Utusan Online - Keluarga |
Posted: 17 Aug 2013 06:29 AM PDT Terlalu leka menonton televisyen juga boleh membuatkan seseorang itu mengabaikan tanggungjawab masing-masing. Remaja tidak bosan dengan video HAKIKATNYA televisyen mempunyai tarikan tersendiri buat para remaja dan ia tidak mampu ditangani oleh subjek lain seperti facebook, twitter dan instagram. Wartawan penyiaran TV Al Hijrah, Raja Nooranis Sufiya (gambar), 21, berpendapat, remaja dilihat tidak dapat dipisahkan dengan televisyen walaupun pada masa yang sama aktif berblogging mahupun chatting melalui laman sosial. Ini kerana katanya televisyen menyiarkan 100 peratus video. Seperti yang kita tahu, video adalah subjek yang sentiasa bertukar-tukar dalam setiap saat dan semestinya tidak membosankan sesiapa sahaja yang menontonnya," katanya. Selain itu, percaturan stesen televisyen menyiarkan drama-drama dan filem yang dibintangi artis-artis terkenal yang tampan dan menawan serta bakat-bakat baharu membuatkan para remaja terutama perempuan tidak mahu melepaskan peluang mengikuti bakat lakonan mereka melalui rancangan yang disiarkan. Tambahan pula bagi remaja yang gemar mengikuti gaya artis-artis pujaan, mereka pasti akan mengingati setiap gerak-geri dialog yang dituturkan dan digunakan semula dalam komunikasi seharian. |
Bermaafan kukuhkan silaturrahim keluarga Posted: 17 Aug 2013 06:29 AM PDT SALING bermaafan sesama keluarga, sanak saudara dan rakan taulan sempena sambutan Aidilfitri dapat mengeratkan silaturahim yang terjalin. - Gambar Hiasan SETELAH sebulan berpuasa, menahan dahaga, lapar dan nafsu serakah dalam bulan Ramadan, kini tibalah masa untuk kita meraikan hari kemenangan buat umat Islam yang berada di Malaysia. Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk menggalakkan saudara sekalian agar mengambil kesempatan pada hari mulia ini untuk mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan dan kejiranan supaya ia lebih utuh di masa akan datang, bukan sekadar pada hari raya sahaja. Selain itu, marilah kita mengekalkan hubungan dengan Allah SWT yang telah dibina sepanjang bulan Ramadan. Semoga segala amal jariah pada bulan lalu diteruskan pada bulan akan datang. Insya-Allah! Ampun dan maaf andai terkasar bahasa dalam bicara, tersilap bicara semasa bersama dan termarah yang tak kena tempatnya. Jika sebarang pertanyaan yang tak tentu hala, tersasul yang tak sengaja, terpekik kuat di telinga atau terambil harta dan benda sebelum ini, marilah kita sama-sama bermaaf-maafan. Semoga hari yang berbahagia ini disambut meriah oleh seluruh warga Islam dan semoga hubungan baik ini diteruskan sepanjang hayat. Di hari yang mulia ini, ku hulur sepuluh jari memohon kemaafan atas segala dosa yang ada kerana diri ini masih bernama manusia, pastinya tak terlepas daripada membuat dosa. Semoga dimaafkan dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir dan batin. WAN AZLI WAN MAHMOOD Kerteh, Terengganu. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Keluarga To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan