Utusan Online - Johor |
Posted: Bernas musnahkan paletOleh ZULHISHAM ISAHAK JOHOR BAHRU 7 Okt. - Padi Beras Nasional (Bernas) akan mengambil dua pendekatan untuk mengawal pembiakan kutu beras yang kini didakwa menyerang kawasan perumahan penduduk di Jalan Gangsa, Pasir Gudang dekat sini. Yang Dipertua Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG), On Jabbar @ Jaffar berkata, sebagai langkah segera, Bernas akan memusnahkan semua palet di gudang tersebut yang dikatakan menjadi punca utama kutu beras itu membiak. "Langkah ini akan dilakukan dalam masa terdekat tetapi berperingkat-peringkat kerana perlu mengalihkan beras yang semuanya berjumlah 32,000 metrik tan," katanya mengulas rungutan penduduk yang mendakwa rimas dan tidak selesa dengan kehadiran banyak kutu beras di kawasan perumahan berkenaan. Selain itu, Bernas juga akan memasang jaring dan melakukan proses asapan untuk membunuh kutu-kutu beras itu dalam dua atau tiga kali seminggu. "Jika jumlah kutu beras itu terlalu banyak, ia akan dimatikan dengan pelepasan gas. Langkah kedua ini akan mengambil masa tiga bulan," katanya selepas melawat gudang beras Bernas berkenaan di sini semalam. Turut hadir Penolong Pengurus Besar Bernas (Bahagian Jualan dan Pengedaran), Ramsuri Abdul Rahim dan wakil-wakil Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pertanian. On Jabbar berkata, punca kutu-kutu beras 'menyerang' kawasan setempat berikutan kerja-kerja pembesaran gudang beras itu yang dilakukan selama tiga bulan sejak Mei lalu. Katanya, semasa kerja tersebut dilakukan, dinding gudang dibuka dan keadaan itu menyebabkan kutu beras berterbangan dibawa angin ke kawasan berhampiran. Beliau mengakui MPPG menerima lebih 10 aduan daripada penduduk mengenai masalah tersebut dan pihaknya memberi tempoh tiga bulan kepada Bernas untuk mengawal serangga itu daripada terus membiak. |
Perjumpaan bekas pelajar SMK Masai meriah Posted: Perjumpaan bekas pelajar SMK Masai meriahSebahagian bekas pelajar SMK Masai yang hadir pada majlis perjumpaan semula di Hotel TS, Taman Rinting, Masai, Johor Bahru, baru-baru ini. KOTA TINGGI 7 Okt. - Lebih 96 bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Masai dekat sini mengadakan majlis perjumpaan semula di Hotel TS, Taman Rinting baru-baru ini. Mereka yang hadir bersama keluarga masing-masing terdiri daripada bekas pelajar dari sesi 1981 hingga 1985. Pertemuan yang diilhamkan kira-kira dua bulan lalu itu berjaya direalisasikan hasil kerjasama rakan-rakan yang bertungkus-lumus mencari bekas pelajar terbabit menerusi pelbagai media termasuk laman sosial, Facebook. Penganjur majlis, Zairani Aziz berkata, program itu bertujuan merapatkan kembali hubungan silaturahim di kalangan bekas pelajar sekolah tersebut. "Kita mengambil kesempatan mengadakan program ini pada hujung bulan Syawal kerana ramai bekas pelajar pulang bercuti ke kampung masing-masing," katanya. Walaupun terpisah selepas meninggalkan alam persekolahan lebih 26 tahun lalu, nyata majlis itu berlangsung meriah dengan masing-masing menceritakan kembali kenangan manis ketika bergelar pelajar. Kumpulan bekas pelajar terbabit merancang mengadakan pertemuan yang lebih besar dan mengumpulkan lebih ramai rakan mereka pada masa akan datang. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan