Selasa, 19 Julai 2011

Utusan Online - Timur


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Timur


Jangan hancurkan keamanan

Posted:

Jangan hancurkan keamanan

Jangan hancurkan keamanan

Oleh HAPIZAH AZIZ
utusankelantan@utusan.com.my


Muhammad Abd. Ghani menyampaikan sumbangan kepada bekas anggota tentera yang cacat di Kota Bharu, baru-baru ini.


KOTA BHARU 18 Julai - Beberapa bekas anggota tentera yang hilang anggota akibat bertempur dengan komunis ketika mempertahankan keamanan tanah air, sedih dengan tindakan pihak tertentu yang cuba mengganggu-gugat keselamatan negara.

Mereka turut menasihatkan masyarakat terutama generasi muda supaya lebih rasional dalam tindak-tanduk mereka dengan tidak terbabit dalam sebarang kegiatan sehingga menghancurkan keamanan dan masa depan negara.

Ibrahim Awang Zakaria, 70, berkata, dia sangat sedih dengan tindakan sesetengah pihak yang sewenang-wenangnya cuba mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara tanpa memikirkan kesan buruk yang akan timbul.

Beliau yang putus kaki kanan berkata, tindakan mereka itu seolah -olah memandang remeh pengorbanan anggota tentera terdahulu dalam mewujudkan suasana aman sebagaimana dinikmati sekarang.

"Saya tidak kesal mengalami kecacatan terputus kaki akibat terpijak jerangkap samar semasa membuat rondaan di Grik pada 1969.

"Bukan mudah untuk mewujudkan negara berdaulat dan merdeka kerana ia menuntut pelbagai pengorbanan termasuk masa dan wang ringgit," katanya selepas menerima sumbangan daripada Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abd. Ghani di sini, kelmarin.

Mohd. Hassan Salleh, 62, pula berkata, dia memilih untuk menjadi tentera semata-mata mahu berbakti dalam menjaga keamanan negara, selepas terdapat gerakan subversif yang cuba merosakkan keselamatan tanah air.

"Melihat keadaan sekarang, ada pihak yang tidak menilai erti sebuah keamanan apabila cuba mengganggu-gugat sehingga kehidupan rakyat boleh terjejas," katanya yang putus kaki kanan.

Bagi Mohd. Noor Che Mat, 61, yang cacat tangan kanan pula, kesal melihat sesetengah golongan masyarakat yang hanya mahu mewujudkan suasana tidak aman dalam negara.

"Mereka seolah-olah tidak mahu melihat negara dalam keadaan aman dengan rakyat dapat menjalani kehidupan seharian dalam suasana harmoni.

"Saya dukacita kerana mereka tidak mahu menghargai pengorbanan semua pihak terutama bekas perajurit dalam mewujudkan suasana aman dan damai, yang jika silap sedikit dapat dimusnahkan dalam sekelip mata sahaja," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Banci: JPM mohon kerjasama 33,237 firma

Posted:

Banci: JPM mohon kerjasama 33,237 firma

Banci: JPM mohon kerjasama 33,237 firma

Oleh WAN ZULKIFLI WAN YAACOB
pengarang@utusan.com.my

KUALA TERENGGANU 18 Julai - Sebanyak 33,237 firma dan perniagaan tempatan serta asing di negeri ini akan terlibat dalam Banci Ekonomi (BE) 2001 Jabatan Perangkaan Malaysia (JPM) bermula bulan ini sehingga November depan.

Pengarah JPM negeri, Mohd. Suhaimi Mohd. Yunus (gambar) memberitahu, sejumlah 70 pegawai akan ditugaskan di lapangan mengendalikan bancian yang dilakukan serentak di seluruh negara bersama Banci Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

''BE 2011 ini merupakan kali ketiga yang dikendalikan setiap lima tahun. Ia dijalankan bersama Banci PKS ini kerana 95 peratus organisasi yang ada terdiri daripada PKS dan ini boleh menjimatkan kos," ujarnya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, organisasi-organisasi sasaran adalah yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Jabatan Pendaftaran Pertubuhan dan badan pendaftaran lain seperti badan profesional, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan dan persatuan-persatuan perniagaan.

Menurut beliau, banci itu juga merangkumi organisasi dalam sektor utama ekonomi negara, pertanian, perlombongan dan kuari, pembuatan, pembinaan, alam sekitar dan perkhidmatan.

''BE 2011 ini penting bagi mendapatkan maklumat lengkap tentang struktur dan profil kegiatan ekonomi yang akan digunakan dalam merumuskan rancangan pembangunan negara dan dasar-dasar ekonomi.

''Data-data itu juga digunakan sebagai petanda aras bagi kompilasi Akaun Negara serta mengemaskinikan daftar pertubuhan pusat dalam Jabatan Perangkaan," katanya.

Beliau menjelaskan, data-data tentang PKS yang diperoleh akan menjadi pangkalan data tentang PKS untuk memantau dan menilai sumbangan PKS kepada ekonomi keseluruhannya.

Banci itu dikendalikan melalui mel, temu bual dan tugas lapangan di mana borang soal selidik mengandungi 52 soalan utama itu boleh juga dimuat turun daripada laman sesawang di alamat www.statistics.gov.my.

''Sebagai jaminan kepada organisasi-organisasi itu tentang kerahsiaan, banci itu akan dikendalikan di bawah peruntukan Akta Perangkaan 1965 (Semakan 1989).

''Responden diharap memberikan kerjsama sepenuhnya dengan mengisi borang soal selidik itu dan menyalurkan maklumat tepat. Mereka boleh menghubungi talian 09-6261719/6230744 atau melayari laman sesawang banciekonomi@stats.gov.my jika ada sebarang pertanyaan," ujar Mohd Suhaimi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pelajar spastik terima Anugerah Dekan

Posted:

Pelajar spastik terima Anugerah Dekan

Pelajar spastik terima Anugerah Dekan

Oleh RODELIO JUNJUN TAUCAN
rodelio.taucan@utusan.com.my


Ahmad Lokman Zaimi berkongsi kegembiraan dengan Che Anas Hassan apabila mendapat Anugerah Dekan di Kolej Teknologi Darulnaim, Kota Bharu, kelmarin.


KOTA BHARU 18 Julai – Sambil menaiki kerusi roda yang ditolak ibunya, wajah Ahmad Lokman Zaimi, 20, tidak lekang daripada mengukir senyuman ketika menuju ke pentas utama.

Pergerakan pelajar spastik dari Pasir Mas ini terbatas, begitu juga tutur katanya, malah, dia lebih banyak mengangguk kepala setiap kali berkomunikasi dengan orang lain.

Bagaimanapun, didorong cita-citanya untuk menjadi seorang jurutera komputer, pelajar ini sentiasa memberi fokus kepada pelajarannya sehingga berjaya menerima Anugerah Dekan pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) di sini, semalam.

"Saya gembira dan amat berbangga dengannya. Walaupun kurang upaya, dia sangat rajin belajar tidak kira waktu untuk mencapai keputusan yang cemerlang.

"Ia satu kepuasan sebagai seorang ibu untuk menemani anak saya mengambil Anugerah Dekan, malah ini merupakan kali ketiga dia mendapat anugerah ini selama belajar di sini," kata Che Anas Hassan, 57, ibu kepada Ahmad ketika ditemui selepas menerima anugerah tersebut.

Anugerah itu disampaikan Ketua Eksekutif KTD, Profesor Madya Dr. Andullah Sudin Ab. Rahman.

Ahmad merupakan pelajar semester lima bagi jurusan Diploma Sains Komputer (Teknologi Maklumat) iaitu program kerjasama KTD dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Anak bongsu daripada tiga beradik ini turut mencatatkan keputusan cemerlang 8A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 dan pernah menerima tawaran belajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) namun akibat kecacatan yang dialami tawaran tersebut terpaksa ditolak.

Che Anas berkata, setiap hari dia akan keluar dari rumahnya di Kampung Berangan selepas menunaikan solat subuh untuk menghantar Ahmad dan balik semula ke Pasir Mas bagi menggalas tugasnya sebagai guru di Sekolah Kebangsaan Pangkal Kala.

"Lebih baik saya hantar dan ambil setiap hari kerana dia perlukan penjagaan sepanjang masa ekoran kelemahan yang dialami, malah saya juga boleh membantunya belajar di rumah.

"Setiap bulan saya menghabiskan RM1,000 untuk perbelanjaan minyak tetapi ia tidak menjadi masalah asalkan anak bongsu saya ini dapat meneruskan pelajaran," katanya yang kehilangan suami lebih setahun lalu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved