Selasa, 19 Julai 2011

Utusan Online - Utara


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Utara


Peniaga bantah lokasi acara

Posted:

Peniaga bantah lokasi acara

Peniaga bantah lokasi acara


Jafree Don (kanan) bersama peniaga yang beroperasi di sekitar Stadium Darul Aman membantah penganjuran kejohanan lumba motosikal Cup Prix berhampiran stadium berkenaan yang didakwa merugikan mereka di Alor Setar, semalam.


ALOR SETAR 18 Julai - Peniaga gerai dan bazar malam di Stadium Darul Aman di sini membantah tindakan kerajaan negeri membenarkan kejohanan motosikal di kawasan itu pada 22 dan 23 Julai ini yang didakwa menjejaskan perniagaan mereka.

Pengerusi Persatuan Penyewa Gerai Stadium Darul Aman, Jafree Don yang mewakili lebih 123 peniaga mendakwa mereka menanggung kerugian keseluruhan RM1 juta disebabkan laluan masuk ke situ ditutup dalam tempoh seminggu sebelum dan selepas acara.

Kata Jafree, sebagai tanda rasa tidak puas hati mereka sepakat menyerahkan memorandum bantahan kepada kerajaan negeri selaku penganjur bersama kejohanan itu bagi mencadangkan ia dipindahkan ke kawasan lain.

"Kami mendapat maklumat tentang kejohanan tersebut sejak Mac lalu dan seterusnya menghantar surat kepada kerajaan negeri termasuk pejabat Menteri Besar, Majlis Bandaraya Alor Setar dan pihak pengurusan stadium.

"Rasional tindakan kami wajar kerana ini bukan kali pertama kami berdepan dengan masalah yang sama tetapi sudah tiga kali di mana perniagaan kami memang terjejas teruk kerana tiada pelanggan memandangkan jalan sekitar stadium ini ditutup," katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Menurut beliau, surat tersebut bagaimanapun tidak mendapat sebarang maklum balas daripada pihak terbabit.

"Jadi kami tidak mempunyai jalan lain selain ingin bersemuka dengan kerajaan negeri bagi menjelaskan masalah kami selain menuntut supaya pihak penganjur membayar pampasan pada kadar munasabah kepada semua peniaga terbabit," katanya.

Selain itu, jelasnya, penutupan beberapa jalan utama di sekitar stadium seperti Jalan Stadium, Lebuhraya Darul Aman dan Jalan Bakar Bata itu telah menjejaskan pergerakan lalu lintas selain kesesakan teruk yang menyusahkan orang ramai.

"Kita berharap kerajaan negeri bersikap prihatin dalam perkara ini bukan saja kepada peniaga tetapi orang ramai.

"Masih terdapat lokasi lain yang lebih sesuai untuk dijadikan venue acara seperti Stadium Suka Menanti dan kawasan Jubli Intan," katanya yang memiliki perniagaan agensi pelancongan di kawasan itu.

Dalam pada itu, seorang peniaga, Syed Abdullah Syed Hussein, 57, berharap, kerajaan negeri membantu kebajikan peniaga di kawasan tersebut memandangkan kerugian yang bakal ditanggung mereka.

"Jika tidak berniaga sehari saya akan rugi lebih RM1,000 tetapi kalau buka perniagaan pun apa gunanya kerana pelanggan susah untuk datang memandangkan laluan ke sini ditutup.

"Walaupun acara cuma dua hari namun, kesannya akan dirasai hampir seminggu memandangkan persediaan akan berlangsung beberapa hari tarikh itu lagi," katanya yang berniaga di premis makanan di kawasan tersebut sejak 20 tahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Program Anak Emas Pulau Pinang hanya pancing undi rakyat

Posted:

Program Anak Emas Pulau Pinang hanya pancing undi rakyat

Program Anak Emas Pulau Pinang hanya pancing undi rakyat

PULAU PINANG 18 Julai - Program Anak Emas Pulau Pinang yang diperkenalkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang disifatkan hanya sebagai strategi untuk 'memancing' undi rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Zainal Abidin Osman berkata, sekiranya kerajaan negeri ikhlas, program tersebut sepatutnya disediakan untuk semua rakyat dan bukannya berdasarkan syarat-syarat tertentu.

Menurutnya, tindakan itu jelas menunjukkan kerajaan DAP Pulau Pinang kini berada dalam keadaan terdesak sehingga sanggup mengamalkan taktik politik sogokan dengan berselindung di bawah program sedemikian.

"Kalau sumbangan tersebut ikhlas, sepatutnya ia diberikan kepada semua rakyat tanpa syarat tertentu.

"Mengapa harus diberi kepada pengundi yang berdaftar di negeri ini sahaja? Ini memperlihatkan bagaimana wang digunakan oleh kerajaan negeri di bawah pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk meraih undi dengan cara yang tidak telus," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program Ramah Mesra Dengan Penduduk Air Itam anjuran Jawatankuasa Kerja Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang di sini hari ini.

Zainal Abidin mengulas program Anak Emas Pulau Pinang yang diperkenalkan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang baru-baru ini.

Di bawah program tersebut, setiap bayi yang dilahirkan di negeri ini akan menerima RM100.

Bagaimanapun, ia hanya layak diberikan jika salah seorang ibu atau bapa bayi telah berdaftar sebagai pengundi di negeri ini selain pendapatan isi rumah keluarga tidak melebihi RM4,000 sebulan.

Zainal Abidin menambah, BN tidak pernah mengamalkan pendekatan sedemikian sebaliknya berlandaskan kepada kesamarataan.

Terdahulu, beliau meluangkan masa kira-kira sejam bersama para peniaga di Pasar Air Itam di samping mengedarkan lebih 5,000 beg mesra alam kepada mereka dan pengunjung.

Hadir sama timbalannya, Datuk Musa Sheikh Fadzir; Setiausaha BN negeri, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya dan Pengerusi PPP negeri, Datuk Dr. Loga Bala Mohan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Cara guna peruntukan dipertikai

Posted:

Cara guna peruntukan dipertikai

Cara guna peruntukan dipertikai

ALOR SETAR 18 Julai – Tindakan kerajaan Pas Kedah hanya menggunakan RM54 juta daripada RM147 juta peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat pada tahun lalu untuk menyelenggara jalan raya, dipertikaikan kerana peruntukan itu sepatutnya digunakan sepenuhnya untuk tujuan tersebut.

Ketua Pembangkang Barisan Nasional, Datuk Mahdzir Khalid (BN-Pedu) berkata, lebihan yang besar jumlahnya itu tidak sepatutnya dimasukkan ke dalam tabung amanah kerana masih banyak jalan di negeri ini yang perlu diselenggarakan.

"Kenapa lebihan itu tidak digunakan, kalau ya pun lebih sebab dibelanja mengikut bajet, pihak kerajaan negeri boleh bawa semula ke dalam dewan untuk kelulusan sebagai bajet tambahan.

"Kami nak kerajaan negeri jelaskan kepada rakyat ke mana perginya peruntukan itu yang kononnya disimpan dalam tabung amanah jalan raya," katanya ketika ditemui pemberita selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini, hari ini.

Mahdzir mengulas kenyataan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang memberitahu persidangan berkenaan bahawa lebihan peruntukan yang disalurkan oleh Kerajaan Pusat kepada Kedah untuk menyelenggara jalan raya bagi 2010 dimasukkan ke dalam tabung amanah.

Azizan (Pas-Sungai Limau) berkata, ini kerana peruntukan yang dikeluarkan untuk menyelenggara jalan raya di negeri ini adalah berdasarkan bajet yang telah dipersetujui dalam dewan.

Kata Azizan, kerajaan negeri tidak boleh membelanjakan wang berkenaan sesuka hati walaupun lebihannya masih banyak, sebaliknya perlu mengikut bajet yang telah diluluskan.

"Kita tak pernah ubah (cara belanja)... kita belanja macam mana kerajaan dulu juga belanja," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah (BN-Bakar Bata) yang mempersoalkan lebihan peruntukan oleh Kerajaan Pusat itu.

Terdahulu ketika menjawab soalan daripada Ahmad Bashah, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Phahrolrazi Zawawi berkata, kerajaan negeri menerima peruntukan RM147.6 juta bagi 2010 untuk menyelenggara jalan, namun daripada jumlah itu hanya RM54.3 juta digunakan dan ia berdasarkan bajet yang telah diluluskan.

"Bagi 2011, sebanyak RM73.8 juta peruntukan diterima dan sehingga Mei 2011 sebanyak RM21.4 juta telah digunakan untuk menyelenggara jalan raya di negeri ini," katanya.

Ahmad Bashah berkata, kerajaan negeri perlu lebih telus dalam perkara tersebut kerana rakyat berhak mengetahui ke mana perginya baki wang itu yang mencecah hampir RM100 juta.

"Banyak aduan mengatakan jalan-jalan raya tidak diselenggara dan berlubang-lubang tetapi duit yang disediakan Kerajaan Pusat tidak digunakan untuk membaiki jalan maka kita persoalkan di mana duit baki itu" katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved