Utusan Online - Feminin |
Sensasi haruman Pure Mediterranean Posted: Sensasi haruman Pure MediterraneanOleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH ENIGMA Tech memperkenalkan rangkaian minyak wangi, Pure Mediterrranean. Selain berkonsepkan produk halal, ia boleh dijadikan hadiah untuk tetamu di majlis perkahwinan. BUKAN sesuatu yang keterlaluan jika ada beranggapan bahawa wangian mampu menebarkan aroma yang melengkapkan personaliti atau karakter. Menginginkan sesuatu yang menyerlah diri anda? Enigma Tech mempunyai sesuatu yang hebat untuk wanita dan lelaki. Jenama tempatan itu mengeluarkan produk wangian, minyak wangi Pure Mediterranean. Wangian ini khas untuk mereka yang ingin mencari minyak wangi tanpa alkohol yang memberi kesegaran, boleh dibawa solat dan tahan lama. Sedikit sebanyak aroma ilham antarabangsa tersebut berusaha menafsirkan gaya seorang wanita yang menawan, elegan dan bersedia untuk menyerlah dalam apa saja yang ingin dilakukan. Manakala si lelaki tampil segak dengan haruman yang berani dan segar. Justeru, Enigma Tech percaya wangian melambangkan personaliti dan aromanya terlalu peribadi buat si empunya diri. "Haruman keluaran kami berbeza dari segi tahap kepekatan kerana produk kami tiada campuran alkohol atau white oil. Pati haruman yang tahan lebih lama berbanding sesetengah yang produk di pasaran hanya mampu bertahan untuk beberapa jam sahaja. Aromanya semakin lama dipakai semakin wangi," jelas Pengurus Enigma Tech, Furyna Azmeer. Kebanyakan pelanggan berpuas hati dengan adunan pati gred A inspirasi jenama terkenal antarabangsa . Selain itu, tahap kepekatannya menjadi fenomena luar biasa apabila haruman ini kekal pada pakaian lebih dari 48 jam memberikan impak si pemakai untuk tampil lebih berkeyakinan. Rangkaian Pure Mediterranean terdiri daripada lima set eksklusif yang mengandungi empat botol setiap kotak. Set Macho dan Elegant untuk lelaki manakala 3 Sweet,Sexy dan Gorgeous untuk wanita. Dengan harga hanya RM 28 sekotak, ia mengandungi 35 variasi haruman. Antara haruman inspirasi adalah dari rangkaian Paco Robanne, Giorgio Armani,Calvin Klein, Hugo Boss, Ralph Lauren, Guess, DKNY, Lancome, Paris Hilton dan sebagainya. Minyak wangi ini juga mempunyai pek individu botol besar dengan wajah baru kotak kayu eksklusif yang berharga RM 25 sekotak. Kini promosi untuk mereka yang inginkan menambah pendapatan hanya dengan bermodal RM 200 layak menjadi agen. Selain itu, Enigma Tech menyediakan pakej khusus untuk mereka yang ingin menjadikan minyak wangi ini sebagai hadiah untuk tetamu di majlis perkahwinan. Full content generated by Get Full RSS. |
Posted: IFF cipta sejarah di KelantanOleh AMIRAH AMALY SYAFAAT SIRI pengembaraan Festival Fesyen Islam (IFF) diteruskan buat kali ke-18 di negeri yang terkenal dengan jolokan Serambi Mekah hujung minggu lalu. Buat pertama kalinya persembahan penuh prestij itu kembali ke persada tanah air selepas merantau ke 10 ibu kota metropolitan dunia. Kejayaan di Jakarta, Dubai, Abu Dhabi, New York, Monte Carlo, Singapura, Astana, Bandung dan London dijadikan penanda aras supaya persembahan di Kota Bharu, Kelantan lebih istimewa. Semuanya berjalan seperti mana dirancang pasukan berpengalaman IFF. Hotel Grand Riverview Kota Bharu menyaksikan betapa meriahnya pertunjukan fesyen yang dianjurkan secara tertutup itu. Raja Perempuan Perlis, Tuanku Fauziah Tengku Abdul Rashid berangkat hadir sebagai tetamu kehormat Diraja. Turut berangkat hadir Raja Puan Muda, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil; dan Raja Puan Muda Perak, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah. Tetamu-tetamu kehormat lain ialah isteri Menteri Besar Kelantan, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak dan Menteri Pelancongan, Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen. Majlis tersebut juga mendapat sokongan sepenuhnya kerabat diraja pelbagai negeri, tetamu kehormat, pegawai atasan kerajaan, ahli sosial dan penggiat fesyen. Keindahan setiap rekaan fesyen sememangnya tidak boleh disembunyikan. Malah ia sesuai dengan tema IFF di Kota Bharu, Kelantan iaitu Zayaan bermaksud Sesuatu Yang Indah di bawah naungan Tengku Amalin A-Ishah Putri, anakanda bongsu Sultan Ismail Petra. Pertunjukan kali ini mengetengahkan rekaan busana Muslimah 10 pereka terkenal dari Malaysia, Indonesia dan Singapura. Pereka fesyen Malaysia diwakili Datuk Tom Abang Saufi menggunakan tema Tasiman yang mengutarakan batik serba ungu. Mona Din juga tidak kurang hebatnya dengan tema Sang Bintang yang memaparkan rekaan kasual dan denim berinspirasikan harimau bintang. Datuk Radzuan Radziwil mengkagumkan hadirin dengan rekaan Chic Fadila sebelum himpunan pakaian mandi rekaan Nuraini Mohd. Ariffin mengambil tempat. Tampil dengan rekaan polos dan warna tanah, Ida Royani dari Indonesia berjaya menarik perhatian hadirin menerusi rekaan A Journey To The Past. Begitu juga dengan koleksi Nor Aini Mohd. Shariff yang menggunakan warna terang tetapi masih ada kelembutan tersendiri. Penyanyi Itang Yunasz tidak ketinggalan mempamerkan koleksi baju kasual dan telekung yang sangat moden. Tidak ketinggalan rekaan Natasha Mirpuri dan Sabeena Bani Ahuja menggunakan jenama Mantra yang begitu selesa dengan penggayaan warna terang disulami batik. Melinda Looi juga tidak mahu ketinggalan dengan koleksi batik serba menawan sebelum diakhiri oleh rekaan Ghea Panggabean. Pengasas dan Pengerusi IFF, Datuk Raja Rezza Shah melahirkan rasa gembira kerana misi perjuangan IFF yang bukan eksklusif di kalangan pereka fesyen Islam semakin diterima pada hari ini. "Benar, pada mulanya ada pereka fesyen tidak mencerminkan Islam. Namun sesuai dengan nilai-nilai Islam, kita tidak terus menghukum sebaliknya memberi peluang. "Kepercayaan yang diberikan telah dimanfaatkan sepenuhnya untuk mempelajari berkenaan Islam dan saling memperbaiki diri. Dan Alhamdulillah, kini rekaan mereka menepati keperluan fesyen Islam. ''IFF akan terus memainkan peranan sebagai pendidik di dalam penghayatan fesyen Islam dalam erti kata sebenar," katanya penuh makna. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan