Ahad, 30 Oktober 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Kaunter tutup, mesin rosak

Posted:

Kaunter tutup, mesin rosak

Kaunter tutup, mesin rosak

Oleh SITI AISHAH YUSOFFkota@utusan.com.my


KAUNTER tidak dibuka manakala mesin tiket rosak adalah antara masalah yang sering berlaku di beberapa stesen komuter di sekitar Lembah Klang.


KUALA LUMPUR 30 Okt. - Rozita Mohd. Noh, 42, kelihatan tergesa-gesa menuju ke stesen komuter Batu Caves bagi menaiki komuter untuk ke tempat kerja. Dia perlu bergerak cepat kerana pada waktu pagi, perkhidmatan tren itu memang penuh.

Sebaik tiba di platform menghala ke Pelabuhan Klang, dia terus menuju ke mesin tiket tetapi mesin itu tidak berfungsi. Dia berpaling ke arah kaunter tiket, kaunter itu tidak dibuka.

Mahu tidak mahu dia terpaksa ke platform arah Batu Caves untuk membeli tiket walaupun terpaksa memanjat tangga dan berjalan jauh sebelum kemudian kembali ke platform Pelabuhan Klang.

Itulah masalah yang sering dihadapi oleh pengguna perkhidmatan komuter di beberapa stesen komuter di Lembah Klang.

Walaupun terdapat kaunter dan mesin menjual tiket di setiap stesen tetapi pada setiap masa, banyak mesin yang rosak, manakala kaunter tidak dibuka.

Tinjauan Utusan Malaysia ke beberapa stesen komuter di laluan Pelabuhan Klang mendapati rungutan tersebut memang berasas kerana beberapa mesin tiket rosak dan kaunter tidak beroperasi.

Rozita yang merupakan seorang pekerja swasta berkata, dia sudah beberapa kali berhadapan dengan keadaan tersebut dan tidak nampak ada usaha serius dibuat untuk mengatasinya.

"Jarak untuk membeli tiket di platform sebelah agak jauh dan semua itu membuang masa serta menyakitkan hati," katanya.

Suri rumah, Saodah Delan, 50, berkata, dia hairan kerana kaunter menjual tiket di stesen Pantai Dalam tidak beroperasi walau terdapat penjaga di situ.

"Mesin jual tiket pula kadang-kadang rosak. Saya pernah terlepas komuter gara-gara terpaksa membeli tiket di platform sebelah kerana kaunter tutup dan mesin rosak," katanya.

Pekerja swasta, Syanira Mohd. Sharif, 35, mengakui kaunter tiket di stesen komuter tidak dibuka manakala mesin tiket pula selalu rosak menyebabkan pengguna sering menghadapi masalah untuk membeli tiket.

Full content generated by Get Full RSS.

Sultan Selangor terima lukisan karya Fatah

Posted:

Sultan Selangor terima lukisan karya Fatah

Sultan Selangor terima lukisan karya Fatah


Sultan Sharafuddin Idris Shah melihat lukisan bertajuk Merdeka, Merdeka, Merdeka sambil diberikan penerangan oleh Abdul Fatah Ngah (berkerusi roda) di Istana Bukit Kayangan di Shah Alam baru-baru ini. Turut kelihatan, Sohaimi Shahadan (kiri). - UTUSAN/Saharuddin Abdullah


SHAH ALAM 30 Okt. - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menerima dua lukisan hasil karya pelukis terkenal tempatan, Abdul Fatah Ngah di Istana Bukit Kayangan di sini baru-baru ini.

Baginda sukacita menerima dua lukisan berkenaan iaitu bertajuk Wayang hasil karya Abdul Fatah atau lebih dikenali sebagai Fatah pada 1996 serta lukisan Merdeka, Merdeka, Merdeka yang dihasilkan pelukis itu pada 1995.

Lukisan tersebut antara yang menarik minat baginda untuk dibeli dan sekali gus membantu mengumpul dana bagi membiayai kos perubatan serta perbelanjaan Abdul Fatah yang kini menghidap penyakit saraf.

Pembelian lukisan itu juga sebagai tanda keprihatinan baginda dalam meringankan beban yang ditanggung pelukis berusia 57 tahun itu.

Pada majlis penerimaan lukisan-lukisan tersebut, baginda sempat meluangkan masa bertanya khabar mengenai keadaan kesihatan Abdul Fatah yang kini berkerusi roda selain mendapatkan penerangan ringkas mengenai karya pelukis itu.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengerusi Biro Ekonomi dan Usahawan Pemuda UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan yang juga Penaung Cartoonist At Work (CAW).

Pada 21 Oktober lalu, biro itu dan CAW melancarkan Pameran dan Jualan Amal Karya Kartunis Fatah di Kompleks Kraf, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, bertujuan mengumpul dana bagi membiayai kos perubatannya.

Abdul Fatah yang dilahirkan di Dungun, Terengganu, terkenal sebagai kartunis sekitar 70-an dan pernah bersama majalah humor, Gila-Gila dengan karya bertajuk Lagak A. Mahmud.

Dibesarkan dalam sebuah keluarga yang meminati seni, dia ialah abang kepada komposer terkenal tanah air, Manan Ngah.

Full content generated by Get Full RSS.

Yukari tonjol kepetahan berbahasa Melayu

Posted:

Yukari tonjol kepetahan berbahasa Melayu

Yukari tonjol kepetahan berbahasa Melayu

KUALA LUMPUR 30 Okt. - Dengan berbaju kurung biru, Yukari Noguchi, gadis dari Tokyo, Jepun tampil penuh yakin mendeklamasikan puisi berbahasa Melayu.

Yukari, 21, peserta program pertukaran pelajar dari Tokyo University of Foreign Study memukau penonton apabila berjaya menyampaikan puisi berjudul Di Laman Pusaka Nusa sempena Malam Gema Puisi dan Citra Budaya di Universiti Malaya (UM) di sini.

"Saya mengambil masa tiga hari berlatih puisi karya Mohamad Salleh Bahamas yang juga pensyarah di Jabatan Pengajian Media universiti ini.

"Saya berasa teruja kerana diberi peluang untuk menunjukkan kecintaan saya kepada bahasa Melayu pada majlis ini," katanya kepada Utusan Malaysia selepas menyampaikan puisi itu.

Majlis berkenaan dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama UM yang bertujuan memupuk semangat cintakan bahasa Melayu menerusi medium puisi, lagu-lagu syair serta tarian.

Selain Yukari, beberapa peserta antarabangsa seperti Najian Nadiah Syed Anayatullah Shah dari Brunei; Prof. Madya Dr. Tatiana Denisova (Rusia) dan Annasa Ghassani (Indonesia) turut membaca puisi.

Menurut Yukari yang fasih berbahasa Melayu, dia mula mempelajari bahasa tersebut sejak dua tahun lepas selepas mengikuti jurusan itu di universitinya di Jepun.

"Di sana, saya banyak mempelajari mengenai sejarah Asia Tenggara, namun tidak puas kerana cerita mengenai Malaysia masih sedikit.

"Oleh itu, saya memohon untuk mengikuti program pertukaran pelajar selama setahun dan status Malaysia sebagai antara negara membangun paling maju menguatkan lagi keyakinan saya untuk berkelana di sini," katanya.

Selain itu, seorang pelajar jurusan kejuruteraan UM dari Iran, Melissa Ansari, 22, menghiburkan penonton dengan tarian tradisi negaranya, manakala sekumpulan pelajar Indonesia dari Aceh mempersembahkan Tarian Banda.

Crystal Lee Xin Qiau, 8, pelajar Sekolah Sri Sempurna turut menarik perhatian ramai dengan kefasihan berbahasa Melayu.

Crystal yang baru pulang dari Hong Kong kerana terlibat dalam penggambaran filem di negara itu, membaca pantun berjudul Pesanan Ibu.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved