Utusan Online - Timur |
- Air: Pendudukbantah kerajaan Pas
- FAMA Kelantan sasar RM5.4 juta keluaran buah, sayuran tahun ini
- Parkir Metro: Pas Kelantan diminta tidak teruskan hasrat
Air: Pendudukbantah kerajaan Pas Posted: 01 Apr 2013 12:08 PM PDT Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN Sebahagian daripada penghuni Flat Buluh Kububerdemonstrasi secaraamanmendesak pihak yang berwajibmenyelesaikanmasalah bekalan air yang terputussejak lima hari laludi kawasan flat tersebut di Kota Bharu, Kelantan, semalam. KOTA BHARU 1 April - Kerajaan Pas Kelantan dilihat cuba mengelak bertanggungjawab dalam isu bekalan air terputus yang dialami sebanyak 84 keluarga di Flat Buluh Kubu di sini, selepas menyalahkan takdir ekoran masalah tersebut. Jawapan 'melepas tangan' kerajaan negeri itu menimbulkan kemarahan penduduk flat berkenaan sedangkan masalah tersebut yang sudah berlarutan sejak lima hari lalu berpunca daripada kerosakan pam air milik Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Pengerusi Persatuan Penduduk Flat Buluh Kubu, Mahmod Che Jusoh berkata, aduan telah dibuat kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) namun sehingga hari ini, tiada tindakan diambil untuk membaik pulih kerosakan tersebut. Mahmod mendakwa, ekoran masalah itu penduduk flat tersebut terpaksa mendapatkan bekalan air di sebuah surau yang terletak kira-kira 100 meter dari flat berkenaan dalam jumlah terhad kerana tekanan air yang sangat rendah. "Masalah air di sini sudah acap kali berlaku dan kami juga sudah memaklumkan kepada PBT, tetapi yang kami terima cuma jawapan bermotifkan politik. "Kami berdepan kesukaran ini setiap hari dan masalah ini lebih menyusahkan keluarga yang mempunyai anak-anak bersekolah," katanya. Beliau ditemui pemberita selepas menyertai kira-kira 30 penduduk flat itu mengadakan bantahan aman di hadapan flat tersebut di sini hari ini. Flat Buluh Kubu yang dibina pada 1984 oleh Kerajaan Pusat merupakan satu-satunya flat kediaman di pusat bandar Kota Bharu. Sementara itu, penduduk, Rafidah Tauhid Ahmed, 37, berkata, dia sudah memaklumkan masalah tersebut kepada PBT pada hari pertama bekalan air terputus namun masalah itu tidak diselesaikan sehingga kini. "Ini adalah kali kedua masalah ini berlaku kerana pam rosak, kami penduduk di sini berharap supaya pam air itu dapat ditukar. Jika tidak mampu, serah sahaja pemerintahan kepada Barisan Nasional (BN) yang kita tahu mempunyai keupayaan," katanya. Sementara itu, penduduk, Zaibunessa Ahmed, 40, berkata, sejak terputus bekalan air dia terpaksa bangun pukul 5.30 pagi setiap hari untuk beratur di surau berdekatan flat tersebut untuk mengangkut air. "Sepatutnya PBT hantar lori air di sini, tetapi tidak ada, jadi kami terpaksa bergantung kepada air di surau setiap hari," katanya. |
FAMA Kelantan sasar RM5.4 juta keluaran buah, sayuran tahun ini Posted: 01 Apr 2013 12:08 PM PDT KOTA BHARU 1 April - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kelantan menyasarkan pengeluaran hasil buah-buahan dan sayur-sayuran berjumlah RM5.4 juta pada tahun ini berbanding RM4.3 juta tahun lalu. Pengarah FAMA Wilayah Timur 1, Mohd. Ariffin Awang berkata, sasaran itu mampu dicapai melalui pelaksanaan projek ladang kontrak di seluruh negeri. "Kita mesti meningkatkan produk daripada ladang kontrak tersebut untuk memastikan pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran bertambah," katanya ketika ditemui selepas majlis menandatangani perjanjian jual beli antara FAMA dengan peserta ladang kontrak di sini semalam. Mohd. Ariffin berkata, pihaknya akan membantu lebih ramai petani untuk menyertai projek tersebut selaras dengan komitmen kerajaan bagi mengukuhkan sektor pertanian negara. Beliau sehubungan itu mahu para petani di negeri ini meningkatkan produktiviti mereka agar sasaran hasil pengeluaran ladang ditetapkan dapat dicapai. "Tahun lepas kerajaan memberi tanah seluas 94 hektar melibatkan 157 peserta dan pada tahun ini, saya sebagai Pengerusi Ladang Kontrak telah meminta kerajaan supaya keluasan dan bilangan peserta bagi negeri Kelantan ditingkatkan dua kali ganda. "Ini kerana sebagaimana dinyatakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar, negara pada 2015 tidak perlu lagi mengimport sayur dari negara lain," katanya. Mohd. Ariffin berkata, di bawah projek ladang kontrak, FAMA akan membeli sejumlah hasil pertanian secara kontrak dengan peserta mengikut jumlah yang dipersetujui kedua-dua pihak. Katanya, antara objektif utama program itu ialah untuk menjamin pasaran selain memastikan pengeluaran hasil yang berkualiti serta menepati kehendak pasaran. "Projek ini juga mampu meningkatkan pengeluaran buah-buahan serta sayur-sayuran melalui perancangan pengeluaran dan pemasaran yang sistematik. Jadi, saya berharap para petani dapat mengusahakan pertanian secara komersial bagi meningkatkan pendapatan mereka," katanya. |
Parkir Metro: Pas Kelantan diminta tidak teruskan hasrat Posted: 01 Apr 2013 12:08 PM PDT KOTA BHARU 1 April - Kewujudan pondok Parkir Metro di kawasan Stadium Sultan Muhammad IV di sini terus menimbulkan tanda tanya kepada banyak pihak sama ada akan dikenakan bayaran sekiranya meletakkan kenderaan di situ. Berikutan itu, Persatuan Kebajikan Penyewa-Penyewa Kedai Stadium Kota Bharu meminta kerajaan Pas Kelantan tidak meneruskan hasrat tersebut kerana hanya menyusahkan para peniaga di kawasan berkenaan. Pengerusi persatuan itu, Datuk Dr. Ahmad Omar berkata, pihaknya telah menghantar surat rayuan kepada kerajaan negeri supaya pelaksanaan Parkir Metro di kawasan tersebut tidak diteruskan. Selain itu kata beliau, pihaknya juga telah mengemukakan rayuan supaya kerajaan negeri menyediakan pas khas kepada para penyewa kedai sekiranya sebarang program dianjurkan di kawasan tersebut. Pihak persatuan juga katanya, memohon supaya dibenarkan menggunakan kawasan dataran stadium secara percuma bagi menganjurkan sebarang aktiviti termasuk pasar malam bagi manfaat ahli-ahli. "Saya harap kerajaan negeri meluluskan permohonan yang dibuat demi kepentingan penyewa kedai di stadium ini," katanya ketika ditemui selepas mesyuarat agung persatuan tersebut di sini semalam. Dalam pada itu, Ahmad meminta Perbadanan Stadium Sultan Mohammad IV dapat menjaga kepentingan dan kebajikan penyewa kedai di situ dengan membaiki segera segala kerosakan, kebocoran dan pendawaian elektrik sekiranya berlaku. "Begitu juga hal kebersihan dan kawalan lalu lintas, pihak stadium sepatutnya mengambil serius hal tersebut kerana masalah ini begitu ketara terutama ketika berlangsung perlawanan bola sepak," katanya. "Memang ada tindakan, namun lambat diambil. Jika boleh kita mahu masalah ini diselesaikan dengan cepat kerana tidak mahu membebankan penyewa-penyewa kedai di sini," ujarnya. Sementara itu, Ahmad melahirkan rasa lega dengan keputusan kerajaan negeri mengurangkan bayaran sewa bulanan kedai selama 14 bulan sebanyak 50 peratus bagi membantu kira-kira 70 orang ahli persatuan yang menjalankan perniagaan di situ yang sebelum ini terjejas berikutan pembinaan bangunan gerai makanan baharu di situ. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Timur To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan