Utusan Online - Sukan |
Posted: Sharbinee minta maafOleh Radhuan Hussain Pemain Terengganu kecewa setelah kecundang 1-2 kepada Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, kelmarin. - UTUSAN/Izham Jaafar KUALA TERENGGANU - "Saya minta maaf kepada seluruh rakyat Terengganu terutama penyokong pasukan. Saya akui kesilapan yang saya lakukan. Saya minta maaf kerana gagal bawa balik trofi kali ini." Demikian luahan penjaga gol Terengganu, Mohd. Sharbinee Allawee ekoran kekalahan 1-2 pasukannya kepada Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, kelmarin. Sharbinee mengakui kesilapannya membolehkan Negeri Sembilan menjaringkan gol penyamaan menerusi S.Kunanlan (minit ke-81) setelah Terengganu mendahului hasil jaringan Mohd. Ashaari Samsudin (minit ke-59), sebelum Hairuddin Omar meledak gol kemenangan skuad Rusa pada minit ke-86. Menurut Sharbinee, dia sangat kecewa dengan kesilapannya memberikan gol mudah pada Negeri Sembilan. "Nak buat macam mana, saya dah lakukan sedaya upaya tapi ia tetap berlaku. Saya sifatkan ini satu lagi pengalaman pahit saya. Saya anggap ini satu pengajaran buat saya untuk tidak mengulanginya pada masa akan datang," ujarnya. Mohd. Sharbinee dan pemain Terengganu tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini, semalam dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang. Bekas penjaga gol kebangsaan berusia 25 tahun itu tidak menyalahkan keadaan permukaan padang sebagai punca dia melakukan kesilapan sehingga terlepas bola dari genggamannya. "Ia memang kecuaian saya sendiri tapi ini semua dah lumrah dalam permainan. Saya kena terima (cemuhan orang), sudah lumrah kalau kita buat silap kita dikeji dan kalau beraksi baik dan cemerlang, kita dipuji," katanya. Jurulatih Terengganu, Irfan Bakti juga tidak menyalahkan Sharbinee sepenuhnya atas kekalahan pasukannya. Katanya, para pemain Terengganu agak kurang fokus sehingga memberi peluang kepada Negeri Sembilan menyamakan kedudukan seterusnya mencipta jaringan kemenangan menerusi penyerang berpengalaman, Hairuddin Omar. "Ketiadaan pemain pertahanan, Mazlizam Mohamad yang terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan kepala, turut menyukarkan kami," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: 'Jangan benci saya' Oleh ZAZALI JAMIAN Pemain Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia di sekeliling stadium selepas memenangi perlawanan akhir di Stadium Shah Alam, kelmarin. KUALA LUMPUR - Gembira dalam sedih. Itu perasaan penyerang Negeri Sembilan, Hairuddin Omar atau Hai-O ketika memberikan kemenangan 2-1 kepada pasukannya pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2011 menentang Terengganu di Stadium Shah Alam, kelmarin. Ini kerana dia gembira memberikan kemenangan buat pasukan yang diwakilinya ketika ini, namun dalam masa yang sama memahami kekecewaan penyokong negeri kelahirannya, Terengganu. Ekoran itu, dia meminta penyokong skuad Penyu tidak membencinya kerana menjadi penyebab kekalahan Terengganu hasil jaringannya pada minit ke-86. "Saya mohon maaf kepada semua penyokong Terengganu pada perlawanan hari ini (kelmarin) dan saya harap sangat agar mereka tidak membenci saya. "Negeri Sembilan adalah majikan yang membayar gaji saya serta Terengganu adalah negeri asal saya. Saya terpaksa memberikan yang terbaik buat majikan saya untuk mendapatkan kemenangan ini," kata Hairuddin. Sementara itu ditanya mengenai kontraknya bersama Negeri Sembilan akan tamat bulan depan, Hairuddin berkata dia masih belum pasti berhubung masa depannya. "Tahun depan saya akan terus bermain cuma saya masih belum tahu hala tuju saya selepas kontrak tamat. "Sama ada kekal atau berpindah, itu semua saya akan fikirkan selepas ini," jelasnya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan