Utusan Online - Kota |
Mangsa kebakaran terpaksa pindah Posted: 17 Aug 2013 10:17 AM PDT KUALA LUMPUR 17 Ogos - Mangsa kebakaran di Kampung Chubadak, Sentul bukan dipaksa berpindah dari pusat perlindungan, sebaliknya mereka terpaksa dipindah berikutan tempat itu ditempah lebih awal untuk majlis perkahwinan. |
Posted: 17 Aug 2013 10:17 AM PDT Mahadi Abdullah melihat perabot di dalam rumahnya yang musnah dalam kebakaran di tingkat 20 Kuaters Kerajaan Blok H di Jalan Duta, semalam. KUALA LUMPUR 17 Ogos - Sebuah rumah didiami seorang kakitangan sebuah stesen televisyen musnah dalam kebakaran di tingkat 20 Blok H Kuarters Kerajaan, Jalan Duta di sini hari ini. Unit apartmen mangsa yang terletak di tingkat 20 itu dikatakan terbakar selepas percikan bunga api menyambar kain dalam bilik tengah kediaman tersebut kira-kira pukul 1 tengah hari. Kejadian itu disedari oleh jiran yang tinggal di Blok G setelah melihat api marak dalam bilik berkenaan lalu menjerit meminta keluarga mangsa segera keluar menyelamatkan diri. Seorang penduduk, Zainal Sharif berkata, dia yang tinggal di tingkat 15 blok yang sama, terdengar bunyi bising jeritan penghuni di bangunan bersebelahan memaklumkan mengenai kebakaran itu ketika sedang menonton televisyen di rumahnya. "Saya terus keluar ke balkoni dan terkejut melihat api sedang marak di sebuah rumah di tingkat paling atas. "Saya kemudian naik ke tingkat 20 untuk membantu keluarga tersebut dan sempat membawa keluar anak-anak mereka dan barang berharga," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. Sementara itu, Pegawai Operasi Kanan Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh, Japari Tajudin berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 1.09 tengah hari dan tiba di lokasi kebakaran dalam tempoh 10 minit. "Api berjaya dikawal daripada merebak dalam masa 20 minit tetapi rumah tersebut musnah 100 peratus. "Sebuah rumah terletak bersebelahan pula hanya terbakar lima peratus iaitu bahagian balkoni," katanya. Menurut Japari, kebakaran bermula dari bilik tengah dan ketika kejadian pemilik rumah sedang tidur dalam sebuah bilik manakala isterinya memasak. Beliau berkata, kesemua ahli keluarga berkenaan termasuk anak berusia dua hingga lapan tahun sempat menyelamatkan diri. |
Persatuan penjaja akhbar rai vendor Posted: 17 Aug 2013 10:17 AM PDT Dr. N. Muneandy (empat dari kiri) dan Pengerusi Eksekutif ABN Sdn. Bhd., Tan Sri K. K. Eswaran (empat dari kanan) bersama ahli jawatankuasa Persatuan Penjaja Akhbar Klang dan Shah Alam dalam majlis makan malam di Klang, semalam. KLANG 17 Ogos - Seramai 400 vendor dan ahli keluarga hadir dalam majlis makan malam ke-18 anjuran Persatuan Penjaja Akhbar Klang dan Shah Alam di Klang Executive Club semalam. Presiden Persatuan Penjaja Orang India Selangor dan Wilayah, Datuk Dr. N. Muneandy berkata, majlis itu diadakan bertujuan untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat di antara pihak persatuan dan pengedar-pengedar akhbar. Yang turut hadir Pengerusi Persatuan Penjaja Akhbar Klang dan Shah Alam, M. Perumal manakala Utusan Melayu (M) Berhad diwakili oleh Pengurus Kanan Pengedarannya, Rosman Zulkifli dan Penolong Pengurus Pemasaran Wilayah Tengah, Mohd. Azman Mansor. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kota To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan