Utusan Online - Utara |
- Penduduk bimbang tebing runtuh
- 12 juta lawat Perak tahun lalu
- Kucing seberat lapan kilogram jadi tumpuan
Penduduk bimbang tebing runtuh Posted: Penduduk bimbang tebing runtuhOleh ABD RAZAK OSMAN SHAHARIN Nizar Othman (kanan) dan Hasliza Din menunjukkan kesan runtuhan tebing yang semakin menghampiri rumah mereka di Taman Desa Impian, Kulim, Kedah, baru-baru ini. KULIM 26 Sept. – Sebuah keluarga hidup dalam kebimbangan apabila rumah yang mereka diami di Lorong Kenang, Taman Desa Impian, Ayer Merah di sini diancam hakisan dan tebing sungai runtuh. Lebih malang, mereka turut khuatir kejadian buruk mungkin berlaku ekoran runtuhan berkenaan semakin menghampiri kabel elektrik bervoltan tinggi yang terletak bersebelahan rumah. Ketua keluarga itu, Shaharin Nizar Othman, 40, mendakwa, dia pernah memaklumkan perkara itu kepada Majlis Perbandaran Kulim Kedah (MPKK) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB), tetapi tiada tindakan susulan diambil. "Dahulu runtuhan tidak begitu serius, namun kini sudah sampai tahap bahaya kerana semakin dekat dengan rumah saya iaitu jarak kira-kira empat meter. "Saya amat bimbang kerana sekarang musim hujan tambahan pula kami mungkin terkena kejutan elektrik kerana terdapat kabel 750 kilovolt berdekatan rumah," katanya di sini baru-baru ini. Selain ancaman tebing runtuh, Shaharin Nizar memberitahu, kawasan tersebut juga ditenggelami air apabila air sungai melimpah. "Saya bimbang kerana setiap kali hujan lebat aliran air sungai sangat deras. Nyawa kami sekeluarga sekarang ini diancam bahaya," katanya. Isterinya, Hasliza Din, 35, pula berkata, masalah itu bukan satu perkara baru, namun setiap kali membuat aduan kepada pihak berkenaan, tiada sebarang tindakan diambil. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Ayer Merah, Mat Saad Osman berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan MPKK dan TNB bagi mengatasi masalah itu dalam kadar segera. "Saya bimbang jika tidak diatasi, kejadian ini boleh menyebabkan gangguan elektrik di kawasan ini kerana lokasinya juga terletak berdekatan sebuah pencawang elektrik," katanya. |
12 juta lawat Perak tahun lalu Posted: 12 juta lawat Perak tahun laluNORSHAMSHIDA A. Rahman (tiga dari kanan) membantu mengambil makanan kepada wakil pelancongan ketika majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama Penggiat Industri Pelancongan dan Media di pejabat Tourism Perak di Ipoh, semalam. IPOH 26 Sept. - Seramai 12.18 juta pelawat domestik mengunjungi negeri ini pada tahun lalu berbanding 6.12 juta orang pada 2009. Pengarah Tourism Perak, Norshamshida A. Rahman berkata, hasil kajian Penyiasatan Pelancongan Domestik Malaysia tahun lalu itu sekali gus meletakkan Perak sebagai negeri ketika menerima paling ramai pelawat domestik. ''Daripada jumlah pelawat itu, 3.07 juta adalah pelancong dengan 911,300 orang datang dari Selangor, Kuala Lumpur (372,500), Pulau Pinang (292,000) dan Kedah dengan 156,700 orang. ''Kajian itu juga menunjukkan lima destinasi tumpuan pelawat domestik ialah Zoo Taping & Night Safari, Teluk Batik, Pulau Pangkor, Taman Tasik Taiping dan Bukit Merah Lake Town," katanya pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama penggiat industri pelancongan dan media di pejabat Tourism Perak di sini. Noshamshida berkata, kajian tersebut menunjukkan kepentingan melancong ke destinasi percutian semakin meningkat di kalangan penduduk Malaysia. Katanya, bagi tahun lalu, bilangan pelancong domestik Malaysia adalah 39.5 juta orang meningkat sebanyak 24 peratus berbanding 2009 iaitu 31.8 juta. "Jumlah perbelanjaan pelancong domestik pada tahun lalu ialah RM23.8 bilion meningkat 18.6 peratus berbanding RM19.3 bilion pada 2009," ujarnya. Sementara itu, Norshamshida berkata, pihaknya akan meneruskan usaha mempromosi produk pelancongan di samping meneroka destinasi baru di negeri in seperti Pulau banding, Taiping, Kuala Sepetang, Kuala Kangsar, Pasir Salak, Homestay Gopeng, Bukit Gantang dan Kampung Beng. "Langkah yang diambil itu dapat membantu meluaskan publisiti bagi destinasi pelancongan sebelum Tahun Melawat Perak (TMP) tahun depan," katanya. |
Kucing seberat lapan kilogram jadi tumpuan Posted: Kucing seberat lapan kilogram jadi tumpuanKUCING milik Nor Mas Idayu (kanan) seberat 8 kilogram yang dipanggil dengan panggilan "comel" mendapat perhatian ramai ketika dipertandingkan pada Pertandingan Kucing Sihat Sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat Negeri Kedah di Alor Setar Mall, baru baru ini. ALOR SETAR 26 Sept. - Seekor kucing seberat lapan kilogram yang dimiliki oleh Cik Ahmad Din, 55, berjaya mencuri tumpuan ramai peminat haiwan itu pada Pertandingan Kucing Sihat Sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri Kedah di Alor Star Mall, baru-baru ini. Kucing itu yang dipanggil Comel merupakan baka kucing kampung dijumpai oleh Cik Ahmad kira-kira lima tahun lalu dalam keadaan lemah di tepi longkang berhampiran gerai makan dekat rumahnya di Tongkang Yard di sini. "Masa saya jumpa Comel kurus dan anak bongsu saya, Nor Mas Idayu, 11, yang menyuruh saya ambil Comel untuk dibela. "Berat kucing saya mula meningkat selepas tinggal dengan saya dan kini sudah mencapai lapan kilogram serta menjadi kucing kesayangan keluarga kami," ujarnya ketika ditemui di Alor Setar Mall di sini, baru-baru ini. Menurutnya, penjagaan kucing itu tidak rumit, namun Comel sangat cerewet dalam soal pemakanan. "Kucing saya tidak makan nasi, ikan yang digoreng dia tidak mahu makan dan hanya makan ikan yang direbus. "Selain ikan, saya juga bagi Comel makanan kucing setiap hari bagi memastikan dia sihat," jelasnya. Sementara itu, dalam pertandingan Kucing Sihat Sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan peringkat negeri Kedah itu, Comel muncul juara bagi kategori kucing sihat. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Utara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan