Khamis, 29 September 2011

Utusan Online - Mahkamah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Pembunuh budak ke tali gantung

Posted:

Pembunuh budak ke tali gantung

Pembunuh budak ke tali gantung

Oleh SITI NOORALINA AHMAD
pengarang@utusan.com.my


KARIGALAN (kiri) menyatakan sesuatu kepada Rajamorgan selepas Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas pembunuh anaknya itu di Shah Alam, semalam. – Mohd. Shaharani Saibi


SHAH ALAM 29 Sept. – Keadaan di pekarangan Mahkamah Tinggi di sini kecoh seketika apabila bapa kepada kanak-kanak yang meninggal dunia dua tahun lalu 'menyerang' pembunuh anaknya sejurus tertuduh dijatuhi hukuman mati hari ini.

A. Karigalan, 43, menghampiri dan memarahi M. Rajamorgan, 33, dalam bahasa Tamil ketika tertuduh itu diiringi keluar oleh anggota polis selepas hukuman dijatuhkan.

Hakim Datuk Abdul Alim Abdullah menjatuhkan hukuman gantung hingga mati ke atas Rajamorgan selepas mendapati pihak pembelaan telah gagal menimbulkan sebarang keraguan munasabah terhadap pertuduhan itu.

Tertuduh disabit kesalahan membunuh K. Haresvarra di taman permainan kanak-kanak, Pangsapuri Vista Damansara, Jalan Kenanga, Kampung Sungai Kayu Ara di sini antara pukul 9.40 malam dan 10.10 malam, 3 Mac tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kira-kira pukul 12 tengah malam, 4 Mac tahun lalu akibat cedera parah di seluruh badan.

Antara kecederaan yang dialami mangsa seperti patah enam tulang rusuk, cedera parah di bahagian kepala, luka di kemaluan akibat diramas dengan kuat serta pecah hati.

Keterangan oleh pakar patologi menyatakan, kanak-kanak itu meninggal dunia akibat cedera parah di bahagian hati kerana tumbukan yang kuat di belakang badannya yang turut menyebabkannya hilang banyak darah.

Sepanjang perbicaraan seramai 10 saksi pendakwaan dan empat saksi pembelaan dipanggil memberikan keterangan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Harris Ong Mohd. Jeffery Ong manakala tertuduh diwakili oleh peguam bela Aida Mansor.

Karigalan ketika ditemu bual oleh pemberita berkata, dia dan isterinya sangat tertekan apabila dituduh membunuh anak mereka sendiri berikutan campur tangan oleh ahli politik yang menyebarkan dakwaan tersebut serta membuat laporan polis supaya siasatan dijalankan terhadap dia dan isterinya.

"Kami bersyukur dengan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini, walaupun saya dan isteri gembira tetapi anak kami tidak mungkin akan kembali dan oleh sebab itu saya sangat marah terhadapnya (tertuduh)," katanya.

Ibu tunggal terlepas hukuman mati

Posted:

Ibu tunggal terlepas hukuman mati

Ibu tunggal terlepas hukuman mati

PULAU PINANG 29 Sept. - Seorang ibu tunggal terlepas daripada hukuman mati di tali gantung setelah mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan pindaan memiliki 37.02 gram heroin yang disimpan di dalam peti simpanan sebuah bank di sini, tiga tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Nurmala Salim bagaimanapun menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun ke atas Lim Ah Moi, 51, mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) akta yang sama.

Beliau memerintahkan Ah Moi menjalani hukuman penjara tersebut berkuat kuasa mulai tarikh dia ditangkap pada 5 Disember 2008.

Anak sulung Ah Moi, Hwei Wen Chui, 30, yang turut didakwa atas tuduhan sama dilepas dan dibebaskan oleh mahkamah setelah tuduhan terhadapnya ditarik balik oleh pihak pendakwaan.

Mereka berdua tidak menunjukkan sebarang reaksi apabila hukuman tersebut dibacakan kira-kira pukul 3.30 petang.

Mereka yang diwakili peguam K. Simon Murali sebelum ini didakwa mengikut tuduhan asal Seksyen 39B(1)(a) akta itu bagi kesalahan itu dan jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman gantung sampai mati.

Mengikut pertuduhan pindaan, kedua-dua mereka didakwa memiliki heroin berkenaan kira-kira pukul 11.20 pagi, 5 Disember 2008 di No. 44, RHB Bank Bhd., Lebuh Pantai di sini.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved