilengkapi dengan enjin diesel turbo Duratorq TDCi 3.2L berkuasa tinggi di samping masih menawarkan pengalaman pemanduan yang senyap dan unggul. Karakter Ranger baharu itu menyerlah keyakinan dan ciri-ciri trak Lasak Abad Ke-21 yang berkuasa tinggi, manakala pada masa yang sama masih menawarkan keselesaan kenderaan penumpang," kata Pengurus Serantau eksport dan operasi pertumbuhan Asia Pasifiknya, David Westerman dalam kenyataan itu. Ford berkata, juruteranya telah menguji model baharu itu di kawasan paling lasak di lima benua bagi memastikan ketahanannya dan ia mempunyai ruang kabin, tempat mengisi barang dan tempat letak kaki yang lebih luas. Kenderaan itu juga merupakan satu daripada trak paling pintar dan canggih dalam kelasnya dengan sambungan USB-iPod dan iPhone, paparan berwarna sistem audio 4.2 inci, kawalan pelayaran dan cermin pandang belakang elektrocromatik. Selain itu, trak tersebut juga tampil dengan rim aloi 17 inci dan pilihan warna baharu yang menarik True Red, yang hanya tersedia bagi Ford Ranger 3.2L XLT. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pemotoran To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan