Khamis, 29 September 2011

Utusan Online - Sukan


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Sukan


Man. City gantung Tevez

Posted:

Man. City gantung Tevez

Man. City gantung Tevez


Gambar yang dirakam pada 23 Mei lalu menunjukkan Carlos Tevez di belakang Roberto Mancini sebelum satu perlawanan. Hubungan mereka bergolak ekoran tindakan Tevez yang enggan beraksi pada perlawanan Liga Juara-Juara di Munich, kelmarin. – AFP


MANCHESTER – Manchester City menggantung Carlos Tevez semalam sementara siasatan ke atas pemain itu berhubung keengganannya beraksi setelah dia diletakkan sebagai pemain gantian pada perlawanan Liga Juara-Juara di Bayern Munich seperti mana yang didakwa oleh pengurus, Roberto Mancini.

Mancini memberitahu pemberita, pemain Argentina itu tidak mengendahkan arahannya supaya memanaskan badan pada awal permainan babak kedua, kelmarin ketika tumpas 0-2.

Tevez tidak lagi berpeluang untuk beraksi selagi Mancini bergelar pengurus kelab.

Pemain Argentina itu yang sering diselubungi kontroversi, bagaimanapun menafikan dia enggan beraksi dan kelab Liga Perdana itu sedang menjalankan siasatan bagi mencari punca sebenar kemelut itu berlaku.

"Buat masa ini Tevez digantung sehingga diberitahu kelak dan jangka masa maksimum hukuman adalah selama dua minggu.

"Penggantungan pemain tersebut bertujuan membolehkan siasatan secara menyeluruh dilaksanakan berhubung salah lakunya ketika tewas 0-2 kepada Bayern Munich.

"Pemain itu juga tidak akan beraksi atau pun menyertai sebarang sesi latihan sementara siasatan dilaksanakan," kata kelab itu dalam kenyataannya menerusi laman web, mcfc.co. uk. – Reuters

Nasib berbeza Chelsea, Arsenal

Posted:

Nasib berbeza Chelsea, Arsenal

Nasib berbeza Chelsea, Arsenal

LONDON – Nasib berbeza dilalui dua wakil England pada Liga Juara-Juara semalam apabila Arsenal menang 2-0 ke atas Olympiakos manakala Chelsea yang berada di ambang kemenangan akhirnya seri 1-1 dengan Valencia akibat penalti pasukan lawan pada babak akhir perlawanan.

Dua watak menjadi tumpuan dalam kedua-dua perlawanan tersebut dengan aksi Frank Lampard mendapat pujian apabila menjaringkan gol Chelsea.

Namun, penalti pada lewat permainan yang disempurnakan pemain Valencia, Roberto Soldado menyebabkan Blues terpaksa akur dengan keputusan seri 1-1.

Di Stadium Emirates, pemain muda Arsenal, Alex Oxlade-Chamberlain memberikan impak pada perlawanan pertama Liga Juara-Juara ketika menentang Olympiakos apabila turut menjaringkan gol.

Dia turut melakar rekod sebagai penjaring termuda England dalam kejohanan Liga Juara-Juara. – Agensi

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved