Ahad, 18 September 2011

Utusan Online - Dalam Negeri


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Dalam Negeri


Elak program 'syok sendiri'

Posted:

Elak program 'syok sendiri'

Elak program 'syok sendiri'

Oleh HELMI MOHD. FOAD dan MOHD. KHUZAIRI ISMAIL
pengarang@utusan.com.my


Najib Tun Razak bersama pimpinan tertinggi komponen BN melafazkan ikrar deklarasi pada majlis penutup Konvensyen BN Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, semalam. - BERNAMA


SHAH ALAM 17 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) agar tidak melaksanakan program 'syok sendiri' seterusnya memberi laporan tidak tepat tentang bacaan politik di sesuatu kawasan sehingga menjejaskan usaha merampas kembali Selangor daripada pembangkang.

Perdana Menteri sebaliknya berkata, mereka perlu memastikan program yang dijalankan menepati strategi meraih sokongan rakyat terutama pengundi muda yang bakal mengundi buat kali pertama dalam pilihan raya umum akan datang.

"Jangan kita syok sendiri...apabila buat program Juara Rakyat, (laporan dibuat) kami ada perhimpunan 300 orang dan kesimpulannya program berjaya. Kemudian laporan dihantar ke ibu pejabat, diproses serta dihantar kepada Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

"Siapa 300 orang itu, saya sudah tahu. Sudah 35 tahun dalam politik, saya tahu permainannya. Anda tahu apa yang saya tahu, saya tidak pakai laporan seumpama itu, tetapi kalau 300 itu bukan ketua cawangan dan penyokong tegar atau yang dahulu menentang kita, itu berbaloi," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi BN berkata demikian dalam ucaptama perasmian Konvensyen BN Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar; Pengerusi Konvensyen BN Selangor, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed dan pemimpin-pemimpin parti komponen.

Perdana Menteri mengingatkan pemimpin parti bahawa beliau mengetahui status kebenaran sesuatu laporan yang disediakan dan memberi amaran agar mereka tidak membuat laporan yang menipu diri sendiri atau pemimpin atasan.

"Bagi laporan (semua) putih, kalau kelabu jangan kata putih, kalau hitam jangan kata kelabu, mesti beritahu betul-betul. Kalau program itu bukan sahaja output tetapi outcome. Laporan macam dulu tidak boleh pakai lagi sebaliknya dengan tindakan dan penilaian tepat dan jujur," katanya.

Najib berkata, laporan terhadap program-program yang dilaksanakan itu bukan dibuat sekadar ingin menyedapkan hati sahaja seperti yang berlaku pada 2008.

"Kita rasa kita cukup kuat tetapi kalau laporan kita betul, kita tidak akan kalah di Selangor kerana jika ada laporan tepat kita boleh buat tindakan pemulihan. (Sebaliknya) Kita tidak buat (laporan tepat) kerana rasa tidak mungkin kalah, itu rangka pemikiran kita bahawa tiada siapa fikir kita akan kalah di Selangor," katanya.

Dalam pada itu di hadapan lebih 3,000 peserta konvensyen, beliau menyeru agar semangat permuafakatan antara kaum yang selama ini dilaksanakan dalam BN terus disemarakkan dengan semua pemimpin menghayati bahawa perjuangan mereka adalah untuk kepentingan semua kaum.

Justeru, beliau meminta seluruh ahli dan kepimpinan BN agar membuka minda terhadap realiti politik semasa yang menuntut mereka tidak hanya memperjuangkan kepentingan kaum dan kelompok masing-masing.

"Dalam konteks negeri Selangor tidak mungkin kalau kita ada pertimbangan kepada mentaliti silo iaitu menjaga (kepentingan) satu-satu kaum sahaja. Realiti politiknya adalah tidak mungkin kita boleh berjaya dan membentuk kerajaan kalau BN berdiri atas sokongan satu kaum sahaja," katanya.

Beliau menegaskan, pemimpin BN yang tulen akan menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang susah tanpa mengira kaum dan warna kulit dengan terus 'menerpa' ke hadapan membantu sekiranya golongan itu layak diberi pertolongan.

'Elak sengketa, sokong siapa sahaja jadi calon'

Posted:

'Elak sengketa, sokong siapa sahaja jadi calon'

'Elak sengketa, sokong siapa sahaja jadi calon'

SHAH ALAM 17 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mahu seluruh kepimpinan Barisan Nasional (BN) di negeri ini membuat akujanji memastikan tiada lagi sengketa dalaman atau sesama parti komponen sebagai syarat untuk menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 sekali gus membolehkan kembali memerintah di Selangor.

Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN dalam nada tegas memberi peringatan agar mereka mengambil pengajaran pahit daripada kekalahan di Selangor dalam Pilihan Raya Umum 2008 dengan bangkit semula melakukan tindakan yang dapat mengembalikan semula sokongan rakyat.

Namun, beliau melahirkan kebimbangan kerana tamparan pada 2008 masih tidak diambil pengajaran oleh segelintir pemimpin apabila masih asyik memikirkan kedudukan jawatan dalam parti berbanding memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya.

"Marah...rasa nak marah kerana kita tidak belajar daripada pelajaran pahit, kita dibuai dengan keselesaan kerana ada kerajaan Pusat.

"Nauzubullilah, kalau tidak ada (kerajaan Pusat) maka penghinaan yang kita terima lagi dahsyat, sebaliknya hari ini hendak minta apa sahaja boleh sebab ada 'bapa' (kerajaan Pusat), boleh merayu dan tunjuk muka sedih minta peruntukan.

"Sepatutnya kita tidak semata-mata melaungkan mahu rampas balik Selangor tetapi kita mesti melaungkan bahawa kita sudah insaf dengan pengajaran yang pahit itu, kita nak bangun semula dengan kekuatan baharu," katanya.

Beliau memberi peringatan tersebut di hadapan lebih 3,000 pemimpin BN dari pelbagai peringkat dalam ucaptama perasmian Konvensyen BN Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini hari ini.

Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, ujian paling besar yang perlu dihadapi wakil-wakil rakyat sedia ada ialah mereka perlu bersedia untuk melepaskan jawatan itu kepada calon lain yang berpotensi menang dalam pilihan raya.

Beliau juga melontarkan pertanyaan secara terbuka adakah mereka sanggup tidak menjadi calon dan cabarannya itu disambut seluruh kepimpinan BN negeri bahawa mereka bersedia berbuat demikian.

Najib juga mahu semangat yang ditunjukkan dalam konvensyen tersebut ditunjukkan dalam masyarakat iaitu BN merupakan sebuah parti yang boleh diletakkan harapan bagi menjamin masa depan rakyat negara ini.

"Kalau rangka pemikiran kita sedemikian rupa, kalau yakin dengan prinsip BN, kalau diserahkan kepada pucuk pimpinan untuk menentukan calon dan kalau tidak kecil hati serta merajuk dan sabotaj (sebaliknya), kita sokong habis-habisan.

"Kalau ada semangat itu, kita akan lahirkan semangat mengangkat BN sebagai pemerintah di negeri ini. Kalau kita jujur dan ikhlas pegang prinsip tadi, Tuhan akan berikan kemenangan apabila sampai waktunya," katanya.

Najib yang mengingatkan bahawa pilihan raya umum sudah semakin dekat mahu semua pemimpin dan ahli BN agar merapatkan barisan, mengetatkan mana yang longgar dan menyelesaikan masalah secara baik.

Ini kerana, beliau tidak mahu BN menerima nasib malang dan sukar kembali memerintah negeri ini sekiranya parti-parti pembangkang terus dapat mencengkam sekali gus menukar landskap politik negara.

"Sesiapa yang tidak belajar dari sejarah, sejarah akan hukum dia sekali lagi. Kita sudah alami sejarah pahit, jangan hendaknya berulang kembali," katanya.

Mansuh ISA: Jangan cuba raih keuntungan politik

Posted:

Mansuh ISA: Jangan cuba raih keuntungan politik

Mansuh ISA: Jangan cuba raih keuntungan politik

SHAH ALAM 17 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berharap tiada pihak cuba meraih keuntungan politik daripada pengumuman mengenai pemansuhan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dibuatnya kelmarin.

Beliau menegaskan, hasrat untuk meminda undang-undang pencegahan itu telah diutarakan semasa beliau baru mengambil alih jawatan Perdana Menteri dua tahun lalu.

"Jadi jangan ada orang yang hendak claim credit kononnya pengumuman saya dua malam lalu adalah kerana hasil perjuangan mereka. Ini bukan hasil perjuangan mereka. Ini adalah keputusan kerajaan Barisan Nasional (BN) kerana kita mendengar suara dan isi hati rakyat yang inginkan perubahan," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis mesra pemimpin-pemimpin BN sempena Program Sirih Pulang ke Gagang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Perdana Menteri berharap perubahan yang dilakukan itu akan meletakkan negara di landasan yang kukuh dalam membentuk demokrasi yang lebih progresif serta terbuka.

Menurutnya, ia juga mencerminkan keinginan kerajaan untuk mewujudkan keseimbangan di antara keterbukaan dan hak asasi manusia di samping menjaga kepentingan awam dan rakyat jelata.

"Inilah gambaran masyarakat kita yang saling menghormati dan membantu antara satu sama lain. Kita juga akan membentuk negara yang menjaga kepentingan umum dan hak asasi manusia kerana masyarakat kita sudah tinggi taraf pendidikannya dan mereka menuntut pembaharuan yang boleh menjamin masa depan," tambah beliau.

Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved