Sabtu, 22 Oktober 2011

Utusan Online - Rekreasi


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rekreasi


Tree climbing uji kemampuan

Posted:

Tree climbing uji kemampuan

Tree climbing uji kemampuan

Oleh AHMED SYAHRIL ZULKEPLY
rekreasi@utusan.com.my
Gambar IZHAM JAAFAR


SEBAHAGIAN ahli KRESA yang menjayakan aktiviti tree climbing di Taman Tasik Shah Alam, baru-baru ini.


MELIHAT kemampuan peserta dari Kelab Rekreasi Shah Alam (KRESA) menjayakan aktiviti tree climbing di Taman Tasik Shah Alam pastinya mengujakan.

Mana tidaknya berbekalkan seutas tali, topi keselamatan, harnest dan carabiner, mereka mampu memanjat pokok setinggi 12 meter dalam masa lima minit.

Dapat dilihat, peluh para peserta yang mengambil bahagian mengalir keluar seperti sedang bersukan.

Aktiviti itu yang diilhamkan dari campuran teknik-teknik rock climbing, abseiling dan waterfall abseiling itu semakin diminati ramai pada masa kini.

Sejak kurun ke-19, kaedah ini hanya digunakan oleh pekerja-pekerja balak (arborist), penyelamat haiwan dan pakar penyelidik pokok, tetapi kini ia telah dijadikan sebagai sebahagian daripada aktiviti rekreasi.

Pada awal 1980, aktiviti tree climbing telah dijadikan sebagai salah satu aktiviti mengisi masa lapang tetapi setelah diperkenalkan oleh Peter Treeman Jenkins yang merupakan salah seorang arborist dan pendaki yang aktif, semakin ramai belia mula menceburi bidang sukan lasak tersebut, lebih-lebih lagi setelah Tree Climbers International (TCI) ditubuhkan.

Sekarang terdapat banyak persatuan yang menggalakkan belia melakukan aktiviti memanjat pokok di seluruh dunia seperti Amerika Syarikat, Jepun, Perancis, Britain, Kanada, Taiwan, Australia, Indonesia dan China.

Di Malaysia pula, KRESA merupakan antara persatuan pelopor kepada aktiviti tersebut dengan menggunakan garis panduan keselamatan bertulis dan latihan memanjat pokok dari TCI.

Presiden KRESA, Saifful Pathil, berkata, pelbagai teknik boleh dilakukan untuk memudahkan peserta-peserta memanjat pokok.

"Antara teknik yang boleh digunakan ialah teknik ikatan tunggal (single rope) dan dwi ikatan (doubled rope) mengikut keselesaan peserta.

"Pada umumnya aktiviti ini nampak mudah tetapi sebenarnya keseluruhan anggota badan peserta bergerak secara tidak langsung ketika sedang melakukan aktiviti ini.

"Kesukaran dan cabaran yang akan ditempuhi setiap peserta adalah melalui celahan dahan bercabang, kerapuhan kayu mati, keadaan cuaca dan faktor ketinggian," jelasnya.

Menurutnya, halangan pertama setelah bergayut di atas tali tersebut, peserta akan mencabar kemampuan diri seolah-olah sedang mendaki tangga.

"Teknik dwi ikatan atau lebih dikenali sebagai yoyo lebih digemari kerana ia memudahkan peserta memanjat dan turun ke bawah dengan lebih cepat.

"Teknik ini juga membolehkan peserta menyesuaikan diri dengan tali yang dililit di bahagian dahan pokok, kaki dan pinggang pemanjat," katanya.

Teknik ikatan tunggal pula lebih sukar kerana peserta hanya bergantung kepada kemampuan mengangkat berat badan sendiri tanpa bantuan sebarang peralatan mekanikal seperti juma, sling dan gri-gri.

Saifful berkata, ciri-ciri keselamatan perlu diutamakan bagi mengelak berlakunya sebarang kejadian kemalangan yang tidak diingini.

"Peserta perlu percaya kepada kebolehan diri sendiri dan sebelum memanjat, mereka perlu terlebih dahulu memastikan dahan tersebut kukuh dan mampu menampung berat badan masing-masing.

"Setiap peserta dinasihatkan untuk meneliti ikatan dan peralatan yang digunakan terlebih dahulu seperti harnest dan carabiner," ujarnya.

Aktiviti tree climbing ini perlu dilakukan secara berperingkat dan setiap peserta diingatkan supaya tidak terburu-buru.

Setiausaha KRESA, Wan Mohd. Shuqrie Wan Ahmad, berkata, aktiviti ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

"Tree climbing berbeza dengan aktiviti abseiling kerana kaedah yang digunakan lebih mudah.

"Istimewanya, aktiviti ini menguji kemampuan peserta untuk mengangkat berat badan sendiri sekali gus menguji ketahanan mental dan fizikal seseorang dalam ketinggian yang mencabar batasan," katanya.

Beliau berkata, aktiviti itu lebih mencabar jika pemanjat meluangkan masa semalaman di atas pokok dengan menggunakan kaedah treeboats.

"Kaedah treeboats membolehkan peserta berehat atau tidur di atas pokok dengan menggunakan kanopi.

"Bagaimanapun, bagi peserta baru, mereka perlu terlebih dahulu menyesuaikan diri dengan ketinggian 12 meter ke atas untuk membiasakan diri dengan ketinggian," jelasnya.

Tambahnya lagi, antara lokasi yang sesuai untuk melakukan aktiviti tree climbing ialah Taman Negara Pahang, Hutan Simpan Bukit Cerakah, Taman Tasik Shah Alam, FRIM dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti tersebut, sila layari laman web www.kresaselangor.blogsport.com.

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved