Ahad, 18 September 2011

Utusan Online - Mahkamah


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Mahkamah


Kes liwat: Pakar asing dijangka terus pertikai keterangan pakar tempatan

Posted:

Kes liwat: Pakar asing dijangka terus pertikai keterangan pakar tempatan

Kes liwat: Pakar asing dijangka terus pertikai keterangan pakar tempatan

KUALA LUMPUR 18 Sept. - Prosiding pembelaan dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan bersambung esok di Mahkamah Tinggi di sini dengan pakar asid deoksiribonukleik (DNA) dari Australia, Dr. Brian McDonald dijangka terus mempertikaikan keterangan dua ahli kimia tempatan.

McDonald iaitu pakar asing kedua yang ditampilkan oleh barisan pembelaan Ketua Pembangkang itu seperti keterangannya sebelum ini akan 'mencari kesilapan' laporan dan ujian yang dibuat oleh Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon demi mematahkan keterangan kedua-dua saksi pendakwaan tersebut.

Perunding Molecular Genetic System, Australia itu sehingga kini telah memberi keterangan di peringkat pemeriksaan utama oleh peguam bela, Ramkarpal Singh selama dua hari mulai 25 dan 26 Ogos lalu.

Apabila selesai peringkat tersebut, saksi pembelaan keempat itu akan disoal balas pula oleh pasukan pendakwaan sebelum pemeriksaan semula oleh Ramkarpal.

Semasa McDonald memberi keterangan, Lay Hong yang merupakan Ketua Unit Jenayah Berat, Bahagian DNA Divisyen Forensik, Jabatan Kimia turut hadir bagi membantu pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden.

Pada perbicaraan peringkat pendakwaan sebelum ini, Lay Hong mengesahkan terdapat kehadiran air mani Lelaki Y yang merupakan penyumbang utama dalam dubur pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Nor Aidora dalam keterangannya pula menyatakan bahawa penyumbang DNA tersebut adalah sepadan dengan DNA Anwar.

Anwar, 64, dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya yang berusia 26 itu di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Pada 16 Mei lalu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah memerintahkan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu memberi keterangan bela diri setelah memutuskan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie atas pertuduhan tersebut.

Anwar pada 22 Ogos lepas mengejutkan semua pihak apabila memilih untuk memberi keterangan bela diri dari kandang tertuduh tanpa mengangkat sumpah menyebabkan pasukan pendakwaan terlepas peluang untuk menyoal balas Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Beliau yang memfailkan saman fitnah terhadap Mohd. Saiful Bukhari, dua hari selepas pemuda itu membuat laporan polis pada 28 Jun 2008, sebaliknya hanya menggunakan kesempatan membela diri dengan membacakan pernyataan bertulis yang antara lain menyalahkan hakim selain menuduh pasukan pendakwaan tidak profesional.

Edar dadah: Penganggur berdepan hukuman gantung

Posted:

[unable to retrieve full-text content]KUALA TERENGGANU 18 Sept. - Seorang penganggur berhadapan dengan hukuman mati di tali gantung apabila dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mengedar dadah.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved