Utusan Online - Luar Negara |
Posted: AS beku projek di PalestinRAMALLAH 4 Okt. – Amerika Syarikat (AS) menangguhkan projek pembangunan bernilai berpuluh-puluh juta dolar di Tebing Barat selepas Kongres membekukan dana dalam usaha untuk menghalang Palestin daripada memohon pengiktirafan sebagai negara merdeka di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Penangguhan itu ialah kesan pertama daripada keputusan Palestin untuk mengingkari kehendak Washington berhubung isu tersebut. Menteri Ekonomi Palestin, Hassan Abu Libdeh berkata, beliau dimaklumkan semalam oleh pegawai agensi bantuan asing kerajaan AS, USAID bahawa dua projek bernilai AS$55 juta (RM165 juta) dan AS$26 juta (RM78 juta) ditangguhkan kerana ketiadaan dana. Satu projek bertujuan untuk membantu pembangunan sektor swasta Palestin manakala satu lagi bertujuan untuk memperbaiki persekitaran pelaburan, kata Abu Libdeh. Seramai 50 kakitangan yang terlibat dengan projek tersebut diberhentikan minggu lepas dan 200 lagi akan menyusul pada bulan depan. Kementerian lain juga melaporkan projek-projek anjuran USAID kini terancam, termasuk pelan lima tahun bernilai AS$85 juta (RM255 juta) untuk meningkatkan perkhidmatan kesihatan Palestin. Pegawai USAID mengesahkan beberapa program terjejas disebabkan pembekuan dana oleh Kongres itu manakala program yang sedang dijalankan akan diteruskan sehingga kehabisan dana. Pegawai Palestin mengutuk langkah tersebut sebagai menjejaskan usaha damai Asia Barat dan berkata, pembekuan itu tidak akan menghalang mereka daripada meneruskan usaha untuk mendapatkan pengiktirafan penuh PBB bagi negara Palestin yang meliputi Tebing Barat, Genting Gaza dan timur Baitulmaqdis, iaitu kawasan yang ditawan oleh Israel dalam Perang Enam Hari pada 1967. Dua jawatankuasa yang diketuai oleh Parti Republikan di Dewan Perwakilan membekukan bantuan ekonomi bernilai AS$200 juta (RM600 juta) pada akhir Ogos lalu, ketika Palestin bersiap sedia untuk mengemukakan permohonan mereka kepada PBB. Namun Presiden Palestin, Mahmoud Abbas bulan lepas meneruskan permohonan itu dengan membentangkan hujah beliau untuk mendapatkan pengiktirafan dalam ucapan kepada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) dan mengemukakan permohonan rasmi kepada Majlis Keselamatan. – Agensi |
Korban banjir di Thailand naik 224 orang Posted: Korban banjir di Thailand naik 224 orangBANGKOK 4 Okt. - Angka korban akibat banjir musim monsun di Thailand sejak dua bulan lalu meningkat kepada 224 orang, manakala berjuta-juta lagi kehilangan mata pencarian serta tempat tinggal. Banjir terburuk dalam tempoh berpuluh tahun itu dilaporkan melanda 58 daripada 77 wilayah di negara ini. Daripada 58 wilayah terbabit, 25 wilayah masih terjejas teruk ekoran banjir tersebut. Pengarah Pengurusan Sumber Air Bersepadu Thailand, Royal Chitradon berkata, banjir itu dijangka berakhir pada minggu pertama November ini. ''Banyak faktor menyubangkan kepada banjir besar ini berpanjangan terutama di wilayah tengah, termasuk faktor pembinaan jalan serta pembangunan bandar yang dilihat menghalang aliran air,'' katanya. Minggu lalu, kerajaan Thailand menghantar 10,000 tentera bersama 500 kenderaan tentera dan 100 bot di kawasan banjir untuk operasi membantu serta menyelamat mangsa banjir. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan