Utusan Online - Johor |
Posted: Jauhi gejala sosial - SultanOleh HAMDAN TAWADI Penerima anugerah akademik gembira bersama piala dan ijazah masing-masing pada majlis Konvokesyen UTHM Ke-11 di Batu Pahat, semalam. BATU PAHAT 29 Okt. - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar memberi peringatan kepada penuntut dan graduan agar menjauhkan diri daripada gejala sosial yang tidak sihat seperti menyertai perhimpunan haram sehingga menggugat kestabilan negara. Baginda bertitah, golongan itu seharusnya bersyukur dengan peluang diberi kerajaan untuk menuntut ilmu justeru, adalah tidak wajar mereka terpengaruh atau terlibat dengan aktiviti politik semasa dan menjadi pengikut kumpulan jalanan yang berunsurkan anti kerajaan. "Saya ingin menegaskan di sini bahawa sekiranya gejala sebegini berlaku dalam kalangan pelajar-pelajar universiti ini (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)), di masa akan datang saya tidak teragak-agak untuk melepaskan jawatan saya sebagai Canselor universiti ini. "Adalah lebih baik untuk saya mengundurkan diri daripada nama saya turut tercemar dengan perbuatan yang akan memburukkan nama dan imej universiti ini," titah baginda semasa menyempurnakan Istiadat Konvokesyen Ke-11 UTHM di sini, hari ini. Seramai 2,245 graduan yang terdiri daripada Ijazah Doktor Falsafah seramai sembilan orang, Sarjana (164), Sarjana Muda (1,832) dan Diploma (240) menerima sijil masing-masing pada konvokesyen itu yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini. Sultan Ibrahim yang merupakan Canselor UTHM bertitah, antara gejala sosial lain yang sering dipaparkan akhbar melibatkan segelintir penuntut perempuan melakukan aktiviti tidak bermoral seperti sanggup menjual maruah diri semata-mata untuk mendapat kemewahan dengan cara mudah. "Kecemerlangan yang dicapai sehingga kini dicemari oleh sikap segelintir graduan dan penuntut yang masih dalam pengajian tidak pernah bersyukur dengan apa yang telah diberikan oleh pihak universiti dan kerajaan amnya," titah baginda. Sehubungan itu, baginda berpesan kepada penuntut dan graduan agar menjadi manusia yang berpegang teguh kepada ajaran agama dan berusaha bersungguh-sungguh mengharumkan nama universiti bagi membalas pengorbanan dan jasa kedua ibu bapa tercinta. Sementara itu, baginda turut berpesan kepada pihak pengurusan dan pentadbiran UTHM supaya mempercepatkan proses pembinaan kampus untuk kegunaan penuntut pengajian bidang aeronautik yang sedang dibina di atas tanah kerajaan negeri di Tanjung Labuh, di sini. "Kelewatan projek ini hanya akan menjejaskan pelaksanaan pengajian bidang aeronautik dan melibatkan kos sampingan," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
Kejohanan Perahu Layar KFC-Felda disokong Posted: Kejohanan Perahu Layar KFC-Felda disokongANTARA aksi perlumbaan hari pertama Kejohanan Perahu Layar Terbuka Johor di Mersing, semalam. MERSING 29 Okt. - Penganjuran Kejohanan Perahu Layar KFC-Felda Terbuka Johor di Tanjung Leman, dekat sini, mendapat sambutan baik bukan saja dari peserta kejohanan tersebut malah mendapat sokongan daripada penduduk tempatan terutama di Felda Tenggaroh yang terletak berdekatan. Bagi Ketua Unit Inovasi dan Generasi Baru Felda, Mohd. Syumaimi Rameli berkata, penganjuran kejohanan yang berpindah dari Tanjung Langsat, Pasir Gudang ke kawasan pesisiran pantai di daerah ini turut memperkenal sukan baru kepada anak-anak Felda. "Pertama sekali saya sangat berterima kasih kepada Persatuan Pelayaran Johor yang membawa kejohanan ini ke mari. Ini merupakan satu inovasi baru bagi remaja dan belia tanah rancangan di sini dan bertepatan dengan teras Felda yang keempat iaitu membangun potensi generasi baru. "Kelab Pelayaran Majlis Belia Felda Malaysia juga akan ditubuhkan dan bernaung di bawah Persatuan Pelayaran Johor. Kami melihat sukan ini mempunyai potensi untuk menyumbang pingat dan mungkin juga kejayaan di peringkat antarabangsa," katanya ketika ditemui di sini ketika perlumbaan perahu layar sedang berlangsung. Peserta dari Neptunes Sailing Club, Indonesia, Allison Maner, 15, berkata, Tanjung Leman merupakan lokasi yang cantik dengan tiupan angin dan arus yang bersesuaian untuk aktiviti perahu layar. Dia yang bertanding dalam kelas Laser 4.7 berkata, dia pernah menyertai beberapa kejohanan lain di negara ini seperti di Langkawi, Kedah dan Port Dickson, Negeri Sembilan dan penyertaan kali ini adalah antara yang terbaik pernah disertainya. "Saya diberitahu kejohanan ini akan diteruskan di sini untuk tahun-tahun seterusnya dan jika saya tidak ada peperiksaan untuk diduduki, sudah tentu saya akan turut serta dalam siri yang akan datang," katanya. Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Felda Tenggaroh 3, Mohamed Shahrizal Suhaimi, 12, berkata, ini adalah kali pertama dia menyertai perlumbaan perahu layar, malah dapat mencatatkan kedudukan yang agak baik sebagai pendatang baru. Menurutnya, dia tertarik untuk menyertai aktiviti perahu layar apabila sering melihat kejohanan dan regatta yang ditayangkan di kaca televisyen. "Sukan ini bagus kerana ia sesuatu yang baru untuk mengisi masa dengan lebih berfaedah," katanya lagi. Sementara itu, Timbalan Presiden Persatuan Pelayaran Johor, Lukman Abu Bakar berkata, SK Felda Tenggaroh 3 adalah sekolah pertama memasukkan sukan perahu layar dalam aktiviti kokurikulumnya yang mana seramai 31 orang murid menawarkan diri untuk mencuba sendiri sukan ini. "Pusat Perahu Layar Negeri Johor juga kini dipindahkan ke Tanjung Leman, sekali gus memudahkan sebarang aktiviti pelayaran di sini. Dengan adanya aktiviti perahu layar di sini, ia menjadi nilai tambah kepada kawasan pantai ini sebagai destinasi pelancongan pilihan ramai," katanya lagi. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan