Sabtu, 22 Oktober 2011

Utusan Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


NS, Terengganu ke

Posted:

NS, Terengganu ke <i>final</i>

NS, Terengganu ke final


PEMAIN Negeri Sembilan, Hairuddin Omar (tengah) melepasi halangan pertahanan T-Team pada separuh akhir kedua Piala Malaysia di Seremban, semalam. - MINGGUAN/MD. SHAHJEHAN MAAMIN


KUALA LUMPUR - Terengganu dan Negeri Sembilan mencipta sejarah apabila berdepan buat pertama kali pada final Piala Malaysia sejak kejohanan bola sepak berprestij itu diperkenalkan pada 1921 selepas memenangi separuh akhir kedua semalam.

Kemenangan 2-1 Terengganu ke atas Selangor untuk ke final dengan agregat 4-1, membolehkan skuad bimbingan Irfan Bakti Abu Salim memadamkan misi Selangor untuk menjulang Piala Malaysia buat kali ke-33.

Negeri Sembilan pula menewaskan T-Team 2-1 untuk ke final dengan agregat 6-3.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Abdul Manaf Mamat sekali lagi membuktikan kehebatannya, apabila menjaringkan gol pertama pada minit ke-19, hasil gerakan menarik di dalam petak penalti.

Gol kedua juara Piala FA 2011 itu dihasilkan menerusi Ashaari Shamsuddin pada minit ke-72, apabila melakukan rembatan deras melalui kaki kiri dari luar petak penalti.

Dua minit sebelum perlawanan tamat skuad bimbingan P. Maniam berjaya memperoleh gol saguhati hasil tandukan Safiq Rahim, yang menerima hantaran lintang Amirul Hadi Zainal.

Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Negeri Sembilan berjaya mempertahankan kelebihan keputusan perlawanan separuh akhir pertama 4-2 sebelum menang 2-1.

Negeri Sembilan mampu untuk menjarakkan kelebihan gol pada minit ke-19 apabila Hairuddin Omar berjaya menjaringkan gol, namun ia tidak dikira kerana Shukor Adan dan Hairuddin sendiri berada dalam posisi ofsaid.

Skuad kendalian Yunus Aliff menjadi tertekan pada masa separuh kedua apabila pemain pertahanan T-Team, Nor Fazly Alias diperintah keluar padang selepas dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-57.

Namun, T-Team bangkit dengan jaringan Fitri Omar pada minit ke-72, sebelum pasukan tuan rumah menyamakan kedudukan menerusi gol Shahurain Abu Samah tiga minit kemudian.

Negeri Sembilan lega apabila Shukor Adan menanduk masuk gol pada minit ke-84 hasil hantaran lintang pemain sayap S.Kunanlan, seterusnya memadamkan hasrat T-Team untuk mencipta sejarah mara ke final buat kali pertama.

Perlawanan akhir antara Terengganu dan Negeri Sembilan akan berlangsung di Stadium Shah Alam Sabtu depan.

Negeri Sembilan sebelum ini telah dua kali menjulang Piala Malaysia pada 2009 dan 1948, Terengganu pula memenangi piala berusia 90 tahun ini ketika menewaskan Perak 2-1 pada 2001.

Full content generated by Get Full RSS.

Zulfahmi petak ke-13, Zamri silap jangkaan

Posted:

Zulfahmi petak ke-13, Zamri silap jangkaan

Zulfahmi petak ke-13, Zamri silap jangkaan

Oleh AIZAWATI AHMAD
sukan@utusan.com.my


Aksi Zulfahmi Khairuddin ketika menyertai sesi kelayakan kategori 125cc pada GP Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, semalam. - MINGGUAN/Amin Farij Hasan


SEPANG - Pelumba kategori 125cc negara, Zulfahmi Khairuddin mempamer aksi memberangsangkan pada sesi kelayakan apabila mencatat masa ke-13 terpantas pada Grand Prix (GP) Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang, semalam.

Zulfahmi, yang mewakili AirAsia-SIC-Ajo, cemerlang dengan masa 2 minit 15.909 saat, menebus kehampaan pada GP Malaysia tahun lalu apabila memulakan perlumbaan dari kelompok belakang.

Pelumba berusia 20 tahun itu berkata, sesi latihan bebas sebelah pagi memberikan dia keyakinan untuk mencatat masa terbaik pada sesi kelayakan.

"Fokus saya memang sepenuhnya pada perlumbaan dan usaha keras itu akhirnya berbaloi apabila menduduki tempat ke-13," katanya.

Rakan sepasukan Zulfahmi, Mohd. Farid Badrul Hisham yang beraksi buat pertama kali pada GP Malaysia menerusi tiket wildcard, mencatat kedudukan kedua tercorot dengan masa 2'19.744s.

Sementara itu, dalam saingan Moto2, dua pelumba wildcard negara, Mohd. Zamri Baba dan Hafizh Syahrin Abdullah yang mewakili Petronas Malaysia, masing-masing meraih kedudukan ke-28 (2'09.822s) dan ke-34 (2'11.388s).

Zamri kecewa dengan keputusan sesi kelayakan semalam berbanding tempat ke-21 pada sesi latihan bebas ketiga sebelum itu.

"Mungkin silap saya apabila menjangkakan cuaca redup sebelah pagi akan berterusan hingga sesi kelayakan. Ini menyebabkan pemilihan tayar kurang tepat," jelasnya.

Hafizh turut berhadapan masalah yang sama dengan mengakui aksinya pada sesi latihan bebas lebih baik berbanding ketika sesi kelayakan.

"Saya harap akan dapat perbaiki kesilapan saya pada sesi pemanas badan pagi esok (hari ini) sebelum perlumbaan sebenar," katanya.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved