Utusan Online - Dalam Negeri |
- Negara komited pelihara kebebasan badan kehakiman
- Tidak tunduk ugutan pembangkang
- Hina, cerca Agong boleh didakwa
Negara komited pelihara kebebasan badan kehakiman Posted: Negara komited pelihara kebebasan badan kehakimanKUALA LUMPUR 18 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa Malaysia akan tetap komited serta memelihara kebebasan badan kehakiman di negara ini. Menurutnya, ini kerana kebebasan badan kehakiman merupakan salah satu daripada faktor penting yang menentukan pencapaian negara selain menjadi teras kepada sistem demokrasi. Katanya, proses pemerkasaan badan kehakiman sebagai sebuah institusi merupakan proses evolusi berterusan dan Malaysia sentiasa melakukan beberapa perubahan bagi memastikan tahap keberkesanan mahkamah di negara ini kian meningkat. "Badan kehakiman negara ini telah menjalani perubahan komprehensif yang meningkatkan tahap keberkesanannya secara drastik. "Ia penting bagi meneruskan perkembangan ekonomi yang baik selain melindungi hak kebebasan etnik dan agama yang pelbagai,'' katanya. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz pada majlis perasmian Persidangan Majistret dan Hakim Komanwel 2011 di Hotel Royale Chulan di sini hari ini. Turut hadir, Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi; Presiden Persatuan Hakim dan Majistret Komanwel (CMJA), Norma Wade Miller serta Naib Presiden Eksekutifnya, Philip Bailhache. Persidangan selama tiga hari itu menghimpunkan lebih 250 ahli CMJA dari 35 negara Komanwel bertemakan Kehakiman bebas - Kepelbagaian, pluralisme dan cabaran dalam Komanwel. Perdana Menteri berkata, adalah amat penting untuk mahkamah di negara ini memenuhi keperluan rakyat yang pelbagai dengan mempertingkatkan akses kepada keadilan. "Akauntabiliti badan kehakiman juga memainkan peranan penting dalam menanam keyakinan rakyat terhadap sistem dan hakim. Tujuan utamanya adalah untuk mempertingkatkan serta memperkasakan tadbir urus serta akses kepada badan kehakiman," ujarnya. Sementara itu, Najib berkata, Kumpulan Komanwel hakikatnya berada pada posisi unik dalam menjadikan dunia sebagai tempat yang baik untuk didiami. "Kita boleh membuktikannya dengan saling memberi sokongan terhadap kepelbagaian, keamanan bersama serta jalinan hubungan yang konstruktif. "Matlamat utama kita mestilah untuk mewujudkan dunia yang aman bersandarkan kepentingan bersama serta batas perundangan dan bukannya hanya ditentukan oleh permainan 'real politik','' katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Tidak tunduk ugutan pembangkang Posted: Tidak tunduk ugutan pembangkangOleh SAHARUDIN MUSTHAFA BALI 18 Julai – Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, kerajaan tidak akan tunduk terhadap sebarang ugutan pihak pembangkang untuk meneruskan perhimpunan haram pada masa depan kerana ia semata-mata didorong oleh motif politik. Menurut Timbalan Perdana Menteri, pihak pembangkang jangan terlalu mudah memanipulasikan matlamat asal penganjuran perhimpunan itu semata-mata untuk mencapai agenda politik mereka dan pada masa yang sama mencetuskan kebencian rakyat terhadap kerajaan. "Saya tidak fikir kita (kerajaan) akan tunduk pada ugutan. Yang penting ialah proses perbincangan. Kalau mereka (pembangkang) ikhlas untuk menambah baik sistem pilihan raya, begitu juga kita dalam Barisan Nasional (BN). Maka, kita harus ambil satu pendekatan positif. "Jangan terlalu berpolitik sehingga kita lupa apakah perkara utama yang hendak diperjuangkan," katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Sidang Kemuncak Mesyuarat Tidak Rasmi Menteri-Menteri Pelajaran Asia Timur di sini hari ini. Beliau mengulas tindakan pihak pembangkang yang mengugut kerajaan untuk meneruskan perhimpunan haram kononnya untuk menuntut pilihan raya yang bebas dan adil. Pada 9 Julai lalu, Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) mengadakan demonstrasi haram di Kuala Lumpur dengan disokong oleh parti-parti pembangkang yang mendesak kerajaan untuk memperbaiki sistem pilihan raya yang didakwa mereka sebagai tidak telus. Menurut Muhyiddin, dalam usaha menuntut sebuah pilihan raya yang telus, ia bukan saja menjadi keinginan pihak pembangkang. Katanya, sebaliknya, Barisan Nasional (BN) juga sentiasa mahu sistem pilihan raya sedia ada diperbaiki dan ditambah baik terhadap kelemahan yang terdapat dalam sistem berkenaan. "Bagaimanapun, itu tidak bermakna sistem pilihan raya kita tidak adil, tidak saksama atau tidak bersih. Sistem pilihan raya kita sudah diuji lebih daripada lima dekad dan semua harus terima hakikat bahawa inilah sistem yang telah diterima," kata beliau. Muhyiddin juga menyelar sikap pembangkang yang enggan mendengar penjelasan daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai sebuah badan berkecuali yang mengendalikan pilihan raya di Malaysia mengenai tuntutan-tuntutan mereka. "Penjelasan yang diberikan bukan daripada kerajaan atau menteri, ia dari Pengerusi SPR sendiri. Cuma ada beberapa perkara lain yang perlu dibincangkan dengan kerajaan. Ia perlu ada proses dan cara bagaimana bidang-bidang itu dapat diperbaiki," ujar beliau lagi. Rakyat juga, kata Muhyiddin, sudah semakin menyedari muslihat pembangkang yang hanya tahu menuding jari terhadap sistem pilihan raya apabila mereka tewas sedangkan ketika menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu dan beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak pula hal itu dipersoalkan. "Pembangkang tak akan pertikai masa dia orang menang tetapi kalau mereka kalah mereka akan mudah menyalahkan kerajaan, menyalah SPR. Saya percaya rakyat harus nilai apakah tujuan bersih atau ia hanyalah alat politik," ujar Muhyiddin lagi. – UTUSAN Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Hina, cerca Agong boleh didakwa Posted: Hina, cerca Agong boleh didakwaOleh ZULKIFLI JALIL PUTRAJAYA 18 Julai – Undang-Undang Kanun Keseksaan boleh dikenakan terhadap mana-mana individu yang menghina atau mencerca Yang di-Pertuan Agong, kata pakar Perlembagaan Persekutuan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim. Menurutnya, mencaci Seri Paduka merupakan satu kesalahan tetapi kategori kerakyatan yang tertakluk kepada tindakan perlucutan kerakyatan ialah kerakyatan jenis pendaftaran dan tidak terhadap kerakyatan melalui operasi undang-undang. Misalnya, kata beliau, mereka yang lahir di Malaysia tidak boleh dibuang negeri justeru kalau menghina atau mencaci Agong atau merancang menentang baginda. Namun, tegas Rais, mereka yang lahir di Malaysia tetapi memperoleh status kewarganegaraan negara asing juga boleh dilucutkan kewarganegaraannya lantaran perbuatan itu sudah cukup sebagai 'tidak lagi mencurahkan taat setianya kepada Agong'. "Yang menjadi persoalan hari ini ialah penguatkuasaan yang agak lemah dan teragak-agak. Perbuatan yang menghina Agong adalah sama seperti menghina negara. "Lumrah ini ketara sejak bercambahnya media sosial di Internet yang rata-rata telah menukar budaya ketimuran dan nilai-nilai murni kita. "Melucutkan kerakyatan hanya boleh dilakukan oleh Menteri Dalam Negeri jika seseorang itu telah menunjukkan tidak lagi menumpahkan taat setia kepada Malaysia," kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini. Mesyuarat Agung Tahunan Perkasa Perak 2011-2012 di Beruas, Perak semalam sebulat suara meluluskan usul mengutuk dan mendesak Pengerusi 'Bersih', Datuk S.Ambiga yang menganjurkan perhimpunan haram di ibu kota 9 Julai lalu dilucutkan kerakyatan kerana menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong, menyusahkan pasukan keselamtan, memecahbelahkan orang Melayu, merugikan ekonomi negara dan menerima dana asing. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan