Sabtu, 22 Oktober 2011

Utusan Online - Luar Negara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Luar Negara


Letusan Anak Krakatau dijangka lebih kuat

Posted:

Letusan Anak Krakatau dijangka lebih kuat

Letusan Anak Krakatau dijangka lebih kuat

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA
saharudin.musthafa@utusan.com.my


Imej yang menunjukkan Anak Krakatau mengeluarkan asap mengandungi gas belerang baru-baru ini. – AGENSI


JAKARTA 22 Okt. - Kekerapan aktiviti gunung berapi Anak Krakatau semakin aktif sejak kebelakangan ini dan menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan ia akan meletus dengan lebih besar berbanding kejadian pada 2007.

Menurut laporan yang dikeluarkan pihak berkuasa, kemungkinan itu berdasarkan kepada kekerapan gempa dan pelepasan gas belerang di gunung itu.

Namun, letusan Anak Krakatau kali ini dijangka tidak sekuat yang pernah berlaku pada tahun 1883 yang sekali gus memusnahkan gunung Krakatau.

Ketua Pusat Volkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi, Surono berkata, aktiviti Anak Krakatau sejak kebelakangan ini berlaku sangat kerap dengan catatan lima kali gempa setiap minit.

Jelasnya, aktiviti gempa di gunung berkenaan berlaku sehingga 5,000 kali dalam sehari dan ia memberi petanda kemungkinan letusan besar akan berlaku.

''Apa yang menghairankan ialah kejadian gempa sehingga ribuan kali di Anak Krakatau itu merupakan fenomena baru.

''Berbanding dengan gunung berapi lain dengan status amarannya di peringkat berjaga-jaga, ia sekadar mencatat puluhan hingga ratusan gempa dalam sehari,'' katanya seperti dipetik akhbar Kompas hari ini.

Kata Surono, berikutan pelepasan gas belerang pada Anak Krakatau, ia menyebabkan gunung berapi berkenaan diliputi lapisan belerang putih kekuningan.

"Ia merupakan suatu fenomena yang belum pernah berlaku sebelum ini," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Surono meminta masyarakat setempat supaya tidak cemas dengan perkembangan terbaru Anak Krakatau kerana magmanya itu bersifat cair dan kurang gas.

''Ia tidak seperti sifat magma kental pada gunung berapi Krakatau yang meletus pada 1883,'' tegasnya.

Sementara itu, pihak pemerintah Indonesia mengeluarkan amaran berjaga-jaga dan menasihatkan masyarakat menjauhi Anak Krakatau dengan menetapkan zon bahaya pada jarak 2 kilometer dari kawahnya.

Letusan Krakatau pada 1883 telah mengorbankan 36,000

orang akibat terkena abu panas serta bencana tsunami yang melanda wilayah Lampung dan Banten. - mINGGUAN

Full content generated by Get Full RSS.

Jenazah Gaddafi terus diaib

Posted:

Jenazah Gaddafi terus diaib

Jenazah Gaddafi terus diaib


Sebahagian penduduk Libya mengerumuni jenazah Gaddafi di Misrata, kelmarin. – REUTERs


MISRATA 22 Okt. – Jenazah Muammar Gaddafi yang berlumuran darah selepas terbunuh dalam satu serangan kelmarin kini umpama 'bahan pameran' apabila diletakkan di dalam bilik sejuk beku di sebuah pusat membeli-belah di Misrata.

Tindakan yang tidak berperikemanusiaan itu berlaku ketika pihak berkuasa Libya terus berbalah mengenai apa yang perlu 'dilakukan' terhadap jenazah Gaddafi.

Pelbagai pihak menuntut jenazah Gaddafi termasuk tentera dari Misrata yang mendakwa ia adalah miliknya, sekali gus menangguhkan pengkebumian Gaddafi semalam.

Di Misrata, penduduk berbaris panjang untuk melihat jenazah Gaddafi yang dibaringkan dengan beralas tilam di dalam bilik sejuk beku di pusat membeli-belah itu.

Pada awalnya, pihak berkuasa merahsiakan lokasi jenazah Gaddafi ditempatkan namun selepas maklumat itu tersebar, orang ramai bertindak menyerbu pusat membeli-belah berkenaan.

Lelaki, wanita dan kanak-kanak dilihat berpusu-pusu untuk mengambil gambar bersama jenazah Gaddafi.

Kesan tembakan di dada, abdomen dan bahagian kiri kepalanya masih jelas kelihatan.

Sementara itu, dalam video terbaru yang muncul berkaitan Gaddafi, ia memaparkan imej bekas pemimpin Libya itu telah diseksa dan dipukul oleh tentera kerajaan ketika mereka mengheretnya keluar dari lokasi persembunyian.

Bagaimanapun, pembunuhan Gaddafi kelmarin masih diselubungi kekeliruan apabila banyak persoalan yang timbul berkaitan kematiannya.

Seorang lelaki, Sanad al-Sadek al-Ureibi muncul mendakwa menjadi individu yang menangkap serta menembak Gaddafi. Dakwaan itu bercanggah dengan laporan Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) sebelum ini.

Sementara itu, Ketua Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan Gaddafi mungkin ditembak mati selepas ditangkap hidup-hidup. – Agensi

Full content generated by Get Full RSS.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved