Utusan Online - Keluarga |
Posted: 28 Aug 2013 10:59 PM PDT Oleh mariatul qatiah zakaria Soo Woon Yee (belakang, empat dari kanan ) bersama pelakon, Faizah Elai (kiri) dan personaliti TV, Belinda Chee serta tetamu jemputan pada pelancaran Huggies Dry Pants di Kuala Lumpur, baru-baru ini. MERANGKAK, berpusing atau cuba untuk memanjat sofa adalah naluri semula jadi seorang bayi untuk meneroka. Apabila si kecil semakin aktif dan mula berjalan, perkara utama yang menjadi masalah kepada ibu bapa ialah sama ada untuk memakaikan mereka lampin atau menukar lampin. Untuk itu, selain memerlukan lampin yang selesa, tahan lama serta menjamin kekeringan untuk jangka waktu yang lama, ibu bapa juga memerlukan lampin yang mudah untuk dipakaikan kepada si kecil. Pakar kanak-kanak, Dr. Yong Junina berkata, memberi kebebasan kepada bayi untuk bergerak dan meneroka di sekitar mereka adalah penting dalam pembesaran mereka. Justeru katanya, lampin seluar yang selesa serta boleh dipakai lebih lama amat berguna untuk memaksimumkan pergerakan bayi-bayi ini. Katanya lagi, bayi yang semakin meningkat usianya, mereka akan menjadi lebih aktif dan sebagai ibu bapa inilah masa yang amat mencabar. Selain itu, Dr. Yong turut menyatakan masalah ruam lampin biasanya terjadi apabila jangkitan bakteria dan kulat ataupun disebabkan alahan kulit. Ulasnya, walaupun ia bukanlah penyakit berbahaya, terdapat sebahagian daripada ruam boleh menjadi serius. "Ruam lampin merupakan masalah kulit yang paling kerap dialami oleh kebanyakan anak kecil khususnya bayi. "Ia lazimnya berlaku di sekitar bahagian yang ditutupi seperti punggung, kelangkang, paha dan kemaluan malah ia amat menyakitkan. "Kulit di sekitar bahagian-bahagian tersebut akan berbintik-bintik kemerahan dan merengsakan bayi dan ruam lampin boleh sembuh dengan sendiri jika kita sebagai ibu mengamalkan penjagaan kulit bayi dengan betul," kata Dr. Yong. Bercerita mengenai masalah tersebut, Dr. Yong memberitahu bahawa ruam lampin yang tidak serius akan beransur pulih dalam masa dua hari sahaja. Sekiranya ia mengambil masa dalam seminggu atau lebih untuk sembuh, ini bermakna ruam lampin yang dihadapi bayi tersebut boleh dikategorikan sebagai serius. Bicaranya lagi, terdapat banyak punca yang menyebabkan berlaku ruam lampin di kalangan bayi. Antaranya pemakaian lampin dalam tempoh yang terlalu lama dan dibiarkan bersama air kencing kerana ammonia yang dihasilkan air kencing akan mengganggu lapisan perlindungan kulit bayi dan menyebabkan kulit menjadi kemerah-merahan. Selain air kencing, najis bayi terutama yang cair juga penyebab terjadinya ruam lampin. Begitupun, Dr. Yong menasihatkan agar ibu-ibu tidak membiarkan lampin bayi dalam keadaan basah dan terlalu lama malah rajin-rajinlah untuk menukarnya. Dalam pada itu, Huggies, jenama lampin pakai buang dan lampin seluar yang dipasarkan oleh Kimberly-Clark telah menampilkan lampin seluar yang diperbaharui dengan mencipta tanda aras baharu dalam keselesaan dan perlindungan terunggul. Huggies Dry Pants yang diperbaharui memudahkan ibu-ibu menukar lampin bayi mereka sewaktu bayi sedang merangkak atau berdiri supaya di kecil boleh terus bermain dan meneroka. Menurut Pengarah Pemasaran, Kimberly-Clark Malaysia, Soo Woon Yee, dengan ciri-ciri baharu ini, pihaknya telah mencipta tanda aras baharu bagi lampin seluar di Malaysia. "Hari ini kami sebenarnya berbangga kerana dapat menampilkan produk baharu kami dengan empat ciri pilihan yang dilihat mampu memberi keselesaan penuh kepada bayi. "Apa yang kami harapkan sudah pasti produk ini akan memberi lebih keselesaan dan perlindungan terunggul kepada si kecil. "Pada masa yang sama kami percaya kulit bayi sentiasa kering dan terjaga," ujarnya ketika ditemui pada majlis pelancaran produk tersebut di ibu negara, baru-baru ini. Yang pasti, Woon Yee yakin produk yang diperbaharui ini akan memenuhi cita rasa ibu-ibu di negara ini yang inginkan hanya terbaik untuk anak-anak mereka. Selain itu, pihaknya turut mendapatkan bukti secara klinikal untuk produknya agar ia mampu memberikan penuh keselesaan kepada si kecil. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Keluarga To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan