Sabtu, 22 Oktober 2011

Utusan Online - Hiburan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Hiburan


Neelofa mula berubah?

Posted:

Neelofa mula berubah?

Neelofa mula berubah?

BETULKAH Neelofa sudah berubah? Cerita ini disampaikan oleh beberapa orang industri yang mengatakan, kononnya pelakon cantik itu sekarang sudah pandai memilih dengan siapa dia hendak berkawan. Malah Neelofa juga dikatakan selalu bersikap perasan bahawa kehadirannya begitu penting dalam banyak acara.

Dek kerana itu juga, kata mereka Neelofa pasang bodyguard, selain hendak tunjuk pada umum yang dia bukan calang-calang orang. Macam-macam lagi cerita, tetapi Joyah tak berapa nak ambil pusing bila dapat tahu semua cerita itu mereka kata baca di blog hiburan. Penulis blog hiburan pun bukannya boleh percaya sangat, banyak yang tak ada etika pun, asyik mengutuk dan mengata sahaja.

Setahu Joyah sebelum ini Neelofa telah menerima ancaman yang boleh menggugat keselamatan dirinya, sebab itu keluarganya terpaksa upah pengawal untuk menjaga dirinya.

Neelofa juga jenis artis yang berani mengatakan kebenaran, bijak dan ada idea sendiri. Mungkin sebab dia ni tak ikut telunjuk orang sangat, sebab itu ada orang tak berapa senang.

Apapun, semoga apa yang diperkatakan orang itu tidak benar. Neelofa perlu buktikan yang dirinya adalah seperti padi. Semakin menunduk ke bumi apabila semakin berisi.

Full content generated by Get Full RSS.

Shidi sudah, Vee bila lagi?

Posted:

Shidi sudah, Vee bila lagi?

Shidi sudah, Vee bila lagi?


Vanida menumpang bahagia di hari Konvokesyen Rashidi baru-baru ini.


AKHIRNYA, selepas sekian lama, ijazah yang diidamkan berada dalam genggaman. Sesungguhnya, barangsiapa yang berusaha, janji Allah tidak akan pernah mungkir dan kita akan mampu mengenggam apa saja yang dicita, dengan kesungguhan. Saya perlu menyatakan rasa kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh pelakon Rashidi Ishak.

Ternyata usia, masa dan komitmen pada kerjaya bukan penghalang untuk bapa kepada dua anak ini mencari ilmu, menggali pengetahuan sebelum akhirnya, menggenggam segulung ijazah yang tidak ternilai dengan wang ringgit sekalipun.

Walaupun sibuk dengan kerjaya lakonan dan macam-macam projek lain di lokasi drama dan filem, itu bukan penghalang untuk terus memajukan diri ke depan.

Ya, Shidi membuktikan dia bukan sebarang pelakon apabila menerima Ijazah Sarjana Muda Media & Komunikasi pada Majlis Konvokesyen ke-35, Universiti Putra Malaysia beberapa hari sudah.

Seperti masih terngiang-ngiang di telinga saya, isteri Shidi, Vanidah Imran memberitahu.

"Biarlah Shidi mencapai cita-citanya terlebih dahulu. Vee akan menjejaki dia selepas itu kerana Vee juga ada cita-cita yang belum tercapai.

"Dan apa yang penting, kami lakukan ini bukan untuk orang lain, tetapi untuk anak-anak kami. Biar mereka besar nanti, kami menjadi contoh dan dibanggakan oleh anak-anak," kata pengacara Nona itu.

Bagi Vanida dan Shidi, apa yang dilakukan hari ini adalah sesuatu yang sangat besar nilainya untuk masa depan cahayamata mereka.

Bukan hanya memandang dari sudut material, bukan untuk menunjuk atau membuktikan kepada sesiapa, sebaliknya ia sebagai suntikan semangat dan keazaman anak-anak untuk sama mengejar setiap apa yang telah dicapai oleh kedua orang tuanya.

Saya berharap dengan kejayaan yang diraih oleh Rashidi ini mampu membakar semangat Vanida untuk mengotakan cita-cita besarnya, menjadi pensyarah seni. Ia juga boleh dijadikan pemangkin semangat buat anak-anak seni lain untuk berjaya.

Secara kebetulan, saya pernah mengikuti program yang sama dengan Rashidi di UPM walaupun kami tidak pernah belajar dalam satu kelas.

Rashidi adalah senior saya selama empat tahun mengambil jurusan dalam bidang komunikasi dengan waktu pengajiannya pada setiap Sabtu dan Ahad.

Setiap hujung minggu, kami tidak boleh bersenang lenang di depan televisyen, jauh sekali menghadiri kenduri kendara saudara mara kerana dua hari itu adalah masa untuk memberi sepenuh tumpuan di dewan kuliah.

Tiga setengah tahun kemudian, saya dan rakan-rakan sudah menghabiskan pengajian pada tahun 2008, tetapi Rashidi masih lagi di UPM kerana beberapa kali menangguhkan semesta pengajiannya ekoran terlalu sibuk.

Meskipun mengambil masa yang lebih panjang dibandingkan rakan-rakan lain, Shidi tidak pernah berasa malu. Malah, kegagalan dalam sesuatu mata pelajaran, tidak bukan alasan untuk meninggalkan dewan kuliah dan melupakan kehendak idaman.

Akhirnya, pada 18 Oktober 2010, Shidi membuktikanpengorbanannya bukan sesuatu yang sia-sia.

Tahniah kawan!

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved