Sabtu, 8 Oktober 2011

Utusan Online - Rencana


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Rencana


Imbangi kebajikan, ekonomi

Posted:

Imbangi kebajikan, ekonomi

Imbangi kebajikan, ekonomi

BELANJAWAN 2012 jelas menampakkan kesungguhan kerajaan untuk mengimbangi kebajikan rakyat dan kelestarian ekonomi negara. Walaupun ramai yang mengharapkan atau pun masih ada yang menganggap belanjawan tersebut adalah belanjawan pilihanraya, tanggapan itu sama sekali meleset.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membentangkan satu belanjawan yang jelas mengimbangi keperluan untuk membantu meringankan beban kehidupan masyarakat dalam menangani masalah kenaikan kos kehidupan samada di bandar mahupun di desa.

Dalam masa yang sama pihak kerajaan masih berjaya mengurangkan defisit belanjawan daripada 5.4 peratus KDNK pada tahun 2011 kepada 4.7 peratus KDNK bagi tahun 2012. Pengurangan defisit belanjawan mencerminkan kejituan hasrat kerajaan untuk menyediakan belanjawan yang berhemah.

Walaupun ramai pihak mungkin mengatakan bahawa Belanjawan 2012 ada unsur-unsur populis, namun begitu apa yang jelas adalah pihak kerajaan telah mengekalkan disiplin fiskal bagi mengurangkan defisit belanjawan dari masa ke semasa. Ini jelas mencerminkan kebijaksanaan pihak kerajaan mengimbang keperluan semasa dan masa depan ekonomi negara.

Belanjawan kali ini memberikan tumpuan kepada lima tunjang utama iaitu:

n Meligat pelaburan; mengungguli modal insan, mencerna kreativiti dan mencetus

n Inovasi, program transformasi luar bandar dan memperkejap perkhidmatan

n Awam dan meredakan inflasi dan mengimarah kehidupan rakyat. Kalau dibandingkan dengan Belanjawan 2011, jelas sekali Belanjawan 2012 adalah menyambung usaha yang telah dimulakan pada tahun 2011. Perbezaan yang ketara bagi Belanjawan 2012 adalah penekanan khusus kepada transformasi luar bandar.

Program transformasi luar bandar adalah satu inisiatif yang penting bagi mengoptimumkan potensi luar bandar sebagai penjana pertumbuhan ekonomi baru. Sehingga kini kebanyakan aktiviti ekonomi berpusat di Lembah Klang ataupun di Pulau Pinang dan Johor. Melalui program RTC, beberapa pusat transformasi luar bandar yang bertindak sebagai pusat integrasi logistik, pemprosesan dan pengedaran hasil pertanian dan berbagai aktiviti sokongan seperti perbankan dan insurans, latihan dan kemahiran, klinik dan ruang niaga, akan dibuka.

Untuk menggalakkan usahawan untuk berniaga di luar bandar, dana sejumlah RM100 juta akan disalurkan kepada golongan professional yang ingin menawarkan perkhidmatan guaman, perakaunan dan klinik di pekan pekan kecil seluruh negara. Peruntukan ini dapat membantu pembentukan RTC di seluruh negara. Tanpa kehadiran perkhidmatan professional di RTC, peniaga, penternak dan usahawan tani masih lagi perlu melanggan perkhidmatan tersebut di Bandar yang berdekatan.

Disamping meneruskan agenda kerajaan untuk membangunkan infrastruktur asas di luar bandar seperti menyediakan jalan, bekalan air dan elektrik, apa yang menarik bagi Belanjawan 2012 adalah usaha untuk membawa perkhidmatan perbankan ke luar bandar. Ianya akan dibangunkan oleh sebuah syarikat GLC - BSN, di mana agen akan dilantik di kawasan luar bandar untuk menyediakan perkhidmatannya.

Turut menerima perhatian adalah pengusaha bas di luar bandar. Bagi membantu pengusaha bas berhenti henti, bas mini dan bas sekolah boleh memohon pinjaman mudah dengan kadar faedah empat peratus untuk membeli atau membaikpulih bas.

Penekanan

Perkhidmatan Awam turut diberikan penekanan didalam Belanjawan 2012, di mana Sistem Saraan Baru Perkhidmatan Awam [SSPA] akan menggantikan Sistem Saraan Malaysia [SSM] di mana struktur gaji penjawat awam akan diperbaiki.

Pihak kerajaan juga turut bersetuju untuk melanjutkan umur persaraan wajib daripada 58 tahun kepada 60 tahun bagi memberi peluang mereka yang masih berkemampuan untuk memberikan sumbangan berdasarkan kemahiran dan pengalaman mereka.

Penjawat awam juga disediakan kemudahan untuk meningkatkan kelulusan akademik melalui program bantuan yuran pengajian. Belanjawan 2012 menyediakan bantuan yuran pengajian sebanyak RM200 juta bagi penjawat awam untuk mengikuti program latihan di peringkat sarjana muda, sarjana dan kedoktoran falsafah.

Dalam usaha kerajaan menangani kesan inflasi yang melanda negara, berbagai langkah telah diambil termasuklah pemberian subsidi untuk berbagai barangan harian. Disamping itu pihak kerajaan telah mengadakan berbagai program untuk membantu pengusaha pertanian dengan skim pembiayaan Dana Pertanian Komersial kepada projek pertanian berinovasi.

Bagi golongan sederhana terutamanya di sekitar Lembah Kelang, keperluan mendapatkan rumah pada harga yang berpatutan amatlah sukar ditangani.

Untuk tujuan tersebut, pihak kerajaan telah menubuhkan Perumahan Rakyat 1Malaysia [PR1MA]. Kerajaan juga telah bersetuju untuk menaikkan had maksimum harga rumah yang layak untuk mengikuti Skim Rumah Pertamaku daripada RM200,000 kepada RM 400,000. Kedua-dua inisiatif ini jelas menunjukkan kesungguhan pihak kerajaan untuk membantu golongan sederhana untuk memiliki rumah pada harga yang berpatutan dan pada kadar kos kewangan yang tidak membebankan.

Keprihatinan pihak kerajaan untuk meringgankan beban perbelanjaan harian di kalangan masyarakat berpendapatan rendah dapat dilihat melalui usaha memberi bantuan sebanyak RM500 kepada isi rumah [household] yang berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan. Bantuan ini bakal memberi manfaat kepada lebih dari pada separuh daripada bilangan isi rumah di Malaysia.

Disamping itu, bantuan sebanyak RM100 turut disalurkan kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dan menengah di seluruh negara.

Bagi pelajar di institusi pengajian tinggi awam mahupun swasta, matrikulasi dan tingkatan enam pula, mereka layak untuk menerima baucar buku bernilai RM200.

Berbagai andaian telah dibuat tentang Belanjawan 2012 ini. Ada yang ingin melihat cukai pendapatan dikurangkan bagi korporat dan persendirian malahan ada yang ingin melihat cukai bagi sesetengah barangan seperti rokok dan arak dinaikkan bagi mengurangkan beban kewangan negara. Sudah tentu pihak kerajaan mempunyai sebab musabab mengapa isu isu tersebut tidak disentuh didalam Belanjawan 2012.

Progresif

Pihak kerajaan kebelakangan ini telah mengambil langkah yang lebih progresif dalam mengurus keadaan ekonomi dan tidak segan untuk mengambil langkah yang berani untuk menangani keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu dan juga pasaran harga komoditi utama dunia.

Oleh itu sebarang kenaikan harga barangan atau cukai keatas barangan tersebut tidak lagi perlu disertakan didalam pembentangan belanjawan negara.

Telahan saya adalah pihak kerajaan ingin menentukan supaya Belanjawan 2012 dapat dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat dan di mana jua mereka berada. Banyak golongan yang tidak diberikan perhatian didalam peruntukan kerajaan telah mula mendapat pembelaan. Sebagai contoh, golongan belia yang merupakan generasi muda yang bakal mewarisi perjuangan ke arah negara maju telah diberikan peruntukan sebanyak RM320 juta bagi menjalankan berbagai aktiviti termasuk latihan kemahiran, program kepimpinan dan keusahawanan di peringkat daerah dan negeri.

Rintihan para pemandu teksi juga telah diambil kira oleh pihak kerajaan bagi Belanjawan 2012 kerana pemilik teksi bajet persendirian akan dikecualikan 100 peratus duti eksais dan jualan ke atas pembelian teksi baru buatan tempatan, pemansuhan cukai jalan dan pemberian subsidi kadar faedah dua peratus ke atas pinjaman pembelian teksi baru buatan tempatan.

Begitu juga dengan nasib para nelayan, yang kebanyakan memiliki rumah yang daif dan kurang selesa. Tabung Khas Perumahan Nelayan dengan peruntukkan RM300 juta akan membantu untuk membaik pulih rumah mereka dan dilengkapi dengan infrastruktur asas.

Belanjawan 2012 menitikberatkan taburan nikmat kekayaan negara kepada semua pihak memandangkan keadaan ekonomi semasa yang mencabar bagi kebanyakan keluarga di bandar dan luar bandar. Pemansuhan bayaran sekolah rendah menengah yang bakal melibatkan peruntukan kerajaan sebanyak RM150 juta juga menjurus kepada memberikan bantuan secara terus kepada semua isi rumah di serata pelosok negara.

Belanjawan 2012 adalah bertepatan dengan tema yang dipilih yakni, Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara amatlah jelas perhatian yang diberikan supaya pembelaan diberikan kepada semua lapisan masyarakat samada di bandar mahupun desa, di Semenanjung mahupun di Sabah dan Sarawak, Orang Asli mahupun bekas wirawan dan wirawati negara, golongan belia mahupun golongan warga emas, pengusaha teksi mahupun nelayan, polis, tentera mahupun guru. Semuanya akan menerima sumbangan dari belanjawan.

Oleh itu adalah menjadi tanggung jawab mereka yang menerima manfaat dari Belanjawan 2012 yang merangkumi semua rakyat Malaysia untuk bersama sama membantu kerajaan melaksanakan berbagai program di bawah lembayung Dasar Transformasi Nasional menuju destinasi - negara maju pada tahun 2020.

IZHAM YUSOFFialah Pengarah Urusan Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

BISIK-BISIK MINGGUAN

Posted:

BISIK-BISIK MINGGUAN

BISIK-BISIK MINGGUAN

Najib dan bajet

AWANG tertarik dengan penampilan Perdana Menteri Najib Tun Razak semasa membentangkan Bajet 2011 di Dewan Rakyat kelmarin. Beliau kelihatan bertenaga tetapi relaks dan bersahaja gayanya.

Seperti biasa, air mukanya tenang dan ceria dengan senyuman biarpun ketika disanggah dengan sorakan barisan ahli Parlimen pembangkang.

Membaca bahasa badannya, Najib menyampaikan bajet tersebut dengan fikiran yang bebas dan tenteram seolah-olah menikmati sebuah sajak atau karya yang indah.

Ternyata beliau menjiwai pembentangan bajet itu yang boleh diikuti oleh rakyat Malaysia menerusi siaran langsung televisyen, radio dan online.

Sebagai warga negara, Awang terkesan dengan penampilannya itu. Dalam sejarah kepimpinan dunia, aura pemimpin memberi pengaruh besar kepada pembinaan sebuah negara bangsa.

Lalu apabila bajet itu selesai dibentangkan, Awang menyertai rakyat Malaysia lebih terkesan dan bersyukur. Ketika bajet kebanyakan negara tidak membawa banyak berita gembira buat rakyat, Malaysia pula berbeza. Menerusi hujung jari, kita boleh melakukan carian menerusi Internet untuk membuat perbandingan dengan bajet negara-negara lain terutama negara membangun.

Najib ternyata komited dengan janji-janjinya untuk menangani tekanan kos kehidupan. Pelbagai lapisan rakyat tentunya lega, hampir semua kelompok masyarakat mendapat perhatian dan pembelaan. Daripada pelajar di sekolah rendah, nelayan, pemandu teksi, kakitangan awam hinggalah kepada usahawan dan ekspatriat mendapat imbuhan serta insentif.

Kenaikan gaji 1.2 juta kakitangan awam antara RM80 dan RM320, tambahan bonus setengah bulan gaji, RM500 untuk pesara dan skim baru guru adalah antara hadiah istimewa buat sektor awam.

Sekali lagi kerajaan membuktikan ia adalah majikan yang prihatin, yang Awang harap dibalas dengan produktiviti dan perkhidmatan yang lebih tinggi.

Terdapat imbuhan yang diberi, tidak pernah berlaku dalam sejarah. Paling menarik ialah sumbangan RM500 untuk isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, pendidikan sekolah rendah dan menengah percuma serta bantuan RM100 untuk murid tahun satu hingga pelajar tingkatan lima. Awang turut tersentuh dengan imbuhan RM3,000 kepada setiap bekas anggota, duda dan balu polis khas serta polis tambahan zaman darurat.

Ketika ada pemimpin pembangkang menghina jasa pasukan keselamatan, Najib memberikan isyarat jelas bahawa kerajaan mengenang budi para pejuang. Begitu juga dengan program khas 175,000 bekas tentera yang tidak layak menerima pencen.

Tradisi membela rakyat juga terserlah dalam bajet kali ini dengan pelbagai Skim Amanah Rakyat 1Malaysia untuk golongan berpendapatan rendah dan pelbagai lagi yang cukup panjang untuk disenaraikan.

Walaupun Bajet 2012 jauh lebih pemurah berbanding bajet sebelum ini tetapi ia cukup realistik selain banyak menyaksikan rangsangan untuk pertumbuhan ekonomi.

Bajet tersebut masih dalam lingkungan menyakinkan jika dibandingkan dengan bajet bayangan pembangkang, yang disifatkan oleh ramai pakar dan pemerhati ekonomi sebagai tidak berasas. Aneh, ada bajet bayangan tetapi tiada kabinet bayangan.

Maka tidak menghairankan jika pakatan pembangkang tersentak dengan Bajet 2012. Satu lagi tamparan kepada mereka. Dalam pemimpin pakatan pembangkang cuba menafikan kebaikan bajet itu, Awang yakin ahli-ahli dan para penyokong parti mereka dalam diam mempunyai reaksi berbeza kerana akan turut mendapat nikmat.

Setakat ini, Bajet 2012 menerima gelombang respons positif. Malah ramai yang menyifatkan Bajet 2012 sebagai terbaik, menyeluruh dan prihatin. Ia membawa semangat dan harapan baru kepada rakyat.

Namun ada segelintir yang melihat bajet kali ini kurang memberi penekanan kepada golongan berpendapatan menengah, yang kerajaan pasti mempunyai jawapan kepada persoalan itu.

Cabaran kerajaan selepas ini ialah untuk melonjakkan transformasi yang bajet tersebut akan menjadi satu lagi pemacu. Ketidaktentuan dan ramalan suram ekonomi dunia pada tahun depan, memerlukan persiapan dan daya tahan terbaik Malaysia. Awang yakin Najib ada cara - sebagaimana yang telah dibuktikan setakat ini.

Wayang DAP

Seperti yang dijangkakan, DAP akhirnya mengetepikan hukuman gantung enam bulan yang dikenakan terhadap ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan.

Menurut kenyataan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC), keputusan itu diambil selepas beliau mengemukakan rayuan. Manoharan hanya diberikan amaran.

Awang musykil kerana tidak sampai dua minggu keputusan menggantung Manoharan diambil, ia diringankan dengan alasan beliau telah meminta maaf. Setidak-tidaknya biarlah penggantungan itu dilaksanakan sebulan dua terlebih dahulu.

Dari awal lagi, ramai yang boleh baca tindakan yang diambil ke atas Manoharan sebelum ini hanya main wayang. Ia sekadar mahu memperlihatkan di mata rakyat bahawa parti itu tidak berkompromi kepada pemimpinnya yang menghina negara sendiri. Sedangkan hakikatnya - tidak.

Dengan perkembangan terbaru ini, DAP telah memberikan isyarat yang salah dan mengelirukan kepada rakyat.

Ia memberi gambaran DAP tidak sensitif kepada soal-soal kenegaraan. Seolah-olah Manoharan menjadi agen provokasi DAP untuk melihat sejauh mana 'pencerobohan' boleh dilakukan ke atas bendera kita pula.

Parti rasis?

Salah satu faktor mengapa hukuman gantung ke atas Manoharan ditarik balik, adalah bagi menyelamatkan Setiausaha Agung, Lim Guan Eng daripada tindakan disiplin.

Dengan membenarkan penggantungan ke atas Manoharan berjalan, ia akan mengundang tekanan daripada banyak pihak termasuk dalaman untuk melihat Guan Eng juga dikenakan tindakan.

Atas kertas, kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang itu yang memburuk-burukkan Johor jauh lebih serius berbanding Manoharan.

Beberapa pihak melihat tindakan Guan Eng sebagai cubaan mensabotaj ekonomi Johor selain menjejaskan imej negara. Tidak lama dulu, menteri kanan Singapura, Lee Kuan Yew pernah mengeluarkan kenyataan yang sama tetapi kemudian bertindak memohon maaf.

Perbuatan Guan Eng mengejutkan rakyat Malaysia terutama penduduk Johor. Ramai yang terguris termasuk Sultan Johor dan pihak polis yang telah bertungkus lumus sehingga berjaya mengurangkan kadar jenayah di negeri itu.

Walaupun Guan Eng telah memohon maaf tetapi caranya tidak budiman dengan menyalahkan pihak media.

Persoalannya apakah DAP berani mengambil tindakan ke atas Guan Eng. Beliau adalah Setiausaha Agung dan Ketua Menteri Pulau Pinang selain faktor nepotisme - menjadi anak pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang.

Ada yang melihat faktor orang Cina begitu dominan dalam DAP akan turut mempengaruhi keadaan. DAP mendabik dada ia adalah parti diwakili semua kaum tetapi realitinya kaum lain terpinggir. Bukan setakat agenda dan hala tuju, jawatan utama dalam DAP sejak dahulu lagi dikuasai oleh satu kaum. Pemimpin-pemimpin kaum India tidak mendapat tempat sewajarnya meskipun peranan mereka cukup signifikan.

Dalam isu Manoharan, para pemimpin kanan DAP sudah boleh menghidu bahawa tindakan ke atas beliau semata-mata, akan mencetuskan rasa tidak puas hati lebih menebal daripada ahli dan penyokong kaum India.

Melainkan, jika Guan Eng juga dikenakan tindakan sebagaimana Manoharan. Begitu pantas beliau dihukum. Tetapi setakat hari ini, tiada bayang-bayang tindakan ke atas Guan Eng. Malah semalam, DAP membuat keputusan untuk tidak mengenakan sebarang tindakan ke atas Guan Eng. Awang geleng kepala. Manoharan dibebaskan hanya untuk menyelamatkan beliau rupa-rupanya. Ia merupakan percaturan yang memalukan. Parti itu sebenarnya terlepas kesempatan untuk membuktikan bahawa ia tidak rasis dan pilih kasih.

Guan Eng sekali lagi terlindung dan semua ini sudah boleh dijangka dengan mudah. Selain menjadi anak Kit Siang dan menyandang jawatan utama, kulitnya lebih cerah daripada Manoharan. Itu sahaja.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved