Rabu, 20 Julai 2011

Utusan Online - Feminin


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
sumber :-

Utusan Online - Feminin


Sentuhan gaya etnik

Posted:

Sentuhan gaya etnik

Sentuhan gaya etnik

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar ABDUL RAZAK LATIF


Pasukan jurusolek Black Book Artis oleh Shu Uemura.


BAGI mereka yang menitikberatkan soal kecantikan, mata merupakan bahagian yang paling penting ketika menata rias wajah.

Sebab itu juga pada 2006, jenama kosmetik terkenal dari Jepun, Shu Uemura telah memperkenalkan Tokyo Lash Bar, iaitu ruang konsep yang memberikan khidmat solekan mata sepenuhnya dan peluang untuk jurusolek meneroka gaya-gaya solekan mata terkini.

Seiring dengan pengenalan Tokyo Lash Bar di Malaysia, Shu Uemura telah membentuk pasukan jurusolek dikenali sebagai Black Book Artis yang saban tahun tampil dengan tema rekaan solekan mata lain daripada yang lain.

Baru-baru ini, bertempat di ruang legar Centre Court, Mid Valley, Kuala Lumpur, lapan jurusolek profesional Black Book Artis sekali lagi tampil dengan solekan kreatif dan berani sempena kemunculan koleksi Tokyo Lash Bar 2011 yang membawa tema Ethno Color Scope.

Sentuhan 'ajaib' Steven Sunny, Taisu, Emma Mustafa, Chufan, Najeeb, Surya Zainul, Deric Lim, Deq Sha dan Sheng Saw mencetus transformasi solekan mata yang kreatif dan memukau.

Surya misalnya, menggunakan bulu mata ethnic charm bagi menonjolkan gaya solekan gaya ala-etnik.

Bukan itu sahaja, solekan pada wajah model terkenal, Deedee, telah memperlihatkan Surya bermain dengan warna coklat untuk menghasilkan kening 3D.

"Solekan saya menggambarkan gaya etnik Afrika yang gemarkan warna-warna eksotik serta aksesori buatan tangan.

"Untuk itu saya memilih warna terang iaitu kuning untuk solekan di muka dan bibir," katanya.

Dalam masa yang sama Surya turut menampilkan fesyen rambut ala Afrika yang pastinya memenuhi gaya wanita asli Afrika yang dibawakannya.

Berlainan pula dengan Deq Sha. Anak muda ini memberi tumpuan sepenuhnya pada bahagian mata.

Menggunakan bulu mata mini voilet, Deq Sha turut memilih warna-warna terang untuk solekannya yang dilihat berpadanan dengan warna bulu mata yang digunakannya.

Biru, kuning dan ungu merupakan tiga kombinasi warna yang pastinya menyerlahkan lagi mata model yang ditata rias pada petang tersebut, Eryna.

Turut memilih gaya suku Afrika, Deq Sha menyatakan keterujaannya apabila melihat kaum tersebut senang 'menconteng' wajah mereka hanya menggunakan jari-jemari.

Dalam pada itu, Emma dilihat yang dilihat sebagai jurusolek pilihan berikutan tepukan gemuruh daripada penonton, menampilkan konsep seni patchwork.

Emma memilih bulu mata tribal patch untuk disesuaikan dengan mata model terkenal, Azura.

Walaupun dilihat agak ringkas solekan yang dikenakan, Emma dilihat lebih memberi perhatian kepada bahagian mata.

Selain mata, wajah Azura telah ditata rias dengan warna lembut, merah jambu, jurusolek yang terkenal di kalangan selebriti itu turut memilih kuning eksotik sebagai pembayang mata.

Ia bersesuaian dengan bulu mata yang menampilkan gabungan warna-warna terang seperti merah jambu, biru dan kuning.

Emma berpendapat, solekan nipis di bahagian muka yang digunakannya seperti warna pink untuk bahagian pipi dan bibir dapat menyerlahkan lagi bahagian mata.

Begitupun, koleksi Tokyo Lash Bar 2011 merupakan satu koleksi yang terkini mengikut trend semasa dan sebagai satu langkah revolusi inovasi dalam teknik solekan.

Ia pastinya memberi kesan dramatik dan menggoda pada mata. Untuk tahun ini antara himpunan terbaru bulu mata palsu yang ditampilkan ialah mini fancy bonbon, mini voilet, vibrant partial, mimi fringe, green folklore, ethnic charm dan tribal patch.

Bagi mereka yang ingin memakai bulu mata palsu, anda dinasihatkan agar menyolek terlebih dahulu bahagian mata dengan solekan pembayang mata mengikut warna sesuai diikuti dengan pemakaian celak.

Yang pasti, apa saja gaya yang anda inginkan daripada ethno color scope yang dilihat begitu sofistikated amat sesuai untuk solekan siang hari mahupun dramatik yang menggoda untuk malam hari.

Yang pasti, semuanya ada di Shu Uemura.

Apa saja gaya yang anda inginkan daripada ethno color scope yang dilihat begitu sofistikated amat sesuai untuk solekan siang hari mahupun dramatik yang menggoda untuk malam hari.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Paduan selesa, bergaya Cole Haan

Posted:

Paduan selesa, bergaya Cole Haan

Paduan selesa, bergaya Cole Haan

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Gambar SHEFRY MONIZ


BEG tangan kuning dipadankan dengan jaket kulit warna coklat memang menarik digayakan untuk santai.


MENCARI keselesaan dan pada masa sama ingin tampil hebat bergaya bukannya mudah. Kenyataan ini bukan setakat diaplikasi pada pakaian semata-mata malah turut melibatkan pemilihan beg tangan, kasut dan aksesori untuk melengkapi penampilan serta keperluan.

Keutamaan itulah yang menjadi pertaruhan jenama yang beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat, Cole Haan.

Pegawai Perhubungan Awam mewakili jenama tersebut di Malaysia, Ferhat Nazri berkata, menerusi koleksi terbaru musim luruh 2011, Cole Haan memastikan dua elemen tersebut sebagai asas penghasilan produk mereka.

Malah katanya, keselesaan tersebut mengambil kira jantina lelaki dan wanita agar kedua-dua gender itu bukan sahaja dapat tampil selesa bahkan yakin bergaya.

"Secara keseluruhan, rekaan yang dihasilkan mencerminkan keghairahan , dimensi dan personaliti yang wujud dalam diri lelaki dan wanita itu sendiri," katanya pada peragaan koleksi terbaru Cole Haan di butik jenama tersebut di Suria KLCC, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Ferhat, penggunaan warna untuk musim luruh juga bersifat lembut, lebih kepada warna-warna asli dan sedap mata memandang.

Untuk koleksi wanita, dari koleksi Brooke memaparkan ciri wanita moden, sofistikated dan yang lebih utama penampilan mereka disertai beg tangan serta kasut yang sepadan.

Koleksi untuk lelaki pula mengambil inspirasi klasik yang digabungkan dengan rekaan kontemporari.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.utusan.com.my

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Akhbar Utusan Malaysia

Copyright 2010 All Rights Reserved