Utusan Online - Johor |
UTHM raih 3 anugerah di Melaka Posted: UTHM raih 3 anugerah di MelakaOleh HAMDAN TAWADI PASUKAN UTHM yang mengharumkan nama universiti itu pada Pertandingan Program Rakyat Patriotik di Melaka, baru-baru ini. BATU PAHAT 18 Okt. - Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM) meraih tiga anugerah pada Pertandingan Program Rakyat Patriotik anjuran Kementerian Pengajian Tinggi di Kolej Komuniti Merlimau, Melaka baru-baru ini. Ahli Kumpulan Aktivis Pemuisi dan Dramatis UTHM (AKSI), Ezafahrina Ezuddin mengharumkan nama universiti itu apabila merangkul dua anugerah iaitu johan kategori Deklamasi Puisi Patriotik dan Anugerah Busana Terbaik. Satu lagi anugerah dimenangi ahli Kumpulan Gemersik Sahmura, Mohd. Nazrin Syah Safari yang muncul johan kategori Suara Patriotik (Nyanyian). Turut menaikkan nama universiti itu adalah ahli Kumpulan Cerlang Bangkit, Mohamad Fareed Mohamad Zainordin dan Mohamad Mokhsen Suffian yang mendapat tempat ketiga kategori Photothon Patriotik (Fotografi). Menurut laman web UTHM, program Rakyat Patriotik yang pertama kali diadakan itu bertujuan membentuk jati diri penuntut ke arah mengukuhkan lagi identiti sebagai rakyat Malaysia. Pertandingan selama tiga hari itu disertai 240 peserta dari institusi pengajian tinggi (IPT) seluruh negara dan bertujuan menggalakkan lagi pengamalan budaya 1Malaysia dan memupuk semangat kenegaraan. |
Seronok tabur bakti di PDK DUN Semerah Posted: Seronok tabur bakti di PDK DUN SemerahBATU PAHAT 18 Okt. - Bagi mendalami bidang yang dipelajari, lapan penuntut Ijazah Bachelor Pendidikan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat menganjurkan Program Khidmat Bakti Siswa di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerah baru-baru ini. Mereka yang merupakan penuntut yang mengambil Major Pendidikan Khas mengakui gementar walaupun sebelum ini mempelajari bidang tersebut secara teori. Pengerusi Program, Irene Yong, 23, berkata, pada mulanya mereka agak sukar mendekati anak-anak istimewa di PDK itu yang mempunyai pelbagai ragam. "Hari pertama berada di PDK DUN Semerah ini, perkara utama yang kami lakukan adalah macam mana hendak menarik perhatian dan berkomunikasi dengan kesemua pelatih di sini," katanya. Bagaimanapun, mereka tidak menghadapi banyak masalah kerana kesemua pelatih PDK DUN Semerah senang menerima kehadiran mereka dan mengikuti program yang dilakukan dengan baik. "Kami rasa seronok berada di sini dan berkomunikasi serta dapat mencurahkan khidmat bakti kepada anak-anak istimewa ini," katanya sambil memberitahu program tersebut berlangsung selama seminggu. Walaupun menghadapi masalah pertuturan, tetapi semua aktiviti yang diadakan berjalan dengan baik serta mendapat kerjasama sepenuhnya daripada penyelia dan guru-guru di PDK berkenaan. Bagi Amber Ling, 23, program berkenaan memberi panduan kepadanya cara untuk mengendalikan anak-anak istimewa. Katanya, tempoh seminggu program itu semenangnya tidak mencukupi kerana banyak lagi perkara yang perlu dipelajari. "Pengalaman seminggu di PDK amat bermakna dan paling berharga yang boleh kami gunakan semasa melakukan tugas nanti," katanya sambil memberitahu semua peserta program itu berasal dari Sarawak. Hari pertama di PDK DUN Semerah, mereka bersama pelatih pusat itu berkebun dengan menanam bawang merah serta membentuk gambar daripada kertas warna yang direnyuk. Pelatih PDK itu juga diajar menulis, melakukan pembelajaran dengan bantuan peralatan serta nyanyian supaya proses pembelajaran lebih menarik. "Kami juga melakukan aktiviti keceriaan dalam kelas, tampalan dan perhiasan, senaman aerobik dan fisioterapi untuk mereka yang tidak berkeupayaan untuk bergerak," katanya. Full content generated by Get Full RSS. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan