Selasa, 27 September 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


Tangani segera iklan ah long

Posted:

Tangani segera iklan ah long

Tangani segera iklan ah long

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 26 Sept. – Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) digesa membersihkan iklan ceti haram atau ah long yang semakin tidak terkawal di bandar raya ini.

Presiden Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia (PPPMM), A. Rahman Mahadi mendakwa, masalah iklan dan poster ah long semakin berleluasa dan boleh dilihat di banyak tempat awam.

"Pemandangan indah Bandaraya Johor Bahru sejak kebelakangan ini menyakitkan mata dan terganggu. Iklan ah long ditampal dan digantung di papan tanda, lampu isyarat, bangunan, tiang elektrik, pondok telefon, perhentian bas dan di mana-mana.

"Sungguh memalukan kepada pelancong luar apabila papan tanda menunjukkan kawasan bandar raya ini dicemari iklan ah long hingga menutup sebahagian besar lokasi yang dipaparkan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurutnya, masalah itu memberi imej yang tidak baik terhadap bandar raya ini dan negara amnya jika tidak diperangi dengan bersungguh-sungguh serta berterusan.

Beliau berkata, kewujudan iklan-iklan itu juga bukan perkara baru dan telah berlarutan sejak sekian lama walaupun MBJB melakukan pelbagai langkah untuk membanterasnya.

"Masalah ini seperti dilihat tiada jalan penyelesaian dan iklan-iklan ah long seolah-olah lebih berkuasa dan menguasai undang-undang tempatan berbanding MBJB," katanya.

Menurutnya, iklan-iklan ah long bukan sahaja ditampal sesuka hati di kawasan bandar raya tetapi juga di kampung dan kawasan perumahan yang biasanya menutup nama-nama jalan.

Tingkat penguatkuasaan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010

Posted:

Tingkat penguatkuasaan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010

Tingkat penguatkuasaan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010


BEBERAPA anggota Perhilitan membawa keluar harimau yang dirampas di Danga Bay Petting Zoo di Teluk Danga, Johor Bahru, baru-baru ini.


Saudara Pengarang,
PERTAMA sekali tahniah diucapkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) kerana usahanya 'menyelamatkan' kumpulan haiwan yang terdapat di zoo termasuklah di negeri ini.

Ini kerana jika diperhatikan, sesetengah zoo khususnya milik persendirian, keadaan persekitaran dan di dalam zoo tersebut agak menyedihkan.

Ada juga haiwan yang diletakkan di dalam sangkar yang terlalu kecil dan menyebabkan ia menjadi pasif, tidak seperti sifat sebenar haiwan berkenaan yang aktif dan agresif.

Lebih menyedihkan apabila terdapat orang utan yang ketagih rokok seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar baru-baru ini.

Melihat senario sebegini, adalah wajar Perhilitan mengambil langkah segera dengan 'menyelamatkan' haiwan-haiwan berkenaan.

Sebagai pencinta haiwan, saya juga menyokong Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 yang dibuat bagi melindungi dan membela nasib haiwan berkenaan.

Akta ini dengan jelas memberi peringatan kepada pengusaha zoo agar tidak hanya mengejar keuntungan semata-mata, sebaliknya, turut menjaga kebajikan haiwan berkenaan.

Mungkin pemilik zoo ini boleh mencontohi Zoo Melaka yang boleh dikatakan antara zoo terbaik di negara ini.

Ini kerana Zoo Melaka menyediakan kawasan yang luas untuk haiwan tersebut bergerak selain persekitarannya yang seolah-olah di habitat asal haiwan berkenaan.

Justeru, diharap supaya pengusaha zoo pada masa akan datang akan lebih prihatin terhadap perkara sedemikian. Sayangilah haiwan.

PENCINTA HAIWAN

Johor Bahru

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved