Utusan Online - Keluarga |
Tugas berat Zuraidah di Menara KL Posted: Tugas berat Zuraidah di Menara KLOleh SHOLINA OSMAN Zuraidah Mohd. Said suka 'turun padang' bukan untuk 'mengendap' kakitangan yang culas tetapi untuk menunjukkan sikap bekerjasama sebagai satu pasukan. KETIKA mewawancara Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd., Zuraidah Mohd. Said, antara soalan awal diajukan: ''Pernah bercita-cita menjadi CEO?" Jawabnya: ''Tidak dinafikan itu yang dicita-citakan selama ini.'' Bagaimanapun cerita Zuraidah, cita-cita itu tidak semudah seperti 'petik jari' kerana hanya selepas 22 tahun berkhidmat di Telekom Malaysia Berhad (TM) baharulah beliau dapat merealisasikan impian untuk memegang jawatan sekarang. Pada 2 Ogos 2010, Zuraidah dilantik sebagai CEO Menara Kuala Lumpur di samping Muzium Telekom dan Menara Alor Setar. Kenyataannya, Zuraidah memang seorang wanita cukup bertuah kerana telah mencapai kemuncak dalam kerjaya diceburi. Sesungguhnya beliau bukan calang-calang wanita kerana sejak sekian lama jawatan CEO didominasi kaum Adam sahaja. Kejayaan Zuraidah ini sekali gus memberikan inspirasi kepada wanita di luar sana bahawa status isteri dan ibu kepada enam anak bukanlah halangan untuk berjaya. Ketika ditanya cita-cita asal beliau berkata: ''Saya hendak menjadi doktor gigi. Tetapi tawaran ke luar negara sungguh mengujakan sekalipun terpaksa memilih bidang Sains Komputer." Tamat pengajian, Zuraidah memilih untuk menjadi penyelidik di Institut Sistem Mikroelektronik Malaysia (MIMOS) yang mana pada ketika itu hanya dia sahaja anak Melayu dalam kumpulan seramai 10 orang. Bagi Zuraidah itulah masanya untuk mengumpul pengalaman dan ternyata dia tidak rugi sekalipun hanya tiga tahun sahaja berada di MIMOS. Beralih angin ke Telekom Malaysia (TM) yang kemudiannya menaja pengajiannya di peringkat sarjana telah memberikan semangat kepada Zuraidah untuk terus bekerja keras. Malah kata Zuraidah, dengan cita-cita itu juga telah membawa dirinya untuk menjadi seorang yang lebih gigih untuk melaksanakan setiap tanggungjawab yang diberikan. ''Lagipun minat yang mendalam di dalam kerjaya telah mengatasi segala halangan dan rintangan,'' katanya ketika ditemui di Menara Kuala Lumpur, baru-baru ini. Menceritakan pengalamannya terdahulu yang pernah memegang jawatan sebagai Pengurus Besar Bahagian Jualan di Telekom Malaysia, pastinya banyak detik mencabar telah dilalui. Sekalipun begitu, Zuraidah memberitahu tanggungjawab sebagai CEO bukannya mudah maka tidak hairannya jika dirinya sudah biasa bekerja tujuh hari seminggu. Malah masa kerja Zuraidah juga bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengah malam. Sekalipun ketua wanita sering dikatakan cerewet, ujar Zuraidah beliau tidak begitu tetapi akui memang teliti dalam setiap kerja yang dilakukan. ''Jika berlaku sebarang kelemahan, CEO yang akan dipertanggungjawabkan maka atas sebab itu setiap perancangan tidak boleh tersilap langkah,'' katanya. Menceritakan tugasnya di Menara Kuala Lumpur, tanggungjawab beliau bukan setakat memastikan operasi sebagai menara telekomunikasi berjalan lancar bahkan ia terus kekal sebagai produk pelancongan negara yang relevan. Sehubungan itu, katanya, dia harus memastikan jumlah yang mengunjungi menara itu meningkat dari semasa ke semasa. ''Selain itu imej menara ini perlu dijaga memandangkan dengan nama baik ini akan dapat menjual nama Malaysia sebagai satu destinasi pelancongan,'' katanya. Menurut Zuraidah lagi, untuk kelancaran dalam bekerja dia suka mengamalkan satu pasukan kerja yang mantap. Sehubungan itu katanya, dengan menganjurkan mesyuarat dari semasa ke semasa juga penting kerana ini akan dapat memperbaiki kelemahan dalam sebarang kerja yang dijalankan. ''Saya juga menganjurkan 'sesi teh tarik' bersama dengan kakitangan supaya dapat bertemu dan menerima luahan pendapat mereka dalam suasana yang santai,'' kata beliau. Zuraidah juga bersama-sama dengan kakitangannya akan melakukan solat hajat sekali dalam sebulan. ''Daripada solat ini secara tidak langsung juga akan menambahkan lagi erat hubungan silaturahim antara kakitangan,'' katanya. Sekalipun Zuraidah akui dia sibuk dengan tugas di pejabat itu tidak bermakna CEO sepertinya hanya duduk di kerusi empuk sepanjang masa. Zuraidah akui beliau suka 'turun padang' bukan untuk 'mengendap' kakitangan yang culas tetapi untuk menunjukkan sikap prihatinnya bekerjasama sebagai satu pasukan demi untuk melihat kejayaan Menara Kuala Lumpur di mata dunia. |
Posted: Haruman bunga CoachCOACH memperkenalkan Poppy Flower koleksi haruman terbaru untuk wanita yang berkeinginan tampil dalam gaya penuh romantik. Koleksi baru ini dihasilkan daripada ramuan yang terdiri dari buah-buahan segar dan bunga-bungaan yang berharuman lembut. Poppy Flower telah dilancarkan awal bulan ini. Ia boleh didapati dari jenis Eau de Parfum 100ml RM300, 50ml RM225, 30ml RM170, dual rollerball 17oz RM90 dan Body Lotion 150ml RM150. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Keluarga To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan