Utusan Online - Muka Hadapan |
Posted: Hutang perubatan tinggi* Lebih 36,000 rakyat negara ini menanggung beban hutang yang tinggi sehingga terpaksa merujuk kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akibat gagal melunaskan hutang rawatan perubatan. * Kebanyakan mereka yang berumur antara 20-an dan 50-an itu secara purata pula mengambil masa maksimum 10 tahun untuk melangsaikan hutang berkenaan. * Trend berhutang untuk membayar kos rawatan perubatan semakin meningkat setiap tahun sejak AKPK diperkenalkan. * Berikutan hospital swasta enggan menerima pesakit yang tidak mempunyai deposit, menyebabkan mereka terpaksa menggunakan kad kredit tetapi tidak membayar balik hutang yang dibuat. Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp |
111 terima tajaan tunai haji 1MDB Posted: 111 terima tajaan tunai haji 1MDBOleh NORLIZA ABD. RAHMAN dan NAZMIL NASIRUDDIN NAJIB Tun Razak menyampaikan surat tawaran kepada bakal-bakal haji pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Menunaikan Fardu Haji 1432H tajaan Yayasan 1MDB di Sri Perdana, Putrajaya semalam. - UTUSAN/HANAFI KHAMIS PUTRAJAYA 19 Sept. - Seramai 111 pemimpin masyarakat terdiri daripada imam dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dipilih menerima tajaan menunaikan fardu haji tahun ini oleh Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, tajaan untuk 57 imam dan 54 pengerusi JKKK itu bertujuan menghargai jasa, peranan serta sumbangan mereka terhadap agama, bangsa dan negara. Menurut beliau, sudah menjadi hasratnya sejak memegang jawatan nombor satu negara untuk melaksanakan program tersebut dan bersyukur kerana ia dapat disempurnakan mengikut kemampuan kerajaan. ''Untuk memartabatkan kedudukan dan kebajikan imam-imam serta ketua kampung, langkah yang kerajaan ambil ialah dengan menaikkan elaun imam dan pengerusi JKKK supaya tidak berada di paras kemiskinan," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyerahan surat tawaran mengerjakan haji anjuran Yayasan 1MDB di Sri Perdana, di sini hari ini. Hadir sama Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Pengarah Urusan Tabung Haji, Datuk Isme Ismail. Perdana Menteri berkata, kerajaan berhasrat menjadikan skim tersebut sebagai program tahunan bagi membantu mereka yang kurang berkemampuan menunaikan rukun Islam kelima. ''Semasa di Padang Arafah nanti tolong doa untuk negara supaya Malaysia terus aman, makmur dan rakyat mendapat rahmat dari Allah SWT. ''Saya juga berharap agar bakal-bakal haji ini dapat mengerjakan ibadat dalam keadaan yang sempurna dan dianugerahkan haji mabrur di tanah suci," katanya. Pada majlis tersebut, Najib turut mengumumkan pemberian RM1,000 sebagai wang saku kepada semua bakal haji berkenaan. Kos menunaikan fardu haji tahun ini ialah RM9,980 dan program tajaan itu adalah pertama kali dianjurkan oleh 1MDB. |
Posted: Barat patut contohi MalaysiaOleh ABD. HALIM HADI TALIB KUALA LUMPUR 19 Sept. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad (gambar) berpendapat Amerika Syarikat (AS) dan Britain patut mencontohi Malaysia memansuhkan undang-undang tahanan tanpa bicara seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang masih menjadi amalan di negara terbabit. Beliau berkata, dunia Barat yang dahulu mengkritik hebat penggunaan ISA di negara ini harus mengakui keterbukaan undang-undang dan mengikut jejak langkah Malaysia. "Pemansuhan ISA membuktikan negara kita kini berada pada kedudukan yang tinggi dari segi moral. "Bahkan kita juga lebih terbuka berbanding Barat dengan memansuhkan undang-undang tersebut," katanya pada majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran Kelab CheDet.Com, di sini hari ini. Sehubungan itu, Mahathir juga mahu kedua-dua negara menghentikan undang-undang penyeksaan serta membebaskan semua tahanan di Kem Guantanamo dan Abu Ghraib. Katanya, sebagai negara yang mewarisi undang-undang tinggalan penjajah itu, rakyat negara ini berhak mendesak AS dan Britain supaya memansuhkan undang-undang penahanan tersebut. "Dulu mereka menuduh kita zalim apabila melaksanakan ISA tetapi sudah terbukti apa yang dilakukan mereka di kem tahanan Kem Guantanamo dan Abu Ghraib jauh lebih kejam," katanya. Beliau yang menyokong penuh pemansuhan ISA oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini itu bagaimanapun mengingatkan kerajaan supaya lebih berwaspada terhadap desakan dan tindakan golongan ekstrem perkauman di negara ini. "Saya khuatir mereka akan menggunakan kebebasan ini untuk mengambil kesempatan dan niat jahat," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Muka Hadapan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan