Utusan Online - Johor |
Posted: Tingkat ronda Pekan JabiSaudara pengarang, Kawasan tersebut menjadi tumpuan untuk beriadah terutama pada sebelah petang walaupun terdapat kemudahan seperti buai dan gelongsor yang telah rosak. Namun apabila tiba waktu malam, kawasan rekreasi itu yang agak tersorok bertukar wajah apabila dijadikan tempat untuk melakukan beberapa aktiviti negatif. Kawasan itu yang gelap dijadikan tempat melepak mat rempit serta menguji motosikal masing-masing dengan memulas tempat minyak tanpa menghiraukan penduduk setempat. Pada hujung minggu pula, mereka yang terdiri daripada remaja dalam beberapa kumpulan akan menunggang motosikal di kawasan berdekatan antara pukul 12 tengah malam hingga 3 pagi. Keadaan ini menimbulkan suasana bising dan tidak tenteram kerana semua rumah berdekatan balai raya tersebut adalah mereka yang sudah berkeluarga. Dipercayai kawasan itu turut dijadikan tempat menghisap dadah selain tempat remaja berpeleseran dan bergelandangan tanpa arah tuju. Kadang-kadang dilihat pasangan remaja duduk berdua-duaan di tempat gelap melakukan maksiat tanpa menghiraukan orang yang lalu lalang di kawasan tersebut. Justeru, sebagai penduduk berdekatan diharap pihak polis melakukan rondaan di kawasan tersebut pada sebelah malam bagi mencegah sebarang kegiatan negatif. PENDUDUK RUNSING, Pekan Jabi |
Laksana janji tukar SAR kepada SABK Posted: Laksana janji tukar SAR kepada SABKSaudara pengarang, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang membuat pengumuman itu sempena sambutan Hari Guru di Dewan Jubli Intan, Johor dilihat dapat meningkatkan kemudahan dan prasarana sekolah jenis itu. Sejak ia diuar-uarkan pada 2005, itulah kali pertama pemimpin tertinggi kerajaan negeri mengumumkan bahawa pendaftaran itu akan dilaksanakan pada 2011. Pengumuman yang sangat dinanti-nantikan itu dibuat di hadapan lebih 1,000 tenaga pengajar dari sekolah agama negeri dan SAR. Sebagai guru SAR, pengumuman itu seperti satu rahmat kerana bukan sahaja manfaat akan dinikmati oleh murid-murid, tetapi juga kebajikan warga pendidik akan terbela. Bagaimanapun, setelah lebih setahun perkara itu diumumkan, tidak terdapat tanda-tanda pelaksanaannya dan cerita mengenai cadangan tersebut tidak kedengaran lagi. Hanya tinggal dua bulan lebih sahaja lagi 2011 akan melabuhkan tirainya dan diharap janji untuk pendaftaran itu dapat dikotakan dalam tempoh yang singkat ini. Kelewatan pendaftaran itu akan menyebabkan bantuan kerajaan Pusat yang sangat diperlukan dalam pembangunan SAR yang masih jauh ketinggalan, tertangguh. Anak-anak Johor di SAR memerlukan pembelaan sebagaimana nasib pelajar-pelajar dan guru-guru sekolah itu di negeri lain yang telah didaftarkan sebagai SABK. Saya harap isu ini tidak dibiarkan sepi begitu sahaja dan tidak terlepas pandang oleh Jawatankuasa Agama Negeri Johor serta Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) yang memainkan peranan utama dalam pendaftaran tersebut. WARGA SAR, Batu Pahat |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan