Ahad, 18 September 2011

Utusan Online - Johor


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Johor


RM2j baiki infrastruktur

Posted:

RM2j baiki infrastruktur

RM2j baiki infrastruktur

Oleh HANIZA HASSAN
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 17 Sept. - Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) memperuntukkan sehingga RM2 juta setahun bagi membaik pulih kemudahan dan infrastruktur yang rosak akibat vandalisme termasuk tampalan iklan ceti haram atau ah long.

Datuk Bandar, Burhan Amin berkata, jumlah tersebut digunakan antaranya untuk membaiki telefon awam, penutup besi tiang lampu dan mengecat semua permukaan yang ditutupi oleh iklan ah long.

Beliau berkata, setiap bulan pihaknya menganggarkan kira-kira 1,000 iklan tidak berlesen diturunkan termasuk iklan ah long dan jawatan kosong.

"Jumlah peruntukan tersebut dapat digunakan untuk pembangunan sekiranya orang ramai lebih peka terhadap kegiatan vandalisme apatah lagi ia melibatkan peruntukan yang semakin meningkat setiap tahun.

"Pembangunan yang lebih banyak boleh dilaksanakan di bandar raya ini tambahan pula bagi mencapai objektif Bandar Raya Dalam Taman," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, baru-baru ini.

Burhan berkata, kerjasama orang ramai amat diperlukan bagi membendung kegiatan vandalisme supaya tidak terus berleluasa.

"Orang awam perlu menjadi mata dan telinga bukan sahaja kepada pihak berkuasa, namun perlu menjadi sebahagian tulang belakang MBJB supaya kecemerlangan dapat dikongsi bersama," katanya.

Menurutnya, MBJB juga boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menampal atau menggantung iklan haram di bawah Undang-Undang Kecil Vandalisme (MBJB) 2003.

"Sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya," katanya.

Tiga kaum bergabung beri bantuan

Posted:

Tiga kaum bergabung beri bantuan

Tiga kaum bergabung beri bantuan


Mok Chek Hou (dua dari kanan) bersama Gubachen Singh (kanan), Mohd. Nasir Ahmad (dua dari kiri) dan Lim Tai Chun (tengah) melawat Mohd. Adi Alfam Benny Karmilan di Johor Bahru, semalam.


JOHOR BAHRU 17 Sept. - Inisiatif penghuni Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Stulang di sini yang terdiri daripada pelbagai kaum dalam membantu orang kelainan upaya (OKU), seharusnya diberi pujian.

Usaha murni penghuni Melayu, Cina dan India PPR tersebut wajar dijadikan contoh, sekali gus mencerminkan perpaduan semangat 1Malaysia.

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia semalam, mereka menziarahi dan menyampaikan sumbangan kepada kanak-kanak OKU, Mohd. Adi Alfam Benny Karmilan, 13, yang kini terlantar di rumah akibat penyakit Subacute Sclerosing Panencephalitis (SSPE) atau masalah dengan urat saraf.

Kunjungan ke Blok E, PPR Sri Stulang itu diketuai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Stulang, Mok Chek Hou bersama Ketua UMNO Cawangan Rumah Pangsa Bukit Chagar, Mohd. Nasir Ahmad; Pengerusi MIC Cawangan Jalan Vijaya, Gubachen Singh dan Peniaga Kedai Runcit PPR Stulang, Lim Tai Chun.

Menurut Chek Hou, inisiatif penghuni itu amat bertepatan dengan gagasan 1Malaysia iaitu memaparkan keprihatinan tanpa mengira latar belakang dan kaum.

"Usaha sebegini harus dikembang dan dipertingkatkan lagi serta wajar diberi pujian dan dijadikan contoh kepada masyarakat Malaysia berbilang kaum yang menyampaikan sumbangan tanpa mengira latar belakang.

"Kita juga akan berusaha mengenal pasti dan membantu keluarga adik Mohd. Adi Alfam kerana banyak ruang dan peluang yang boleh kita berikan bagi membolehkan dia dapat mengecapi nikmat kehidupan seperti kanak-kanak lain," katanya.

Bagi Tai Chun, 63, selama 28 tahun berniaga di kawasan berkenaan, dia amat mengenali keluarga Mohd. Adi Alfam yang telah tiga tahun menetap di PPR tersebut.

"Sumbangan ini adalah bantuan peribadi. Saya tidak keberatan untuk membantu meringankan beban keluarga tersebut," katanya.

Sementara itu, bapa Mohd. Adi Alfam iaitu Benny Karmilan Abdul Wahab berkata, sumbangan wang tunai itu benar-benar dapat mengurangkan bebanan kewangan keluarganya.

"Saya bersyukur sejak Mohd. Adi Alfam disahkan menghidap penyakit ini, kami banyak menerima bantuan pelbagai pihak," kata peniaga gerai makanan yang mempunyai empat anak itu.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved