Rabu, 20 Julai 2011

Utusan Online - Kota


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Kota


Tumpang surau perumahan berjiran

Posted:

Tumpang surau perumahan berjiran

Tumpang surau perumahan berjiran


Penduduk perumahan D'Kayangan, Seksyen 13 di Shah Alam menunjukkan tapak cadangan pihak pemaju untuk mendirikan surau. – Utusan/ Saharuddin Abdullah


SHAH ALAM 20 Julai – Para penduduk kawasan perumahan D'Kayangan di Seksyen 13 di sini mendesak syarikat pemaju perumahan itu menunaikan janji untuk membina sebuah surau di situ.

Ini kerana ketiadaan surau di situ menyebabkan kira-kira 400 penduduk beragama Islam terpaksa menumpang surau di perumahan berdekatan.

Mereka yang telah menghuni di D'Kayangan sejak lima tahun lalu mendakwa telah beberapa kali menemui pihak pemaju iaitu Syarikat Lebar Daun Development Sdn. Bhd. bagi mengemukakan permintaan supaya membina surau tersebut tetapi pelbagai alasan diberikan.

Seorang penduduk, Zahratul Nor Mas'ud, 47, berkata, pada tahun 2008 pemaju memberi alasan ingin menunggu penduduk di D'Kayangan melebihi 300 orang baru sebuah surau akan dibina berhampiran padang permainan di kawasan perumahan berkenaan.

"Setelah itu para penduduk terpaksa bersabar menunggu walaupun pada asalnya pihak pemaju memang berjanji mahu membina sebuah surau.

"Tetapi sekarang cerita sudah berubah apabila pemaju mahu menunggu hingga jumlah penduduk mencecah 1,000 orang pula baru sebuah surau akan dibina," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Suri rumah itu berkata, pihaknya kesal dengan pemaju sedangkan sebagai sebuah syarikat yang dimiliki orang Melayu, sepatutnya mereka dapat memahami keperluan penduduk beragama Islam untuk mendapatkan kemudahan surau.

"Jadi kami mengambil keputusan mengetengahkan perkara ini kepada pihak media kerana usaha kami berbincang dengan pemaju menemui jalan buntu," katanya.

Seorang lagi penduduk, Normah Abd. Rahim, 62, berkata, ketiadaan kemudahan itu menyebabkan warga tua sepertinya sukar untuk pergi ke surau di perumahan lain.

Katanya, meskipun surau berkenaan tidak jauh daripada rumahnya tetapi dia terpaksa menempuh kesesakan jalan raya terutama pada waktu petang untuk ke sana.

"Kami sudah berusia dan kesihatan juga tidak menentu, bagaimana hendak pergi berjemaah di tempat yang jauh. Lagipun kawasan bulatan di kawasan stadium agak sesak dan bahaya kerana banyak berlaku kemalangan," katanya.

Suami Normah, Abdul Rahim Lok, 66, pula meminta pihak pemaju agar menyediakan surau sementara, misalnya di rumah kosong yang belum terjual bagi memudahkan penduduk mendirikan solat sunat tarawih pada Ramadan tidak lama lagi.

"Kami harap sangat pemaju dapat bertimbang rasa kerana jika hendak cerita banyak lagi isu lain yang penduduk tidak berpuas hati dengan pihak pemaju, tetapi kami harap masalah surau ini dapat diutamakan," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Segelintir penduduk bantah rancangan Lebar Daun

Posted:

Segelintir penduduk bantah rancangan Lebar Daun

Segelintir penduduk bantah rancangan Lebar Daun

SHAH ALAM 20 Julai - Syarikat Lebar Daun Development Sdn. Bhd. memang merancang untuk membina surau bagi kegunaan penduduk di kawasan perumahan elit D'Kayangan, Seksyen 13 di sini.

Pengurus Besarnya, Fisol Abdul Hamid berkata, pihaknya kini sedang menunggu pengesahan daripada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sebelum memulakan pembinaan tempat ibadat itu.

Beliau berkata, tapak yang telah dipilih bagi pembinaan surau tersebut ialah di penjuru kawasan lapang yang kini dijadikan padang bermain bola sepak oleh penduduk di perumahan itu.

Jelas beliau, jika menurut pelan asal, pihaknya telah lama memulakan kerja membina surau di perumahan tersebut tetapi terpaksa dihentikan kerana dibantah beberapa penduduk.

"Sebelum ini kami memang telah memasang cerucuk untuk membina surau di kawasan lapang yang sama tetapi kedudukannya di seberang jalan rumah penduduk dan penduduk terlibat membantah dengan alasan terlalu hampir dengan rumah mereka.

"Bagi mengambil kira pendapat penduduk terlibat, kami mengubah pelan asal surau ke penjuru kawasan lapang yang jaraknya agak jauh daripada rumah penduduk dan telah menanam rumput di situ hingga menyebabkan penduduk beranggapan kawasan tersebut adalah padang permainan.

"Apabila perubahan pelan dibuat, kami terpaksa meminta kebenaran MBSA bagi mendapat kelulusan sebelum pembinaan dilakukan dan ini menyebabkan kerja-kerja pembinaan tertangguh sementara," jelas beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini petang ini.

Dalam pada itu, pihaknya ingin menafikan dakwaan yang mengatakan pihaknya mahu menunggu jumlah penduduk cukup 1,000 orang baru pembinaan surau akan dibuat.

"Saya minta penduduk buktikan yang kami pernah bercakap begitu kerana setahu saya kami tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu kepada mereka," katanya sambil memberitahu satu perjumpaan akan diadakan antara pihaknya dengan penduduk D'Kayangan.

Mengenai surau sementara Fisol berkata, pihaknya tidak ada masalah untuk menyediakannya asalkan penduduk membuat permohonan dan memberi masa untuk persiapan dibuat.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peniaga enggan berganjak

Posted:

Peniaga enggan berganjak

Peniaga enggan berganjak

Oleh NUR NAZLINA NADZARI
kota@utusan.com.my


Pasar malam Taman Sri Rampai telah berjalan selama 15 tahun tanpa menimbulkan masalah sehinggalah kemunculan peniaga tanpa lesen di situ sejak akhir-akhir ini.


KUALA LUMPUR 20 Julai – Peniaga di pasar malam Jalan 46/26, Taman Sri Rampai, Setiawangsa membantah tindakan pihak penganjur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menutup serta tidak membenarkan mereka berniaga di pasar malam tersebut.

Kecewa dengan tindakan itu, para peniaga terlibat telah berkumpul di pasar malam tersebut petang Khamis lalu bagi memohon pihak berkenaan membenarkan mereka berniaga seperti biasa pada malam itu.

Bagaimanapun, peniaga-peniaga itu tetap memulakan perniagaan mereka kira-kira pukul 7.30 malam hari berkenaan, selepas penguat kuasa DBKL beredar daripada kawasan tersebut, walaupun terdapat kain rentang yang menjelaskan bahawa pasar malam itu ditutup atas arahan DBKL dan perbincangan masih berjalan.

Pengerusi Penjaja Pasar Malam Setapak dan Gombak, Lim Chuan Huat berkata, pihak penganjur telah mengarahkan mereka untuk tidak berniaga di pasar malam itu sejak dua minggu lalu.

Katanya, peniaga hanya diberikan notis pemberhentian selama seminggu sebelum mereka diarahkan untuk tidak berniaga di situ lagi dan tiada perbincangan dibuat oleh penganjur iaitu Rukun Tetangga (RT) kawasan itu dengan peniaga sebelum tindakan itu dibuat.

"Difahamkan pasar malam ini diberhentikan kerana mendapat aduan daripada penduduk atas alasan menganggu lalu lintas dan jalan menjadi sesak. Perkara ini terjadi kerana semakin ramai peniaga yang tidak berlesen yang berniaga di sini dan menganggu jalan.

"Perkara ini sepatutnya dipantau oleh pihak penganjur supaya tidak berlaku. Kalau pasar malam ini ditutup, kira-kira 200 peniaga berlesen tidak dapat berniaga," katanya.

Salah seorang peniaga, Baharon Omar, 50, berkata, peniaga tidak seharusnya dipersalahkan berhubung isu yang timbul kerana mereka adalah peniaga berlesen dan sudah berniaga di pasar malam itu sejak 15 tahun lalu.

"Kalau pasar malam ini dihentikan, ia akan menjejaskan pendapatan para perniaga.

"Saya berharap kami dapat terus berniaga di sini dan pihak berkuasa tidak akan menghentikan pasar malam ini," ujarnya.

Seorang lagi peniaga, Jamilah Majid, 57, berkata, dia berasa bimbang jika tidak dapat berniaga lagi.

"Di sini memang boleh 'cari makan' sebab pelanggan masih ada walaupun sudah pukul 10 malam. Jadi saya harap sangat kami dibenarkan terus berniaga di sini," rayunya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved