Utusan Online - Pemotoran |
Posted: 02 Apr 2013 11:57 AM PDT Ng Lian Bee (tiga dari kiri), Rizal Jailan (tiga dari kanan ) bersama barisan pengurusan pada majlis meraikan pengeluaran unit ke 10,000 Lorimas AU26 di Kulim, semalam. KULIM 2 April - Hyundai-Sime Darby Motors Sdn. Bhd menyasarkan untuk mengembangkan bahagian pasaran INOKOM Truck kepada 20 peratus sepanjang tiga hingga lima tahun depan, didorong peningkatan pengeluaran model sedia ada dan pengenalan model trak baharu. Ketua Operasi Kenderaan Komersial, Ng Lian Bee berkata, INOKOM Truck menumbang 11 peratus kepada pasaran trak syarikat dengan purata jualan tahunan kira-kira 1,600 unit. "Kami menjangka permintaan yang lebih tinggi untuk kenderaan komersial dengan pengenalan model baharu," katanya kepada pemberita selepas menghadiri acara meraikan pengeluaran unit ke 10,000 Lorimas AU26 di sini hari ini. Yang turut hadir Pengarah Urusan, INOKOM Corporation Sdn. Bhd., Rizal Jailan. Beliau berkata, syarikat itu merancang menjual 1,400 unit INOKOM Truck tahun ini, berbanding 1,000 unit tahun lepas. Katanya, syarikat juga akan memperkenalkan lebih banyak model trak Hyundai untuk memenuhi keperluan pelbagai perniagaan. Ng berkata, syarikat itu merancang sekurang-kurangnya memperkenalkan satu model baharu tahun ini. Katanya, syarikat itu, yang kini menduduki tempat kelima dalam senarai segmen empat roda selepas jenama-jenama Jepun, menyasarkan untuk menjadi pendahulu dalam segmen ini. "Saya yakin kami akan setaraf dengan jenama Jepun tidak lama lagi kerana menawarkan lebih banyak dari segi ciri-ciri premium moden dan teknologi enjin canggih. Ng berkata, syarikat itu juga merancang untuk menaikkan taraf pusat-pusat servisnya sebagai pusat 3S. INOKOM Truck mempunyai lebih 37 pengedar jualan berdaftar dan 40 pusat servis di seluruh negara. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pemotoran To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan