Ahad, 24 Julai 2011

Utusan Online - Megabait


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Megabait


Kepintaran mobiliti sebenar

Posted:

Kepintaran mobiliti sebenar

Kepintaran mobiliti sebenar

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my
Gambar ABDUL NAZIR MOHAMED


Kwon Jae Hoon (kanan) bersama Fitri Abdullah (tengah) dan Lee Jui Siang menunjukkan Samsung Galaxy S 2 pada majlis pelancarannya di kuala lumpur, baru-baru ini.


TERUS mengukuhkan legasi produk teknologinya, Samsung baru-baru ini muncul dengan telefon bimbit pintar terkini, Samsung Galaxy S II.

Evolusi pasca model untuk rangkaian Galaxy S itu menawarkan transformasi menyeluruh daripada segi kuasa dan juga reka bentuk.

Kelebihan tersebut menjadikan gajet telekomunikasi itu sebagai yang terbaik pernah dihasilkan untuk pasaran Android.

Malah di peringkat global, model berkenaan telah mendapat sambutan jualan luar biasa sehingga melebihi 14 juta unit.

Samsung Galaxy S II dipacu oleh pemproses berkembar 1.2 GHz menjadikan pengendalian operasinya lebih pantas berbanding telefon bimbit pintar biasa.

Menerusi sistem operasi Android 2.3 Gingerbread pula, model itu bakal memberi prestasi lebih dinamik dengan pengalaman teknologi bertaraf lima bintang.

Menurut Pengarah Urusan Samsung Malaysia Electronics Sdn. Bhd., Kwon Jae Hoon, Samsung Galaxy S II mengetengahkan tiga elemen utama iaitu kejelasan warna, pantas dan nipis.

"Menerusi peranti ikon dunia ini, Samsung komited mengetengahkan teknologi yang mampu memberi keceriaan dan meningkatkan gaya hidup pengguna.

"Apa yang pasti, telefon bimbit ini bakal mencipta satu penanda aras baru dalam industri pembuatan telefon bimbit pintar,'' katanya pada pelancaran Samsung Galaxy S II di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Sesuatu yang eksklusif, model itu dibangunkan bersama paparan skrin bersaiz 4.27 inci dengan teknologi Super AMOLED Plus untuk pengecaman warna dan sentuhan sangat terperinci.

Kelebihan itu bakal menjanjikan pengalaman komunikasi mobiliti terbaik dan bertenaga dalam setiap sentuhan.

Daripada segi binaan luar, gajet ini mempunyai ketebalan hanya 8.49 milimeter dengan ciptaan reka bentuk kompak serta elegan.

Ia juga ringan iaitu hanya 116 gram (g) menjadikannya mudah dan selesa untuk digunakan di mana-mana.

Untuk paparan antara muka pengguna, Samsung Galaxy S II terbina bersama teknologi futuristik 3D TouchWiz UX generasi baru.

Keupayaan multimedianya juga tidak menghampakan di mana ia dilengkapi kamera belakang lapan megapiksel serta fungsi rakaman dan permainan semula video definisi tinggi (HD) penuh berformat 1080p.

Bagi merealisasikan impian melayari dunia maya dengan peranti tersebut, penyedia rangkaian telekomunikasi negara, Maxis Berhad (Maxis) telah bekerjasama dengan Samsung dalam menawarkan pengguna rangkaian itu dengan pakej langganan pelan data bersama peranti secara eksklusif.

Menurut Naib Presiden Kanan, Perkhidmatan Perniagaan Maxis, Fitri Abdullah, Maxis berbangga kerana dapat menawarkan pelanggannya dengan perkhidmatan masa depan.

"Kerjasama berterusan ini bakal membawa evolusi baru dalam platform komunikasi rakyat Malaysia menerusi peranti pintar yang diintegrasikan bersama akses telekomunikasi termaju,'' jelasnya.

Menawarkan harga pasaran RM2,099, pengguna talian Maxis kini boleh memperolehi model itu hanya dengan harga serendah RM1,199 melalui Pelan Maxis Value Plus.

Maklumat lanjut mengenai spesifikasi telefon bimbit tersebut bersama langganan taliannya, sila layari laman web www.samsung.com/my, www.maxis.com.my atau hubungi 1800 821 123.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Prestasi cetakan maksimum

Posted:

Prestasi cetakan maksimum

Prestasi cetakan maksimum

Oleh NAZRUL AZIM SHARUDDIN
nazrul.sharuddin@utusan.com.my
Gambar MOHD. NAIM AZIZ

BERMATLAMAT memenuhi keperluan operasi pejabat moden hari ini, Canon Marketing Malaysia memperkenalkan rangkaian mesin cetak termaju dan berprestasi tinggi.

Tampil di bawah penjenamaan PIXMA Office All-In-One (AIO), lima model terbaru itu adalah PIXMA MX886, MX426, MX416, MX366 dan iX6560.

Kesemuanya dilengkapi sokongan fungsi mencetak, menyalin, mengimbas serta faks selain mempunyai kemasan luar berkilat dan bergaya.

Menurut Pengarah Bahagian Sistem Produk Pengguna Canon Marketing Malaysia Sdn. Bhd. Donny Ling, pengenalan siri pencetak tersebut mempunyai objektif memudahkan urusan perniagaan sesebuah syarikat.

"Membawa moto Tiada Batasan, rangkaian pencetak ini mampu menjalankan semua proses dokumentasi dengan cukup cemerlang.

"Implementasinya sesuai untuk syarikat-syarikat besar mahu pun yang baru ditubuhkan,'' katanya pada pelancaran produk tersebut di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Bagi model PIXMA MX886, pencetak itu didatangkan dengan kelebihan capaian operasi Wi-Fi dan sambungan LAN untuk kemudahan mencetak daripada pelbagai komputer dan juga secara mobiliti.

Keupayaan itu membolehkannya menyokong operasi percetakan berskala besar dengan hasil kualiti terbaik.

Tidak cukup dengan itu, ia turut membenarkan perkongsian foto bersama peranti seperti iPhone, iPad, iPod dan gajet Android untuk dicetak secara terus.

Model berkenaan juga disempurnakan bersama kelebihan teknologi Auto Document Feeder (ADF) yang mempunyai keunikan seperti cepat, boleh memuatkan 35 helai kertas pada satu-satu masa, serta mencetak dua muka surat secara serentak.

Di samping itu, ia juga boleh mencetak paparan daripada sumber rakaman video definisi tinggi (HD).

Pencetakan foto menggunakan model itu mempunyai kelajuan 20 saat dengan 7.4 dakwat seminit (ipm) bagi salinan dokumen dan 9.3 ipm untuk pencetakan warna .

Model PIXMA 426 pula menyaksikan kehadiran skrin sentuh TFT 2.5 inci untuk capaian operasi lebih pantas dan mudah.

Ia sesuai digunakan bagi tujuan percetakan secara berkumpulan.

Bagi model PIXMA MX416, ia dibangunkan khusus untuk menyokong operasi pejabat di rumah dengan kualiti cetakan droplet mikroskopik 4,800 x 1,200 dpi.

Model itu turut dilengkapi teknologi FINE yang membolehkan jangka hayat hasil cetakan bertahan sehingga 300 tahun jika dijaga dengan baik.

Sementara model PIXMA MX366, ia dilengkapi kelebihan teknologi Easy WebPrint EX untuk kemudahan menghimpunkan pelbagai kandungan laman web pada satu muka surat khas sebelum dicetak. Ia dapat mengurangkan penggunaan kertas.

Akhir sekali, model iX6560 mengetengahkan kelebihan teknologi Auto Photo Fix II untuk membetulkan kecacatan pada foto secara automatik di samping boleh mencetak dokumen bersaiz A3.

Maklumat dan spesifikasi lengkap model-model pencetak PIXMA Office All-In-One (AIO), sila layari laman web www.canon.com.my.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved