Utusan Online - Johor |
Posted: 8 PATI diberkas
JOHOR BAHRU 19 Julai - Hasrat lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia untuk pulang berhari raya musnah apabila bot mereka ditahan berhampiran Pelabuhan Tanjung Pelepas, Gelang Patah dekat sini, awal pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 4.40 pagi, PATI yang ditahan berusia antara 19 hingga 46 tahun, termasuk dua wanita dengan seorang daripadanya mengandung tujuh bulan. Ketua Penguat Kuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Zulkifili Abu Bakar berkata, hasil pemeriksaan mendapati semua warga asing itu tidak memiliki sebarang dokumen. "Selain mereka, pihak kami turut menahan tekong dan pembantunya yang juga warga Indonesia. Kesemua penumpang bot ini dipercayai mahu pulang awal untuk menyambut puasa dan hari raya. "Kesemua PATI dikenakan bayaran RM450 seorang untuk membawa mereka keluar dari negeri ini ke Tanjung Balai, Indonesia," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. Beliau berkata, sebelum ditahan, pihaknya menemui sebuah bot yang dalam keadaan mencurigakan dan bertindak menghampirinya, namun ia memecut laju sebelum berjaya dipintas di Jeti Tanjung Kupang. Beliau memberitahu, kesemua PATI, tekong dan pembantunya dibawa ke pejabat agensi itu untuk siasatan lanjut. Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 5(1)(2) Akta Imigresen 1959/63 dan kes ini juga disiasat di bawah Akta Pemerdagangan Orang (Pindaan 2010). | ||
Posted: Prosisma galak interaksiOleh MOHD. FIKRI ROSLY JOHOR BAHRU 19 Julai – Program pengajian di institusi pengajian tinggi (IPT) bukan sahaja melibatkan usaha melahirkan modal insan berkualiti tetapi juga diharap dapat menyelesaikan pelbagai masyarakat setempat. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penuntut IPT tidak kira awam dan swasta akan meninggalkan pusat pengajian dalam jangka masa dua atau tiga tahun dan melalui program seperti Program Silaturahim Siswa IPT dan Masyarakat (Prosisma), adalah jelas IPT bukan bersifat elitis. "Inilah masa penuntut IPT belajar memahami dan menghargai masyarakat di sekeliling mereka. Walaupun sibuk dengan teori dan praktikal, ini adalah peluang untuk mereka menggunakan kebolehan dan kepakaran yang dipelajari bagi membantu masyarakat. "Terima kasih juga diucapkan kepada Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) atas bantuan kepakaran dan kemudahan yang dimiliki untuk menjayakan program ini," katanya pada majlis perasmian Prosisma di Kampung Plentong Tengah di sini, baru-baru ini. Teks ucapan beliau dibaca oleh Timbalan Ketua UMNO Pasir Gudang, Datuk Ibrahim Abdul Ghaffar. Turut hadir dalam program anjuran Jabatan Pengajian Kolej Komuniti itu ialah Pengarah Kolej Komuniti Pasir Gudang (KKPG), Jahabar Jaibul Abideen Shahul Hameed; Dekan Penyelidikan Construction Research Alliance (ICON), Fakulti Kejuruteraan Awam UTM, Prof. Dr. Mohd. Zaimi Abd. Majid dan Ketua Kampung Plentong Tengah, Jumat Jaafar. Kira-kira 200 pelajar dari 48 Kolej Komuniti Induk dan 16 kolej Komuniti Cawangan terlibat dalam program itu selain pelajar UTM dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Dalam gimik perasmian, Ibrahim mengendalikan sebuah jengkaut untuk merobohkan sebuah rumah di kampung tersebut sebelum ia dibina semula oleh penuntut dengan teknologi fast track wall yang dibangunkan oleh UTM dan kerjasama MBJB. Sementara itu, Jahabur Jainul Abideen berkata, program itu turut melibatkan sebuah lagi kampung di dalam Parlimen Pasir Gudang iaitu Kampung Melayu Pandan. "Pelbagai aktiviti berunsur perkhidmatan dan pindahan ilmu serta kemahiran akan dilaksanakan termasuk membaiki dan menyediakan kemudahan untuk beberapa buah rumah yang daif. "Ia juga memberi peluang kepada pelajar Kolej Komuniti dan masyarakat setempat berkongsi ilmu dan membiasakan diri dengan inovasi yang dibangunkan UTM," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan